Projek RM1.4 bilion: MB Kelantan hargai kerjasama PM

Kerajaan negeri Kelantan menzahirkan penghargaan terhadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kerana bersetuju meluluskan lima projek pembangunan di negeri itu yang menelan belanja kira-kira RM1.4 bilion.

Menteri Besar, Ahmad Yakob turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali yang berkunjung ke negeri itu serta mempengerusikan Majlis Tindakan Negeri (MTNg) dan mengumumkan lima projek berkenaan.

"Kerajaan negeri Kelantan menyatakan sokongan penuh di atas keputusan Perdana Menteri bahawa tidak akan ada lagi lantikan politik dalam MTNg dan buat pertama kali struktur majlis ini dirombak dengan melibatkan pegawai kerajaan negeri dan persekutuan sahaja.

"Kerajaan Negeri melihat bahawa perlantikan YB Mohamed (Azmin Ali) selaku pengerusi MTNg Kelantan adalah sebagai pemilihan yang tepat dan kerajaan negeri akan memberikan kerjasama terbaik kepada Kerajaan Persekutuan dalam pelaksanaan semua projek-projek pembangunan negeri dan negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lima projek tersebut ialah pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 (PT3) bermula dari Gemuroh (Terengganu) ke Tumpat sepanjang 150km, menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, membina jalan raya yang menghubungkan Pasir Puteh-Machang-Jeli, membina jambatan Palekbang di Kota Bharu dan pembinaan Lebuh Raya Central Spine Road (SCR) sepanjang 123 kilometer.

Bagi tahun 2019 sejumlah RM1.4 bilion diperuntukkan untuk tujuan pembangunan di Kelantan sebagai sumbangan kerajaan persekutuan.

Azmin sebelum ini berkata lima projek pembangunan itu diperhalusi dan diluluskan oleh Perdana Menteri melalui mesyurat Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur (ECERDC), Isnin lalu.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget