NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH, DAP gagal kukuhkan perpaduan kaum - Penyokong PAS



KUALA LUMPUR 10 Mac - Serangan terhadap PAS oleh beberapa pemimpin DAP dengan menyentuh soal perkauman merupakan antara bukti kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal mengukuhkan perpaduan kaum sejak memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), N. Balasubramaniam menganggap apa yang diperkatakan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kononnya kerjasama PAS dan UMNO sebagai 'perang' terhadap orang bukan Melayu adalah sesuatu yang mengejutkan.

"Cukup bimbang dengan perkembangan yang sedang berlaku dalam negara ketika ini.

"Kerajaan PH yang sedang memerintah belum menampakkan lagi usaha sebenar dalam memberikan pengukuhan terhadap perpaduan kaum," katanya semasa berucap dalam Seminar Perpaduan Nasional anjuran DHPP di sini hari ini.

Jelasnya lagi, pelbagai lagi insiden sejak beberapa bulan lalu melibatkan soal perpaduan merupakan antara contoh isu-isu perkauman gagal ditangani dengan baik.

Katanya, antara insiden itu ialah kes rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya serta kes-kes menghina nabi.

DHPP merupakan sayap ditubuhkan PAS yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Dalam program sama, Ketua Penerangan DHPP, G. Balachandran berkata, kenyataan oleh Guan Eng serta dan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang dilaporkan berkata kerjasama UMNO dan PAS akan menjadikan negara seperti Afghanistan yang diperintah Taliban adalah strategi menjauhkan Pas daripada orang bukan Melayu dan Islam.

"PAS tidak pernah mengambil pendekatan untuk meminggirkan kaum lain. Ini hanya strategi untuk menjauhkan orang bukan Melayu dan Islam daripada PAS," katanya. - UTUSAN ONLINE


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo