Haramkan PUBG: Mufti


BANGI, 10 Rejab 1440H, Ahad – Kerajaan perlu bertindak mengharamkan permainan dalam talian PlayerUnknown's Battleground (PUBG), berikutan tidak sesuai dengan kehidupan seharian umat Islam.

Malah, permainan seumpama itu dilihat mendidik generasi muda ke arah aktiviti keganasan selain menghilangkan perasaan belas kasihan, kata Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad.

"Kita tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari. Saya yakin PUBG boleh menghilangkan perasaan simpati, belas ihsan, kasih sayang dan membentuk anak muda yang tiada perasaan.

"Dalam keadaan semasa, jika hukuman mati mahu dihapuskan tidak mustahil suatu hari nanti senjata api boleh dimiliki tanpa lesen. Jika PUBG sudah dihadam ramai anak muda, fikirkanlah kesannya," katanya.

Ketika ini ramai pihak mengaitkan permainan PUBG dengan serangan keganasan yang berlaku di di dua masjid di Christchurh, New Zealand kelmarin, sehingga mengorbankan 50 nyawa.

Lelaki warga Australia, Brenton Tarrant melakukan serangan bersama empat lagi suspek, yang mana tembakan itu dirakam sendiri menerusi dalam video yang disiarkan secara langsung di Facebook melalui kamera badan dan digambarkan seolah-olah menyerupai gaya permainan menembak PUBG.

Justeru, Datuk Yusof tidak menolak kemungkinan permainan seperti itu memberi kesan terhadap kanak-kanak, budak dan remaja yang sedang membesar.

"Bagi saya permainan seperti ini sudah dirancang dalam tempoh yang lama. Tujuannya membentuk generasi muda menyukai aktiviti perang, tempur dan ganas," katanya seperti dilapor Harian Metro.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget