NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS tidak pernah bersikap ‘abang besar’, Bersatu tiada masalah jika pemimpin PAS jadi calon PM

Mas Ermieyati Samsudin yakin pimpinan PN akan berbincang secara harmoni jika PAS memutuskan mengambil peranan kanan dalam komponen itu.


PETALING JAYA: Seorang pemimpin Bersatu tidak menolak kemungkinan tokoh dari PAS boleh menjadi calon perdana menteri bagi Perikatan Nasional (PN) pada PRU akan datang.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Mas Ermieyati Samsudin berkata PAS kini berbeza dengan dahulu apabila dikuatkan dengan penyertaan golongan teknokrat seperti Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar.

Samsuri atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Sam pernah menjadi ketua Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Kenapa perlu tolak kalau ada calon PAS yang baik? PAS hari ini bukan yang 20-30 tahun dulu…kita tengok Samsuri satu tokoh baik dan teknokrat yang boleh dibanggakan PN.

“Apa pun pucuk pimpinan harus bincang dalam suasana berhemah,” kata Mas Ermieyati dalam podcast Keluar Sekejap kendalian Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan.

Beliau mengulas soalan Khairy bagaimana Bersatu akan bertindak balas sekiranya PAS yang mempunyai kerusi terbanyak dalam Parlimen memutuskan untuk mengambil “peranan kanan” dalam PN.

Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata beliau yakin perkara itu akan ditangani sebaiknya dalam situasi harmoni.

“Walaupun mereka menang banyak kerusi tetapi mereka tak pernah rasa mereka ‘abang besar’ dalam PN,” katanya.

Nama Samsuri yang juga naib presiden PAS dan dan Ahli Parlimen Kemaman diuar-uarkan berpotensi sebagai perdana menteri apabila PN membentuk kerajaan, yang turut diakui Pengerusinya Muhyiddin Yassin.

Perkara itu dinyatakan Muhyiddin ketika berkempen untuk Samsuri pada kempen PRK Kemaman tahun lalu.

Pada pilihan raya kecil itu, Samsuri menewaskan calon Barisan Nasional Raja Affandi Raja Noor dengan majoriti 37,220 undi.



Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo