PAS nafi akaun beku, wang tunai dirampas

PAS nafi akaun beku, wang tunai dirampas
Oleh Luqman Arif Abdul Karim
[email protected]

KUALA LUMPUR: PAS menafikan laporan kononnya beberapa akaun bank dibekukan manakala kenderaan mewah, kedai dan wang tunai dirampas pihak berkuasa, berhubung siasatan dakwaan parti itu menerima RM90 juta daripada UMNO.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, ketika menyanggah dakwaan itu berkata, laporan beberapa portal berita sejak petang tadi berhubung isu itu tidak berasas dan meminta agensi media terbabit mengkaji semula penyiaran artikel berkenaan.

“Saya baru menghubungi pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Apa yang dilaporkan beberapa portal berhubung rampasan dikatakan mempunyai kaitan dengan siasatan kes PAS adalah tidak benar.

“Saya minta portal yang melaporkan (artikel terbabit) mengkaji balik, kalau tidak kita akan ambil tindakan undang-undang. Saya sudah ‘print screen’ (tangkap layar) artikel berkenaan,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Beberapa portal berita melaporkan, SPRM hari ini merampas beberapa kenderaan mewah, sebuah rumah kedai dan wang tunai selain membekukan beberapa akaun bank berhubung siasatannya mengenai dakwaan bahawa PAS menerima RM90 juta daripada UMNO.

Memetik sumber, portal terbabit mendakwa lebih ramai pemimpin PAS dijangka dipanggil bagi memberi keterangan esok.

Antara kenderaan didakwa dirampas SPRM adalah Toyota Vellfire, Range Rover dan Mini Cooper.

Menurut sumber, rumah kedai berkenaan bernilai RM2 juta, manakala kira-kira RM2.3 juta didapati terkandung dalam akaun bank.

Jumlah wang tunai yang dirampas pula tidak didedahkan.

Komited memberi kerjasama sepenuhnya berhubung kes dikendalikan SPRM, Takiyuddin menjelaskan, pihaknya cuba menghubungi portal Malaysiakini bertujuan menyelesaikan kekeliruan itu, namun usaha berkenaan gagal apabila semua talian ditutup.

“(Apa yang dilakukan ini) sangat tidak profesional,” katanya.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/02/536048/pas-nafi-akaun-beku-wang-tunai-dirampas
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget