Parti Harapan Rakyat Sabah akan dibubar, ahli sertai Bersatu

KOTA KINABALU: Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) akan dibubarkan dalam tempoh terdekat ini sebagai memberi ruang kepada seramai 64,000 ahlinya untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Presidennya, Datuk Seri Lajim Ukim berkata, satu Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi sudah diadakan pada hari ini dan pihaknya sebulat suara untuk menyertai Bersatu secara keseluruhan.

Beliau berkata, pembubaran parti berkenaan akan dilakukan sebaik Persidangan Agung Luar Biasa (EGM) dalam tempoh terdekat ini.

"Di dalam Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi pada hari  ini, kami telah sebulat suara memutuskan bahawa ahli-ahli  yang seramai 64,000 orang akan menyertai Bersatu secara en bloc dan untuk maksud ini, kami akan mengadakan EGM dalam masa yang terdekat untuk  membubarkan Parti Harapan Rakyat Sabah.

"Perwakilan ke EGM tersebut adalah ahli yang sama dengan  perwakilan Persidangan Agung Tahunan yang lalu pada 26 Oktober 2018," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas di pejabat Harapan Rakyat di sini, hari ini.

Mengulas mengenai kemasukan Bersatu yang akan membuka cawangannya di Sabah susulan pengumuman Pengerusinya, Tun Dr  Mahathir Mohamad baru-baru ini, Lajim berkata, pihaknya percaya ianya merupakan langkah tepat untuk memperkuatkan Kerajaan Negeri.

Sidang media khas Parti Harapan Rakyat Sabah di pejabat mereka, di Kota Kinabalu. - Foto Astro AWANI
Sidang media khas Parti Harapan Rakyat Sabah di pejabat mereka, di Kota Kinabalu. - Foto Astro AWANI


"Kami memahami kegusaran Parti Warisan Sabah (Warisan) tentang kemasukan Bersatu ke Sabah, tetapi seperti apa yang dikatakan oleh orang ramai, mereka  tidak seharusnya bimbang kerana Tun Dr Mahathir memberi jaminan Bersatu ingin memperkuatkan Kerajaan Sabah.

"Apa yang penting, ia tidak akan menentang Warisan tetapi sebaliknya memperkuatkan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal," katanya.

Untuk rekod, Harapan Rakyat yang diketuai oleh Lajim bertanding sebagai pembangkang di negeri  ini melibatkan 16 kerusi parlimen dan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke -14  (PRU14) lalu.

Bagaimanapun, parti itu tewas kesemua kerusi yang dipertandingkan termasuk Lajim yang sebelum ini memegang kerusi DUN Klias, Beaufort.

Sementara itu, mengulas mengenai perubahan haluan mereka yang dahulu terkenal dengan slogan memperjuangkan isu setempat, Lajim berkata, arus politik memerlukan satu mekanisme baru untuk memperjuangan hak rakyat dengan beliau berpendapat, ianya dapat direalisasikan dengan parti Bersatu.

Terdahulu, baru-baru ini, Dr Mahathir dalam sidang medianya mengumumkan Bersatu tetap akan bertapak di Sabah selepas mengambil kira beberapa faktor termasuklah melihat keadaan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) di Sabah.

Bagaimanapun beliau menafikan tujuan menubuhkan parti Bersatu di Sabah adalah untuk memberi saingan kepada parti Warisan.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-politik/parti-harapan-rakyat-sabah-akan-dibubar-ahli-sertai-bersatu-198813
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget