NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SPR terima notis kekosongan DUN Semenyih



SHAH ALAM: Notis kekosongan kerusi DUN Semenyih berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, dijangka diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tengah hari ini.

Perkara itu disahkan Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama, hari ini.

"Will do it (serah notis kekosongan) this afternoon," katanya ringkas.

Bakhtiar, 57, meninggal dunia di Hospital Kajang pada pukul 4.45 pagi Jumaat lepas (11 Jan) akibat serangan jantung.

Pada pilihan raya umum ke-14, tahun lepas, Allahyarham yang mewakili PPBM menewaskan 3 calon lain, Datuk Johan Abd Aziz (BN), Mad Shahmidur Mat Kosim (PAS) dan S Arutchelvan (PSM) dengan majoriti 8,964 undi.

Bakhtiar, yang juga ketua bahagian PPBM Hulu Langat, memperoleh 23,428 undi.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo