Sabah: Warisan perlu tunai janji bina Kg Bangau-bangau


oleh: ZULZAIM HILMEE ABIDIN
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS)

DEWAN Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) menggesa Kerajaan Negeri agar melunaskan janji yang ditaburkan sewaktu pilihan raya lepas untuk membangunkan semula perumahan di perkampungan nelayan, Kampung Bangau-bangau Semporna yang musnah akibat kebakaran pada tahun 2015.

Kebakaran besar yang telah memusnahkan sebanyak 320 buah rumah membabitkan kira-kira 500 buah keluarga telah menyebabkan hampir keseluruhan mangsa masih menduduki rumah transit atau rumah kongsi sehingga ke hari ini.

Cuba bayangkan hampir empat tahun mereka duduk di rumah transit yang sempit dan semakin uzur? Walhal, masyarakat kampung tersebut adalah majoriti berbangsa Bajau yang bekerja sebagai nelayan, buruh dan berniaga kedai runcit kecil-kecilan.

Kami telah acap kali turun meninjau situasi di kampung tersebut dan kami juga mencadangkan agar Adun di kawasan berkenaan perlu merasai tinggal bermalam di rumah transit tersebut untuk menyelami denyut nadi rakyat yang perlu dibantu.

Justeru, sebagai entiti yang memperjuangkan nasib Bumiputera Sabah, maka Pemuda PAS akan memastikan prasarana utama penduduk ini dapat direalisasikan Kerajaan Negeri dan pembinaan semula perumahan di Kampung Bangau-bangau Semporna diharap dapat dilaksanakan secepat mungkin.

"Terus Mara"

 - HARAKAHDAILY 16/1/2019
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget