NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MB Johor tolak ICERD jika langgar Perlembagaan



JOHOR
BAHRU, 8 Rabiulawal 1440H, Jumaat – Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian menegaskan akan menolak pengesahan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) jika ia melanggar mana-mana perkara yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.


"Pendirian kami di Johor jelas, sekiranya ia melanggar, mengugat atau melemahkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, Sistem Raja Berpelembagaan dan kedudukan agama Islam, kita akan menolak ICERD," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, isu yang dibangkitkan rakyat ini bukan lagi menjadi agenda politik kepartian sekiranya ia melanggar Perlembagaan.


Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana, P Waytha Moorthy memberi jaminan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan tidak akan dimansuhkan sekiranya kerajaan bersetuju meratifikasi ICERD.

Kenyataan itu bagaimanapun mengundang kecaman ramai pihak termasuk bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid.

Tun Abdul Hamid menegaskan, pengecualian Perkara 153 daripada diganggu-gugat selepas ICERD diratifikasi adalah satu pembohongan.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/11/16/mb-johor-tolak-icerd-jika-langgar-perlembagaan/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo