Kenderaan masuk Pulau Pinang akan dikenakan caj

GEORGETOWN - Kenderaan yang bukan berdaftar di Pulau Pinang dicadangkan agar dikenakan caj bagi menggalakkan pengunjung ke negeri ini menggunakan pengangkutan awam.

Adun Kebun Bunga (PKR), Jason Ong Khan Lee berkata, selain itu, langkah itu dapat membantu menurunkan bilangan kenderaan yang memasuki Pulau Pinang.

Menurutnya, Pulau Pinang kini dibanjiri dengan lebih satu juta kenderaan berbanding 10 tahun lalu, iaitu hanya 300,000 kenderaan di jalan raya.

"Dengan cadangan ini, ia dapat mengurangkan jumlah kenderaan di negeri ini, sekaligus mengurangkan kesesakan lalu lintas.

"Kita nak gerakkan manusia, bukannya kenderaan. Saya harap cadangan mengenakan caj ke atas semua kenderaan yang bukan berdaftar di Pulau Pinang dapat diperhalusi," katanya.

Terdahulu, Jason Ong menyampaikan ucapan pembahasan rang undang-undang perbekalan dan usul anggaran pembangunan 2019 Pulau Pinang tadi.

Jason berkata, sekiranya kerajaan negeri ingin menggerakkan manusia, kerajaan negeri perlu mempertingkatkan infrastruktur pengangkutan awam.

"Kerajaan negeri juga perlu mempunyai 'political will' untuk menempatkan semula atau menghentikan aktiviti penjaja haram jalanan serta parkir haram," katanya.

Dalam perkembangan lain, Jason Ong memohon Dun Pulau Pinang mencadangkan kepada kerajaan Pusat untuk menubuhkan Suruhanjaya Kejuruteraan Sivil dan Geoteknikal susulan dua kejadian tanah runtuh di negeri ini.

Menurutnya, suruhanjaya itu juga boleh digunakan untuk Lebuh Raya Pan Island Link 1(PIL1) berikutan projek itu memerlukan pemantauan dan penguatkuasaan yang sewajarnya.

"Suruhanjaya ini akan dilaporkan kepada Dun atau Dewan Rakyat yang mana, ia bakal diketuai juru ukur bangunan dengan barisan jurutera awam dan profesional berkelayakan yang mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan perintah berhenti kerja, mitigasi, rektifikasi dan sebagainya.

"Suruhanjaya ini juga bertanggungjawab mengeluarkan garis panduan dan kriteria yang diperlukan Penilaian Impak Sosial, Penilaian Impak Alam Sekitar, Penilaian Impak Lalu Lintas dan sebagainya.

"Suruhanjaya ini juga perlu dilengkapi dengan Sistem Informasi Geografi (GIS) untuk menyediakan 'landslide and flood hazard mapping' untuk seluruh Pulau Pinang," katanya.



Labels:
Reactions:

Post a Comment

kelantan pun boleh caj kenderaan luar kecuali terengganu dan pahang.... sebab jiran, hihihi

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget