NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tujuh Tol 'Kepong' Balakong



MCA akan mendesak Kerajaan Selangor memansuhkan tol di sekitar negeri ini jika berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong.

Calon MCA, Tan Chee Teong berkata, penduduk di Balakong dikelilingi tujuh tol sekaligus menekan kehidupan seharian mereka.

"Kerajaan Selangor ada kepentingan dalam konsesi kutipan tol. Jadi saya akan perjuangkan perkara ini dalam sidang DUN jika diberi mandat oleh pengundi Balakong.

"Cuba kita fikirkan kehidupan penduduk Balakong yang dikepung tujuh buah tol. Berapakah kos tol yang terpaksa dibayar mereka pada setiap bulan?

"Penduduk Balakong seakan terperangkap dengan tol kerana terpaksa membayar tol untuk keluar ke Kajang atau Kuala Lumpur," katanya ditemui media selepas beliau melakukan kempen di kawasan sekitar Taman Seri Cheras pada Khamis.

Sebelum ini, Chee Teong membidas calon Pakatan Harapan, Wong Siew Ki yang gagal menjawab isu berkaitan kegagalan pemansuhan tol oleh kerajaan seperti dalam janji manifesto.

PRK Balakong pada 8 September ini diadakan susulan kematian ADUN penyandangnya, Eddie Ng yang yang terbunuh dalam satu nahas jalan.

Wartawan Watan-Online

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo