NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Politik Terdesak MB Selangor


1. Dek kerana terlalu terdesak dengan sokongan rakyat serta populariti calon PAS bagi Pilihanraya Kecil N32 Seri Setia Dr Halimah Ali, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari terpaksa bersuara membangkitkan isu jawatan "sukarela" calon PAS itu dalam GLC Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) seperti dilapor oleh Sinar Harian. Walaupun soal jawatan GLC ini tiada kaitan langsung dengan PRK, namun MB Selangor terpaksa membangkitkannya kerana PKR dan Pakatan Harapan ketandusan isu untuk dimainkan bagi berdepan dengan calon PAS ini. Apatah lagi reputasi sebagai MB baru bagi menyayingi Dato Seri Azmin Ali perlu digarab dengan baik.

2. Dr Halimah Ali yang sememangnya sebelum ini diketahui oleh rakyat Selangor memegang jawatan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Selangor yang menumpukan soal pendidikan rakyat melalui program SPIESnya. Program yang dilihat berjaya melarutkan rakyat dengan agenda pendidikan secara berterusan. 

3. Calon PAS di N32 Seri Setia Dr Halimah Ali ini secara berjiwa besar tidak mempunyai sebarang masalah untuk melepaskan jawatan itu. Beliau telahpun bersedia untuk menulis surat perletakkan jawatan. Apatah lagi beliau tidak menerima sebarang elaun sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah GLC dalam "negeri yang kaya" tersebut. Sedangkan semua rakyat maklum ada sesetengah pihak bagaikan "bercakaran dan membunuh karektor" semata-mata merebut limpahan "ghanimah" khazanah negeri. Kejujuran Dr Halimah dalam membantu aspek pendidikan pada rakyat Selangor tanpa sebarang elaun di PPAS, sepatutnya dipandang mulia oleh semua pihak.

4. Dewan Pemuda PAS Selangor mengucapkan terima kasih kepada MB Selangor kerana secara tidak langsung telah mempromosikan calon PAS ini dengan isu yang terpaksa dicipta dan akhirnya "memakan diri sendiri". Rakyat akan melihat terdesaknya MB membangkitkan isu ini bagi mengaibkan calon PAS dan dalam masa yang sama rakyat melihat berjiwa besarnya Dr Halimah melepaskan jawatan sukarela dengan membantu rakyat secara langsung di lapangan.

5. Dengan senario ini, diharapkan dapat membuka mata rakyat dan mudahan Allah memberi hidayah dan kemenangan kepada calon PAS dalam PRK kali ini. Allahu Akbar!!

MUHAMED SUKRI OMAR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Selangor
9 Zulhijjah 1439H | 21 Ogos 2018

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo