NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS umum calon DUN Seri Setia malam ini


PAS bakal mengumumkan calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, malam ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, pengumuman calon itu akan dibuat dalam satu program ceramah di Desa Menteri, Petaling Jaya

Beliau berkata, setakat ini pihaknya tidak boleh mendedahkan calon berkenaan, sebaliknya hanya menyatakan bahawa individu itu adalah seorang tokoh berpengalaman, berwibawa dan mampu menarik sokongan rakyat di kawasan itu.


"Saya tidak boleh jelaskan dahulu siapa dia tetapi beliau adalah ahli politik yang disegani dan cukup berpengalaman dalam pentadbiran," katanya seperti dilapor Utusan Malaysia, hari ini.

Kerusi DUN Seri Setia kosong selepas penyandangnya Prof Dr Shaharuddin Baharuddin daripada PKR meninggal dunia pada 2 Ogos lalu.

Pada Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14), Shaharuddin memenangi kerusi DUN Seri Setia selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Yusoff M Haniff dengan memperoleh sebanyak 29,250 undi.

Beliau mengalahkan Yusoff yang memperoleh 9,878 undi selain calon Pas, Mohd Ghazali Daud (4,563) dan calon Bebas, S Vigneswaran (217).

Kekosongan kerusi DUN Seri Setia bakal menyaksikan pilihan raya kecil ketiga diadakan di Selangor selepas Sungai Kandis pada 4 Ogos lalu, dan Balakong pada 8 September depan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo