NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

"Macai Politik": Kenyataan Saddiq Biadap – Asyraf


Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang melabel pertubuhan bukan kerajaan (NGO) belia sebagai macai politik adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata perkataan tersebut tidak seharusnya keluar daripada seorang Menteri yang sepatutnya mempunyai semangat negarawan.

“Saya rasa ini satu tuduhan, satu kata kata yang amat tidak bertanggungjawab keluar daripada seorang yang seharusnya bersifat negarawan.

“Bila dilantik sebagai anggota menteri, dia harus berjiwa negarawan kalaupun tidak boleh berlaku sebagai seorang negarawan.

“Tetapi takkanlah bila baru dua bulan jadi kerajaan terus melontarkan kata-kata yang hakikatnya bagi saya tidak bersifat seorang ahli parlimen yang beradab yang mempunyai nilai moral yang tinggi,” katanya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur pada Khamis.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata Saddiq tidak seharusnya melihat gerakan belia daripada sudut pandang kepartian memandangkan jawatan beliau sebagai seorang menteri.

“Kita sebagai menteri harus melihat di luar kepompong kepartian, ngo-ngo belia dari dahulu lagi mewakili suara anak muda. Ada kala mereka menyokong (kerajaan) ada kala mereka mengkritik.

“Kenapa bila mereka mengkritik kerajaan akhirnya mereka melabel dengan pelbagai label?

“Sedangkan dahulu semasa PH menjadi pembangkang sekalipun mereka sentiasa memperjuangkan budaya politk berteraskan kebebasan negara, menghormati pandangan, menghormati hak anak muda bersuara,” katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo