NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UEC : Mufti Perak bantah

Pengiktirafan terhadap UEC dilihat bakal merosakkan dasar pendidikan yang sedia ada, kata Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria.

Beliau berkata sistem pendidikan masakini yang dibentuk berasaskan perpaduan kaum dan pembinaan negara bangsa merupakan dasar terbaik untuk negara ini.

"Adalah amat mendukacitakan sama sekali sekiranya UEC diiktiraf.

"Ini kerana ia membuka ruang yang cukup besar kepada kaum-kaum lain dengan menimbulkan semangat perkauman yang boleh merosakkan suasana harmoni di negara ini," katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Mengulas lanjut, Dr. Harussani berkata kerajaan perlu mengambilkira semua faktor termasuk dasar, polisi serta pandangan pakar dan negarawan sebelum menggubal dasar bagi meneliti kesan dan akibat sesuatu dasar.

Beliau turut berkata pelaksanaan UEC menganggu gugat asas perpaduan kaum yang berpaksikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.

"Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 adalah antara dasar terbaik dengan mengambilkira semangat perpaduan kaum..," ujar beliau.

"Pengorbanan negarawan seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun Tan Chiew Sin dari MCA yang menghalang pelaksanaan UEC pada zaman mereka adalah semangat perpaduan kaum yang sangat tinggi yang ditunjukkan oleh mereka," katanya. - Wartawan Watan-Online


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo