NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perlis: PAS Sedia Buka Pintu Buat Ismail Kassim - PJ


PAS sentiasa terbuka untuk menerima Datuk Ismail Kassim sekiranya beliau berhasrat untuk menyertai parti tersebut, kata Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Shukri.

Beliau berkata pihaknya tidak pernah berdendam dengan bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Arau itu.

Malahan menurutnya PAS akan menerima dengan hati terbuka jika Ismail berminat untuk memperjuangkan Islam bersama PAS.

"Kita tidak kisah jika ada mana-mana individu ingin menyertai PAS malah kita sedia menerimanya termasuk Ismail sendiri," katanya kepada media pada Khamis.

Walaubagaimanapun Shukri berkata keputusan akhir tetap akan diputuskan oleh PAS Pusat untuk menerima atau sebaliknya.

Ismail yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang bertindak keluar daripada UMNO dan berhasrat untuk menyertai PPBM.

Namun PPBM bertegas untuk menolak kemasukan beliau ke dalam parti, membuatkan Ismail memutuskan pula untuk menyertai PKR.

Hajatnya untuk menyertai PKR turut tidak kesampaian apabila sekali lagi permohonannya itu ditolak oleh biro politik PKR. - Wartawan Watan-Online

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo