NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Panel hakim Mahkamah Persekutuan tidak lagi atas lantikan





PUTRAJAYA Ketua Hakim Negara yang baharu, Tan Sri Richard Malanjum berkata, panel hakim bagi kes yang didengar di Mahkamah Persekutuan akan dipilih melalui undian dan tidak lagi menerusi lantikan.

Beliau berkata, cadangan tersebut adalah bagi mengelakkan sebarang tohmahan dan unsur-unsur negatif dalam pembahagian kes serta pemilihan panel.

Sebelum ini, pemilihan panel hakim Mahkamah Persekutuan diputuskan oleh Ketua Hakim Negara.
Selain itu, katanya, kes melibatkan isu perlembangaan akan didengar oleh panel sembilan hakim berbanding lima sebelum ini dengan dianggotai hakim-hakim yang memegang empat jawatan tertinggi.

Beliau berkata, kes kepentingan awam di Mahkamah Persekutuan didengar oleh panel tujuh hakim manakala kes rayuan lain didengar oleh panel lima hakim.

Malanjum berkata, panel Mahkamah Persekutuan dianggotai tiga hakim akan mendengar permohonan kebenaran merayu dan ahli-ahli panel berkenaan akan ditentukan secara undian.


"Kes rayuan yang berasal dari Mahkamah Sabah dan Sarawak ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan pula akan didengar oleh panel yang dianggotai oleh sekurang-kurangnya seorang hakim yang berasal dari Sabah atau Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelantikan Ketua Hakim Negara dan Majlis Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak di Istana Kehakiman di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi panel sembilan hakim dan tujuh hakim, ahli-ahli panel berkenaan akan terdiri daripada hakim-hakim yang memegang empat jawatan tertinggi dalam Badan Kehakiman dan ahli-ahli panel yang lain dianggotai oleh hakim Mahkamah Persekutuan yang akan dipilih secara undian.
Malanjum berkata, bagi kes-kes rayuan yang lain, panel lima hakim akan dipengerusikan oleh salah seorang hakim tertinggi manakala empat ahli panel dipilih secara undian.

Pada masa ini, panel Mahkamah Persekutuan yang mendengar kes-kes rayuan dan permohanan semakan dianggotai lima hakim manakala panel tiga hakim bagi pendengaran permohonan kebenaran merayu.

Dalam ucapan pertamanya, Malanjum berkata beberapa pendekatan baharu akan dilaksanakan termasuk konsep pengurusan bersama dan berkumpulan di mana hakim-hakim yang memegang empat jawatan tertinggi akan diberi kuasa dan tanggungjawab yang sama dalam segala hal berkaitan dasar dan penyertaan dalam pengurusan Badan Kehakiman.

"Setiap peringkat mahkamah iaitu Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi akan diterajui oleh hakim-hakim kanan mengikut peranan seperti mana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Hakim-Hakim tersebut akan bertanggungjawab untuk menguruskan perihal mahkamah masing-masing," kata beliau.

Malanjum juga berkata beliau berhasrat memperkenalkan sistem 'time-sheet' di peringkat Mahkamah Tinggi untuk menggalakkan pengurusan masa mahkamah yang lebih berkesan dalam kalangan hakim-hakim dan para pegawai kehakiman dan untuk memastikan bahawa hakim-hakim dan para pegawai kehakiman tidak dituduh ponteng.

Kata beliau, sistem berkenaan yang dilaksanakan secara berkomputer diperkenalkan oleh beliau dua tahun lalu di Mahkamah-Mahkamah Sabah dan Sarawak.

Di majlis itu, Tan Sri Ahmad Maarop, 65, telah mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Presiden Mahkamah Rayuan manakala Datuk David Wong Dak Wah, 64, mengangkat sumpah jawatan sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

Menurut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif dan bekas Presiden Mahkamah Rayuan telah menghadiri upacara serah tugas kepada Malanjum dan Ahmad pada sebelah pagi di kamar Ketua Hakim Negara di Istana Kehakiman.

Kenyataan itu juga menyatakan upacara pengurniaan watikah pelantikan dan majilis angkat sumpah jawatan dan taat setia bagi Tan Sri Zaharah Ibrahim yang dilantik sebagai Hakim Besar Malaya yang baharu akan diadakan dalam masa yang terdekat atas sebab beliau berada di luar negara.

Semalam, Malanjum, 65, mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu berkuat kuasa serta merta selepas beliau menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Baginda juga telah memperkenan dan mengurniakan watikah pelantikan kepada Ahmad sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan Wong sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak.- Bernama

( Hide )
  1. WOW ,Article ini sangat menarik sekali
    kunjungi juga website dibawah ini
    http://obatasamuratagaricpro.com/obat-jantung-koroner-ampuh/

    ReplyDelete
  2. Makasih gan, Artikel anda sangat menarik
    http://rizkyherbal.com/obat-herbal-paru-paru-basah-kronis/

    ReplyDelete
  3. mantap, artikelnya sangat menarik http://obatasamuratagaricpro.com/obat-tradisional-hernia-paling-mujarab/

    ReplyDelete
  4. ditunggu artikel selanjutnya gan http://obatasamuratagaricpro.com/obat-asam-lambung-paling-manjur-top/

    ReplyDelete
  5. Sangat menarik http://obatasamuratagaricpro.com/obat-kanker-prostat-yang-ampuh/

    ReplyDelete
  6. menarik benget artikelnya http://rizkyherbal.com/obat-asma-akut-paling-ampuh-1/

    ReplyDelete
  7. makasih banyak http://obatasamuratagaricpro.com/obat-hepatitis-akut/

    ReplyDelete
  8. thanks infonya https://obatasamuratagaricpro.com/obat-gagal-ginjal-tanpa-cuci-darah/

    ReplyDelete
  9. Top banget artikelnya
    http://rizkyherbal.com/obat-kanker-usus-besar-stadium-4-alami/
    http://rizkyherbal.com/obat-tbc-herbal-di-apotik/

    ReplyDelete
  10. terima kasih banyak atas infonya, sukses selalu...
    tips kesehatan untuk penyakit hernia, semoga bermanfaat
    http://rizkyherbal.com/pengobatan-hernia-secara-alami-tanpa-operasi/

    ReplyDelete
  11. terima kasih
    http://rizkyherbal.com/tidak-perlu-operasi-ini-obat-amandel-paling-laku-di-apotek/

    ReplyDelete
  12. terimaksih atas informasinya
    http://obatasamuratagaricpro.com/obat-yang-tepat-mengobati-asam-urat/
    http://obatasamuratagaricpro.com/manfaat-pengobatan-herbal-untuk-penderita-hernia/
    http://obatasamuratagaricpro.com/inilah-penyebab-gejala-dan-pengobatan-tipes/

    ReplyDelete
  13. knowing bgt artikelnya, mantappp
    http://hernia.rizkyherbal.com/waspadai-gejala-awal-penyakit-kista-ovarium/
    http://hernia.rizkyherbal.com/tuntaskan-kanker-payudara-yang-telah-menyebar-dengan-ini/
    http://hernia.rizkyherbal.com/pantangan-keras-untuk-penderita-darah-kental-trombofillia/


    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo