NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS tak perlu rujuk BN untuk bertanding di Sg Kandis

"Keputusan (Pilihan Raya Umum ke-14) yang lalu Umno (BN) dapat lebih banyak undian daripada PAS. Kalau Umno tak sertai PRK maka PAS akan masuk bertanding.Soal kita letak calon adalah berdasarkan keperluan. Kita tak perlu rujuk dia (BN) dan PAS sentiasa bersedia... tidak ada istilah menang percuma untuk mana-mana parti." - Tuan Ibrahim Tuan Man

PAS tidak akan memberi kemenangan mudah kepada mana-mana parti yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis di Selangor susulan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai lepas, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata PAS sentiasa bersedia untuk menyertai PRK Sungai Kandis di sebalik pendirian 'tunggu dan lihat' parti itu terhadap pembangkang yang lain terutama Barisan Nasional (BN) yang dilihat menunjukkan minat dalam perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

"Keputusan (Pilihan Raya Umum ke-14) yang lalu Umno (BN) dapat lebih banyak undian daripada PAS. Kalau Umno tak sertai PRK maka PAS akan masuk bertanding.

"Soal kita letak calon adalah berdasarkan keperluan. Kita tak perlu rujuk dia (BN) dan PAS sentiasa bersedia... tidak ada istilah menang percuma untuk mana-mana parti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kuliah Bulanan Wanita di Balai Islam Lundang di Kota Bharu, hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata parti itu hanya akan meletakkan calon sekiranya berlaku pertandingan satu lawan satu susulan pencapaian PAS di DUN Sungai Kandis pada PRU14 lalu hanya sederhana sahaja dengan mendapat 7,573 undi.

Mat Shuhaimi, 50, dari PKR meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya pada 11.10 pagi Isnin lepas akibat kanser limfoma.

Pada PRU 14, Shuhaimi memenangi kerusi DUN Sungai Kandis selepas memperoleh 23,998 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan penamaan calon pada 21 Julai ini manakala pengundian pada 4 Ogos.

- Bernama

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo