NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemuda PAS tegur Menteri Kewangan


Pemuda PAS Malaysia mendapati kedudukan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan telah bermasalah sejak dari awal lagi. Isu ini pernah ditimbulkan sendiri oleh YAB Perdana Menteri ...


oleh: Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin

Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng disaran untuk fokus terhadap inisiatif-inisiatif baru untuk meringankan kos sara hidup rakyat, melonjakkan ekonomi negara dan memperbaiki sentimen negatif pasaran domestik yang telah berlarutan sejak 14 Mei yang lalu. 

Beliau seharusnya lebih peka dengan teguran Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang dilihat lebih selari dengan aspirasi rakyat berbanding terus kekal dengan mentaliti pembangkang.

Keadaan ketidaktentuan ekonomi negara hari ini banyak dipengaruhi oleh kenyataan beliau yang tidak konsisten khususnya dalam menjelaskan angka sebenar hutang negara. Hal tersebut telah menjejaskan pasaran modal sehingga berlaku penarikan dana besar-besaran oleh pelabur luar negara dari Bursa Malaysia sehingga mencecah RM 5.8 bilion (paling tinggi pada tahun 2018). 

Begitu juga cara beliau dalam menguruskan konflik 1MDB turut mendapat kritikan daripada media antarabangsa, Bloomberg pada bulan lalu. Turut memburukkan keadaan apabila dana tabungan persaraan rakyat, KWSP telah mengalami kerugian sehingga RM 6.09 bilion menerusi pegangan pelaburannya dalam 10 syarikat yang disenaraikan. Kejatuhan nilai daripada RM 51.21 bilion sehingga RM 45.12 bilion dalam tempoh 1 bulan adalah sesuatu yang sangat buruk dan membimbangkan.

Pemuda PAS Malaysia mendapati kedudukan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan telah bermasalah sejak dari awal lagi. Isu ini pernah ditimbulkan sendiri oleh YAB Perdana Menteri dan Pengarah Eksekutif Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) berhubung dua dakwaan salah laku Lim Guan Eng sewaktu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Kes ini masih berjalan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan ia jelas menimbulkan konflik berkepentingan. Berdasarkan integriti, beliau sewajarnya mengambil cuti sehingga kes beliau diselesaikan.

#CreateABetterMalaysia 
#MalaysiaSejahtera
#MalaysiaBaru

Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo