KUSZA akan dibuka semula


KUALA TERENGGANU 12 Jun - Usaha ke arah mewujudkan sebuah institusi pe­ngajian tinggi agama di negeri ini bagi menggantikan Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (Kusza) sudah mulai digerakkan bagi memenuhi manifesto yang dijanjikan.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penubuhannya kelak akan menjadi salah satu pemangkin kepada usaha menjadikan negeri ini sebagai hab pendidikan Islam antarabangsa.

"Di samping itu kerajaan nege­ri menjanjikan untuk menambah sekolah menengah agama di setiap Parlimen dan sekolah rendah agama di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) serta memberi geran tahunan kepada sekolah agama rakyat dan pondok.

"Kita juga akan mewujudkan Tabung Biasiswa Cemerlang sebanyak RM5 juta setahun untuk anak negeri yang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama," ujarnya

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pe­nyampaian Bantuan Persediaan Pelajar Yayasan Terengganu (YT) Bagi Peringkat Matrikulasi/Asasi dan Diploma Sesi Pengajian Mei/Jun 2018 Parlimen Marang, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus di Dewan Besar Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.


Kusza, sebuah institusi pe­ngajian tinggi Islam milik kerajaan negeri yang berprestij dibubarkan pada 2006 bagi memberi laluan ke arah kewujudan Universiti Darul Iman yang kemudiannya dinamakan Universiti Sultan Zainal Abidin Sultan Zainal Abidin kini.

Kerajaan negeri difahamkan sedang meneliti kemungkinan memanfaatkan Taman Ilmu di Tembila Besut dengan kemu­dahan premis sedia ada untuk dijadikan kampus yang sekali gus dapat membantu memberi nafas baharu ke arah perkembangan taman berkenaan.

Sementara itu dalam majlis tersebut, seramai 1,249 orang menerima bantuan persediaan yang keseluruhan berjumlah RM808,950 dengan kadar RM1,000 (ijazah), RM750 (diploma) dan RM500 (sijil dan matrikulasi) manakala penambahan RM300 untuk IPT di Sabah dan Sarawak.

Kerajaan negeri secara kese­luruhannya memperuntukkan RM1.5 juta untuk diagihkan kepada 2,404 pelajar sebagai persediaan menyambung pelajaran di peringkat matrikulasi/asasi dan diploma bagi sesi 2018/2019 sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini.


Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget