NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

15 maut, puluhan lagi masih hilang bot karam di Indonesia



JAKARTA, 29 Ramadan 1438H, Khamis – Sekurang-kurangnya 15 terkorban apabila dua bot karam di perairan Indonesia, menjelang Aidilfitri esok.

Pihak berkuasa, dan pasukan penyelamat mengesahkan, pihaknya masih meneruskan usaha mencari puluhan lagi mangsa yang hilang.

Insiden berlaku apabila bot panjang yang membawa kira-kira 43 penumpang karam di Makasar di kepulauan Sulawesi, menyebabkan 13 maut.

Manakala sebuah bot laju yang membawa 30 penumpang pula karam di Sumatera Selatan, dan mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang.

"Kami masih belum ada maklumat berapa yang selamat kerana usaha mencari mangsa masih berterusan," kata jurucakap pejabat mencari dan menyelamat Palembang, Toto Mulyono.

Kemalangan feri adalah lazim di Indonesia, terutama ketika perayaan Aidilfitri apabila jutaan rakyat negara berkenaan pulang ke kampung halaman melalui jalan darat, laut dan udara. – Agensi


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo