Buang Syarat Mengongkong Demokrasi – Zainuri



Syarat yang mengongkong demokrasi dalam UMNO dengan mewajibkan seseorang itu menjadi ahli sekurang-kurangnya tiga tahun jika ingin bertanding dalam pemilihan parti perlu dihapuskan.

Ketua Pemuda UMNO Selangor, Zainuri Zakaria berkata, peraturan tersebut dilihat merencatkan hasrat individu untuk berkhidmat kepada parti disebabkan ‘umur’ dalam UMNO masih muda.

“Usah kita ikut acuan orang kerana soalnya sekarang adalah proses demokrasi dalam UMNO perlu disuburkan dengan membuka peluang kepada sesiapa yang mahu berkhidmat kepada parti tanpa berdepan sebarang sekatan,” katanya kepada Watan Online pada Selasa.

Zainuri turut menegaskan Pemuda UMNO tidak akan menyatakan sokongan secara terbuka kepada mana-mana pemimpin menjelang pemilihan parti.

“Kita tidak terlibat dalam gerakan yang mahukan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah merebut jawatan Presiden UMNO.

“Sepatutnya pertandingan Majlis Tertinggi, termasuk Presiden dan Timbalannya dibuka seluasnya, tanpa sebarang sekatan untuk kembali menyuburkan parti.

“Kita perlu insaf bahawa parti dalam keadaan sangat getir, justeru fokus utama adalah membangkitkan semula UMNO dengan mengutamakan penyatuan dalaman, bukan gerakan untuk memihak satu pihak yang lain atau mewakili suara calon tertentu bagi merebut jawatan peringkat tertinggi,” katanya.

Beliau turut mengingatkan Pemuda dan Puteri UMNO untuk tidak menjadi pencatur dalam pemilihan parti sehingga memecah belahkan ahli.

“UMNO tidak rela melihat barisan muda terlalu bercita-cita besar sedangkan peringkat lapisan kepemimpinan perlu memandang lebih mendalam mengenai pendekatan melahirkan pelapis ‘nakhoda’ muda yang bersedia mendepani cabaran 30 tahun akan datang.

“Belajarlah daripada pemimpin berpengalaman sebagai panduan dan iktibar dalam mempersiapkan diri masing-masing untuk membantu UMNO yang kini dalam keadaan perit serta penuh mencabar.

“Ayuh! bangunkan dan bangkitlah UMNO. Usahlah terlalu sibuk membuaikan calon mana yang perlu diketengahkan, waima jika Tengku Razaleigh sudah nyatakan beliau enggan bertanding sebaliknya mahu melihat parti bersatu.

“Jangan desak mana-mana calon, termasuk Tengku Razaleigh sehingga boleh mengakibatkan perbalahan dan perpecahan dan membebankan parti kerana ketika ini kita mempunyai nakhoda yang diberikan amanah untuk memikul tugas Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” katanya.

Zainuri berkata, nakhoda baharu ‘dahagakan’ sokongan kuat akar umbi seiring keadaan UMNO yang rebah tetapi tidak tersungkur kerana akar kayu dan batangnya masih kuat mencengkam bagi memastikan parti masih utuh.

Keadaan itu, katanya, dibuktikan menerusi pegangan 54 kerusi milik ahli UMNO daripada 78 kerusi Barisan Nasional (BN) yang memperlihatkan ia parti tunggal terbanyak dalam Dewan Rakyat.

“Bantulah Zahid dalam memulihkan usaha parti ke arah kestabilan dan kemantapan barisan yang perlu dicapai kerana UMNO perlukan gabungan pemimpin baru serta lama sebagai usaha pengukuhan.

“Janganlah (pemimpin) terlalu lama, apatah lagi yang lama tidak aktif dalam parti,” katanya.

Sumber: http://watan-online.com/buang-syarat-mengongkong-demokrasi-zainuri/
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget