NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PM Iraq bantah adakan semula Pilihan Raya Parlimen





BAGHDAD, 28 Ramadan 1439H, Rabu – Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi menolak Pilihan Raya Parlimen diadakan semula, sekali gus memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mensabotaj proses politik itu.

Menurut laporan Middle East Monitor, beberapa pihak menuntut supaya pengiraan semula undi dibuat di seluruh negara, termasuk menggesa mengadakan semula pemilihan itu.
Bagaimanapun, Abadi berkata, hanya Mahkamah Agung sahaja yang boleh memutuskan keperluan mengadakan semula pilihan raya.

Kelmarin, ulama Syiah yang juga menang pada pilihan raya 12 Mei lalu, Moqtada al-Sadr menggesa rakyat Iraq bersatu menggesa pemilihan semula diadakan susulan insiden kebakaran tempat penyimpanan kotak undi.

Mahkamah Iraq mengarahkan penangkapan empat individu termasuk seorang anggota polis dan kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya Tinggi Bebas, yang didakwa menjadi dalang dalam insiden itu.

Dalam sidang akhbar mingguan, Abadi kesal dengan tindakan provokasi pihak berkenaan yang sengaja mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat Iraq.

"Peguam kita akan mendakwa mana-mana pihak atau individu yang cuba melemahkan proses politik negara," katanya.- Agensi


Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/06/13/pm-iraq-bantah-adakan-semula-pilihan-raya-parlimen/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo