NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lokasi Pelancongan Menarik Di Terengganu



Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri di dalam Malaysia yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Masyarakat Terengganu kaya dengan budaya dan adat. Selain itu,Terengganu kaya dengan makanan tradisional yang berbeza daripada masyarakat Melayu di negeri lain. Makanan yang terkenal di Terengganu adalah keropok Lekor dan Budu. Masyarakat Terengganu memanggil keropok lekor dengan nama ‘keppok gongdee’, ‘keppok panjang’ atau ‘keppok batang’. Budu adalah gabungan sos ciptaan masyarakat Terengganu dan juga dikenali sebagai ‘sos bilis’.

1. Pengembaraan Filem Polis Evo


Mengapa Terengganu menjadi tajuk perbualan kali ini?

Ini kerana kita akan melancong di Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu di sebuah negeri bernama Terengganu. Apakah kaitannya dengan Polis Evo? Polis Evo adalah antara sebuah filem Malaysia yang mendapat kutipan tinggi hasil tayangan di pawagam Malaysia. Polis Evo ditayangkan di Pawagam pada tahun 2015. Konsep filem aksi dengan menggabungkan lokasi biasa seperti bandar Kuala Lumpur dengan sebuah kawasan jauh daripada bandar kota raya iaitu Terengganu. Terdapat pelbagai lokasi menarik sepanjang pengembaraan filem Polis Evo ketika di Terengganu.



Kos perbelanjaan yang jauh lebih rendah berbanding kota raya Kuala Lumpur akan menjadikan Terengganu sebagai satu destinasi pelancongan anda. Di sini tersenarai beberapa lokasi menarik di Terengganu tarikan daripada filem yang patut anda kunjungi:


2. Jeti Pulau Duyong, Kuala Terengganu


Jeti Pulau Duyong adalah sebuah lokasi tumpuan pelancong kerana Pulau Duyong yang terletak di muara Sungai Terengganu menjadi terkenal kerana diadakan Pertandingan Monsoon Cup. Semenjak pertandingan berprestij itu diadakan, Pulau Duyong menjadi tarikan pelacong luar negara untuk dikunjungi. Berdasarkan gambar di atas, pelancong dapat melihat keindahan malam bandaraya Kuala Terengganu daripada jeti. Terdapat perkampungan kecil di dalam Pulau Duyong. Anda boleh menyeberang ke Pulau Duyong dengan bot kecil atau feri. Hanya 10 minit tempoh menyeberangi ke Pulau Duyong.


3. Kampung Cina di Bandar Kuala Terengganu



Terdapat satu bangunan lama kelihatan antik di tengah bandar Kuala Terengganu iaitu Kampung Cina atau Chinatown yang terletak di pinggir Pulau Warisan. Apabila anda ingin ke Pulau Warisan, pasti anda akan melalui Kampung Cina ini. Di sini terdapat pelbagai kemudahan seperti kedai cenderamata, kedai pakaian, pejabat, restoran dan lain-lain. Penempatan di sini merupakan penempatan tradisi kaum Cina sejak dahulu kala lagi. Anda boleh bersiar-siar di Chinatown dengan menaiki kereta, beca ataupun berjalan kaki dan pastikan anda sediakan syiling untuk parkir kenderaan anda. Terdapat pelbagai objek dan struktur bangunan yang ‘old-school’ seperti pondok telefon antik, pintu antik dan lain-lain lagi. Terdapat lokasi “Street Art” iaitu lukisan dinding yang menjadi tumpuan pelancong untuk bergambar. Waktu yang sesuai untuk mengunjungi Chinatown adalah waktu pagi ketika penduduk Cina baru memulakan aktiviti harian mereka dan ketika petang untuk menikmati keindahan panorama yang menarik untuk sesi fotografi.

4. Perkampungan Nelayan di Marang


5. Sekitar Daerah Besut


Daerah Besut dan Setiu juga antara lokasi pengembaraan filem Polis Evo. Terdapat pelbagai tempat menarik di Besut seperti Pantai Bukit Keluang, Gunung Tebu, Kolam Air Panas LA, Lata Belatan, Lata Belatan, Lata Tembakah, Pulau Rhu, Pantai Air Tawar dan Pulau Perhentian. Pantai Bukit Keluang merupakan sebuah pantai perkelahan yang menarik dan unik kerana struktur batunya yang membentuk gua-gua kecil. Dahulunya pulau Bukit Keluang terkenal sebagai tempat persembunyian lanun-lanun. Namun, sekarang telah menjadi satu lokasi pelancongan yang menarik dengan tempat perjalanan kaki untuk anda menjelajah seluruh kawasan gua-gua kecil.



6. Sekitar Daerah Setiu

Mari bersiar-siar di sekitar Setiu pula untuk melihat lokasi menarik antaranya adalah Setiu Wetland, Gong Batu, Pengkalan Gelap, Setiu Agroresort, Lata Chakah, Lata Payong, Peladang Setiu, Agro Resort, Pantai Merang, Lembah Bidong, Laguna Setiu dan pelbagai tempat menarik lain. Pengkalan Gelap terletak di dalam kawasan tanah bencah yang diliputi ekosistem air paya dan rangkaian sungai-sungai Setiu, Chalok, Bari dan Merang. Lata Chakah juga dikenali sebagai “Lata Sawa” oleh masyarakat tempatan dan ia masih menjadi tanya dengan panggilan tersebut. Lata Chakah antara sungai yang masih kekal kehijauan dan tidak tercemar dengan kemajuan. Ia sesuai untuk percutian keluarga untuk berehat.


7. Lapangan Terbang Sultan Mahmud




Lapangan terbang ini terletak 15 km daripada pusat bandar Kuala Terengganu dan ia menghadap ke Laut China Selatan. Namanya diambil sempena nama Sultan Terengganu yang ke-16 iaitu Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang memerintah Terengganu dari tahun 1978 sehingga tahun 1998. Lapangan terbang ini telah dinaik taraf antarabangsa pada tahun 2008 dengan peruntukan RM200 juta. Selain itu, keunikannya adalah struktur bangunan yang menampilkan konsep binaan tradisional memberikan kelainan.


8. Bukit Besar, Kuala Terengganu




Bukit Besar merupakan sebuah bukit yang terletak di dalam Kampung Bukit Besar, Kuala Terengganu. Bukit besar tidak mempunyai sebarang struktur binaan menarik atau bangunan lama, namun, menjadi tarikan masyarakat setempat untuk beriadah dan bersenam di situ. Udara yang segar dan dapat melihat pemandangan Kuala Terengganu daripada atas bukit tersebut menjadikan ia sebagai satu tarikan dan sentiasa dipenuhi masyarakat setempat pada setiap hujung minggu.

Sumber: https://blog.tripfez.com/lokasi-pelancongan-menarik-di-terengganu/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo