NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cuti Aidilfitri Malaysia 3 hari, Arab Saudi 10 hari



Nizha Periaswamy

Cuti menjadi kayu ukur penting bagi kegemilangan meraikan sesuatu perayaan apatah lagi Hari Raya Aidilfitri.

Menjelang sahaja musim perayaan, khususnya perayaan besar seperti Hari Raya Aidilfitri perkara pertama yang menjadi keutamaan ialah cuti. Lebih lama cuti, lebih seronok jadinya sambutan dan bagi mereka yang tidak peroleh cuti, jangan dilupakan juga.

Cuti perayaan menjadi keutamaan kerana lazimnya kita memilih untuk pulang ke kampung halaman yang rata-rata jauh dari tempat tinggal atau tempat bekerja. Walaupun tidak perlu pulang jauh, cuti juga menjadi platform untuk kita saling bermesra-mesraan dengan sanak saudara dan rakan kenalan secara lebih rapat tanpa memikirkan urusan kerja.

Di Malaysia, sekolah bercuti selama 2 minggu termasuk cuti semester atau pertengahan tahun diikuti seminggu lagi untuk Hari Raya Aidilfitri. Di sektor awam pula dijangka cuti bermula pada Jumaat, 15 Jun hingga Ahad 17 Jun, menandakan 3 hari cuti termasuk cuti hujung minggu.

FMT Ohsem juga menyenarai jumlah cuti umum yang sudah disahkan oleh kerajaan negara selain Malaysia yang mempunyai jumlah pengikut agama Islam yang signifikan. Mari kita periksa!

Emiriah Arab Bersatu

Bagi negara teluk, Emiriah Arab, cuti Hari Raya Aidilfitri untuk penjawat awam diumum bermula Khamis, 14 Jun hingga hari ketiga Syawal (tertakluk bila hari ketiga itu jatuh pada). Dijangka, Syawal ke-3 akan jatuh pada Ahad, 17 Jun atau Isnin, 18 Jun.

Sekiranya hari Raya disambut pada Jumaat, kesemua jabatan kerajaan dan kementerian akan ditutup sehingga Ahad dan dibuka untuk operasi pada Isnin. Tetapi jika Hari Raya disambut pada hari Sabtu, kesemua jabatan kerajaan dan kementerian akan tutup sehingga Isnin.

Kuwait

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Kuwait sudahpun mengumumkan cuti 4 hari untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula Jumaat (15 Jun) hingga Isnin (18 Jun).

Operasi kerja akan kembali berfungsi pada Selasa (19 Jun) sama ada Hari Raya jatuh pada Jumaat mahupun Sabtu.

Oman

Cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri akan bermula pada 14 Jun hingga 18 Jun untuk semua sektor awam dan swasta. Semua orang akan hanya kembali bertugas pada 19 Jun, 2018. Kerajaan persekutuan Oman mengumumkan 15 Jun dan 18 Jun sebagai hari cuti am.

Nigeria

Kerajaan Persekutuan Nigeria mengumumkan cuti Hari Raya Aidilfitri bermula pada Jumaat, 15 Jun hingga Isnin 18 Jun dan kembali bertugas pada hari berikutnya, 19 Jun.

Pakistan

Hari Raya Aidilfitri akan disambut dengan cuti 5 hari di Pakistan. Ia bermula pada 14 Jun hingga 18 Jun 2018.

Filipina

Walaupun merupakan negara majoriti Kristian, Filipina juga mengiktiraf cuti Hari Raya Aidilfitri. Presiden Rodrigo Duterte mengumumkan 15 Jun sebagai cuti umum bagi seluruh Filipina sempena Hari Raya Aidilfitri. Rata-rata perayaan ini akan disambut selama 3 hari di negara tersebut.

Indonesia

Negara dengan penduduk Islam terbanyak ini mengumumkan 3 hari tambahan sebagai cuti Hari Raya Aidilfitri. Kerajaannya pada April menambah 3 hari untuk cuti bersambung Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada 14 dan 15 Jun.

Brunei

Cuti umum Hari Raya Aidilfitri di Brunei akan bermula pada 15 Jun hingga 19 Jun 2018 sekaligus mengiktiraf 5 hari cuti bagi perayaan tersebut.

India

India secara amnya mengumumkan cuti 3 hari bagi Hari Raya Aidilfitri iaitu bermula 15 Jun hingga 17 Jun. Namun kerajaan negeri mempunyai kuasa mutlak bagi negeri masing-masing untuk penambahan cuti khususnya negeri majoriti Islam.

Bangladesh

Negara Bangladesh mengumumkan cuti 4 hari bagi Hari Raya Aidilfitri tahun 2018 iaitu bermula 16 Jun hingga 19 Jun. Semua urusan rasmi akan kembali berfungsi pada 20 Jun.

Palestin

Kabinet Palestin mengumumkan hari terakhir Ramadan iaitu 14 Jun sebagai permulaan cuti Hari Raya Aidilfitri. Menjangkakan Aidilfitri akan jatuh pada 15 Jun, Palestin akan bercuti sehingga 18 Jun dan kembali kepada tugasnya pada 19 Jun.

Arab Saudi

Raja Arab, Raja Salman Abdulaziz mengumumkan cuti Hari Raya Aidilfitri di negaranya bermula pada hari terakhir Ramadan iaitu 14 Jun. Cuti terpanjang yang direkodkan, penjawat awam Arab Saudi akan hanya kembali bertugas pada Ahad, hari ke-10 Syawal iaitu 24 Jun.

Ini bermakna rakyat Arab Saudi akan bercuti selama 10 hari.





No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo