NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wan Azizah Persoal Kenapa PAS Pecah Undi Untuk BN

0


SUNGAI SIPUT - PKR mempersoalkan peletakan calon Pas di kebanyakan kerusi yang bukan majoriti Melayu sama ada ia hanya untuk memecahkan undi agar lebih berpihak kepada BN.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, daripada data diperolehi, Pas meletakkan calon mereka antaranya di kerusi Bayan Baru yang memiliki pengundi Melayu hanya 35 peratus berbanding Cina (44 peratus) dan India (11 peratus).


Menurutnya, di Perak, parti itu turut meletakkan calon mereka di Parlimen Sungai Siput yang memiliki pengundi Melayu (34 peratus) berbanding Cina (36 peratus).

"Melihat kepada keadaan ini adakah ia hanya untuk memecahkan undi Melayu kerana mahu memenangkan BN... wallahualam, saya hanya persoalkan bukan accusing (menuduh).

"Dahulu Pas bersama kami, saya ingat tidak akan lupa mereka tolong, tapi sekarang ini saya persoalkan keputusan mereka kerana sekarang kami di pimpinan yang lain.

"Lihat yang berlaku di Dun Rantau, kenapa Pas tidak meletakkan calon apabila calon kita tidak dapat bertanding, jika tidak ada understanding (persefahaman), lawanlah, jadi tidaklah menangkan calon BN dengan mudah," katanya pada sidang media sempena program Santai Petang bersama Kak Wan di Bilik Gerakan PKR Felda Lasah, hari ini.

Pada 28 April lepas, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan secara rasmi diumum menang tanpa bertanding apabila calon PKR, Dr S Streram, gagal menghantar borang penamaan calon hingga tamat tempoh proses penamaan.

Calon PKR itu tidak dibenarkan masuk untuk melengkapkan proses pendaftaran kerana tidak mempunyai pas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/politik/kak-wan-persoal-pas-pecah-undi-untuk-bn-1.829861

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo