Tun M perlu pilih waktu sesuai ziarah pusara

Oleh: MUHAMMAD FAIZ SULONG

SHAH ALAM - Tindakan Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menziarah pusara Allahyarham Nik Aziz Nik Mat pada asasnya sangat dianjurkan oleh Islam, namun malangnya dilakukan pada waktu tidak sesuai sehingga menimbulkan perdebatan.

Ahli agama yang juga Penasihat Undang-undang dan Syariah, Ustaz Ahmad Jailani Abdul Ghani berkata, dalam Islam sememangnya kita dianjurkan untuk menziarah pusara bertujuan mengingatkan kita kepada kematian, namun dari segi niat dan keikhlasan seseorang itu tidak diketahui.

Menurutnya, apabila tindakan Mahathir menziarah pusara-pusara tertentu di musim pilihan raya ini, maka ia menimbulkan persoalan dari aspek keikhlasan beliau sehingga menimbulkan perdebatan.

“Justeru, bagi saya, tindakan beliau menziarah pusara itu dari segi hukum, bila-bila masa saja boleh ziarah. Cuma tentang niat itu dipersoalkan.

“Persoalan akan timbul kenapa sebelum ini beliau tidak pergi ziarah, malah rekod juga menunjukkan sering berlaku tindakan sindir menyindir antara satu sama lain sewaktu berpolitik.

“Tiba-tiba bila dekat pilihan raya beliau nak pergi ziarah, jadi menimbulkan satu persoalan yang tidak baiklah kepada umum, jadi hubungan itu jadi sedikit tegang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Ahmad Jailani berkata, jika Mahathir berniat baik dan ikhlas, beliau sepatutnya mencari waktu yang sesuai untuk ziarah, waktu yang tidak akan menimbulkan persoalan dan ketegangan.

Sementara itu, beliau berkata, tindakan keluarga Allahyarham Nik Aziz yang menghalang Mahathir menziarah boleh difahami melihatkan situasi dan keadaan lebih-lebih lagi menjelang PRU14.

“Tindakan keluarga arwah menghalang dengan mengunci pintu pagar itu, dari segi hukum asalnya memanglah tidak patut menghalang untuk seseorang berbuat kebaikan.

“Namun, dalam situasi ini kita boleh faham bahawa mungkin keluarga arwah melihat tindakan menziarah itu mempunyai motif politik, dan mereka tidak mahu pusara Nik Aziz dijadikan bahan untuk meraih undi politik,” katanya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/tun-m-perlu-pilih-waktu-sesuai-ziarah-pusara-1.831078


Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget