NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sambutan Luarbiasa Untuk Radhi Mat Din Di Pokok Sena

0
penduduk setempat teruja untuk mempunyai seorang calon yang pernah menjadi ikon negara

Sambutan Luarbiasa Untuk Radhi Mat Din Di Pokok Sena


POKOK SENA: Hari Sabtu 5hb Mei 2018 menyaksikan bahang PRU14 yang semakin hangat terasa apabila kumpulan Pengundi Awal mula membuang undi di pusat pembuangan undi yang telah ditetapkan. Bagi penduduk di Pokok Sena, musim PRU14 ini sangat menarik sekali apabila calon yang bertanding mewakili PAS merupakan seorang ikon nasional iaitu Radhi Mat Din, seorang jaguh bolasepak tempatan yang pernah mewarnai Liga bolasepak Malaysia di era 90an.

Menurut seorang penyokong dan peminat beliau, aura Radhi Mat Din ini sangat terserlah jauh mengatasi tandingannya iaitu Calon BN Datuk Said Ali Syed Rastan dan Calon Pakatan Harapan Mahfuz Omar. Seorang yang bersih tanpa sebarang rekod rasuah mahupun skandal serta sangat "sporting", Radhi Mat Din yang berperwatakan mesra sangat mudah didekati oleh penduduk tempatan tanpa mengira umur atau bangsa.

Apabila ditanya tentang kemampuan Radhi Mat Din mengalahkan calon lain terutamanya penyandang sebelum ini iaitu Mahfuz Omar, peminat ini memberitahu, berdasarkan pengamatan beliau terhadap suasana selepas penamaan calon hingga sekarang, Radhi di sambut baik di mana-mana sahaja tempat beliau turun berkempen. Sebaliknya, dikatakan sokongan terhadap Mahfuz Omar merosot dengan begitu teruk sekali sehingga kempennya kurang menarik perhatian penduduk tempatan.

Bersama dengan Dr Ammar Fadzil Noor menziarahi majlis penduduk tempatan

Ketika ditanya punca penolakan penduduk terhadap Mahfuz Omar, rata-rata penduduk mengatakan mereka terkilan dengan sikap Mahfuz Omar yang berpaling tadah keluar dari PAS, mengkritik dan membuat berbagai tuduhan terbuka ke atas PAS tanpa membawa sebarang bukti kukuh. Setelah keluar dari PAS, Mahfuz masih ingin mewakili Parlimen Pokok Sena lalu memperolehi jalannya dengan menjadi Calon Pakatan Harapan. Tindakan ini sebenarnya telah mengundang perpecahan di kalangan penggerak Pakatan Harapan kerana mereka juga mempunyai calon tempatan yang lain yang dirasakan memenuhi kriteria sebagai 'winnable candidate'.



Berdasarkan mood semasa yang baik terhadap Radhi Mat Din serta spekulasi perpecahan di kalangan penggerak Pakatan Harapan, pasukan kempen Radhi Mat Din yakin mereka mampu meraih majoriti yang besar dalam PRU14 kali ini berdasarkan sambutan dan mood penduduk setempat yang rata-ratanya teruja untuk mempunyai seorang calon yang pernah menjadi ikon nasional.

Namun demikian, pasukan kempen Radhi Mat Din masih meneruskan kegiatan kempen mereka seperti biasa mengikut jadual untuk memastikan sambutan dan mood ini berkekalan sehingga ke hari mengundi yang sebenar.

Sumber:
Kiriman Pembaca.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo