NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemuda PAS Tubuh Task Force Pantau Perlaksanaan Manifesto

0
task force akan terdiri dari ahli PAS dan orang awam

Pemuda PAS Tubuh Task Force Pantau Perlaksanaan Manifesto


MARANG - Pemuda PAS akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk memastikan janji yang terkandung di dalam manifesto pRU14 dilaksanakan segera di Kelantan dan Trengganu, dua negeri yang kini berada di bawah pentadbiran PAS.

Ketua Pemuda, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata jawatankuasa tersebut akan terdiri daripada pimpinan dan ahli parti, NGO dan tokoh dari pelbagai latarbelakang, termasuk bukan Islam.

"Jawatankuasa akan ditubuhkan segera, kerana kami tidak menggunakan pendekatan seperti tempoh 100 seperti yang dilakukan parti lain"

"Sebaik menerima mandat, kami akan bekerja dan laksanakan manifesto bergantung atas kuasa yang dimiliki kerajaan negeri", beliau memberitahu wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat di sini hari ini.

Muhammad Khalil, wakil rakyat Batu Burok, berkata beliau tidak menolak kemungkinan akan ada janji yang tidak dapat dilaksanakan kerana memerlukan kuasa kerajaan pusat, yang kini berada di bawah Pakatan Harapan.

Sumber:
PAS Youth: Task Force To Monitor Implementation Of Manifestos
http://www.bernama.com/en/news.php?id=1463532

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo