NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pandan: Terima kasih kepada petugas dan pengundi



Saya mengucapkan selamat berkhidmat kepada calon Pakatan Harapan yang telah memenangi kerusi DUN Pandan Indah.

Semoga usaha-usaha untuk menjadikan kawasan DUN ini terus harmoni dan terus cemerlang akan dikekalkan.

Saya mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi yang telah memberi sokongan kepada saya di DUN Pandan Indah dan kepada PAS di seluruh kawasan Parlimen Pandan.

Saya amat terhutang budi kepada para petugas pilihan raya yang terdiri dari ahli-ahli PAS dan juga mereka yang ikhlas tampil untuk membantu.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya yang telah mengendalikan proses pilihan raya di kawasan Parlimen Pandan dengan lancar.

Jutaan terima kasih kepada seluruh warga DUN Pandan Indah yang dahulunya dikenali sebagai DUN Chempaka di atas sokongan dan kerjasama sepanjang saya menjadi wakil rakyat sejak 2008.

PAS akan terus menabur bakti di kawasan Parlimen Pandan.

Keputusan pilihan raya umum ini tidak akan melunturkan semangat perjuangan PAS malah ia akan memperkuatkan azam kami untuk bekerja dengan lebih gigih lagi.

Dato' Iskandar A. Samad
Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan
Calon PAS N.21 Pandan Indah

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo