NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

86 terkorban serangan di masjid Nigeria


Dianggarkan sekurang-kurangnya 86 terkorban dalam serangan bom di masjid bandar Mubi, timur laut Nigeria, menurut laporan Al Jazeera.

Ketika kejadian, seorang pengebom telah meletupkan diri di masjid waktu solat Asar. Manakala seorang lagi meletupkan diri ketika orang ramai cuba menyelamatkan diri, kira-kira 200m daripada masjid.

Polis Adamawa menyatakan seramai 27 orang terbunuh dan lebih 58 orang tercedera dalam kejadian yang disyaki didalangi oleh gerakan Boko Haram itu.

Walaubagaimanapun, sumber daripada bahagian pengurusan jenazah tempatan memberitahu bahawa  seramai 86 orang telah dikebumikan.

"Semalam (Selasa) kami kebumikan seramai 76 orang. Manakala 10 orang lagi pada hari Rabu."

Setakat ini, belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab, namun begitu kejadian ini menyerupai tindakan yang sering dilakukan oleh kumpulan Boko Haram. Semenjak 2009, Boko Haram melancarkan kempen keganasan  dan sering menghantar pengebom bunuh diri di tempat yang sesak.

Pada Januari 2016, serangan yang didakwa didalangi Boko Haram di Dalori, berhampiran Maiduguri telah mengorbankan seramai 85 orang.

Susulan kejadian, Naib Presiden Nigeria Yemi Osinbajoon telah mengarahkan keselamatan diperketatkan di Mubi dan kawasan sekitar, terutama di pasar dan tempat beribadat.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo