IPOH - Pembangkang dilihat tidak yakin dengan manifesto yang dibuat kerana berkempen menyerang BN menggunakan isu tidak berasas untuk menghasut rakyat.
Calon BN Dun Tebing Tinggi, Tony Khoo Boon Chuan berkata, setakat ini, kempen mereka hanya mengajak rakyat membenci kerajaan dan bukannya mempromosikan manifesto mereka.
Katanya, menggunakan isu GST dan 1MBD sebagai alat menghasut di dalam kempen langsung tidak menunjukkan kredibiliti pembangkang kerana semua isu itu sudahpun dijelaskan kerajaan.
“Apakah sebenarnya mereka sendiri tak yakin tawaran dibuat dalam manifesto mereka? Atau rakyat sedar yang mereka ini hanya cakap kosong dan tak akan boleh tunaikan janji?
“Kita tak akan ikut rentak pembangkang yang serang peribadi, menuduh kerajaan tak buat kerja walaupun baru beberapa hari datang ke Perak,” katanya kepada Sinar Harian.
Boon Chuan berkata, rakyat sudah pun membuka mata dengan permainan pembangkang yang cakap tak serupa bikin.
Katanya, lebih teruk lagi apabila wajah mereka hanya kelihatan ketika kempen pilihan raya sahaja dan selepas itu lenyap.
Beliau berkata, DAP sudah lebih tiga penggal di kawasan Parlimen Ipoh Timor tetapi perubahan ketara dari segi pembangunan dan penyelesaian masalah tidak ada.
“Yang ada perubahan cuma muka saja. Tau-tau dah tukar orang baru tapi turun padang tak ada. Rakyat dah jemu perangai mereka yang suka lari kawasan,” katanya.
Sementara itu, mengenai kempen, Boon Chuan berkata, setakat ini ia berjalan lancar tanpa sebarang masalah malah penerimaan masyarakat juga sangat baik.
Nissan Motor Co. kini sedang melaksanakan strategi besar untuk mengukuhkan kedudukannya dalam industri automotif selepas kegagalan rundingan...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment