NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selangor : Peruntukan ADUN PAS, masih belum terima - Sallehen


SHAH ALAM: Tiada perkembangan terbaru bersabit beberapa ADUN PAS Selangor yang masih belum memperolehi tuntutan peruntukan wakil rakyat daripada kerajaan negeri itu. 

Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi hari ini berkata beberapa wakil rakyat PAS termasuk dirinya masih belum memperolehi tuntutan berkenaan. 

Bagaimanapun menjelang penghujung Mac, majoriti daripada mereka sudah mula mendapat peruntukan tersebut.


Justeru baki ADUN yang hingga kini belum menerima peruntukan itu enggan terheret dengan isu berkenaan sebaliknya fokus kepada PRU14. 

[ads-post]

Sallehen kemudiannya memaklumkan pihaknya kini sedang menumpukan usaha kepada persediaan menempuh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan enggan terlalu fokus kepada isu peruntukan buat masa ini. 

"Setakat ini tidak ada. Kita tengok keadaan, sebab banyak lagi. Kita nak ruang untuk (bersiap sedia untuk) pilihan raya. 

"Tapi kalau ada masa, kita akan pergi SPRM," katanya ketika dihubungi 

Sallehen sebelum ini mengumumkan PAS Selangor akan membuat laporan kepada Jabatan Audit Negeri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika ADUNnya terus dinafikan hak mereka daripada kerajaan negeri. 

Difahamkan pembekuan peruntukan RM800,000 kepada setiap ADUN Selangor itu hanya membabitkan wakil rakyat PAS dan didakwa untuk mencantas khidmat mereka kepada penduduk setempat menjelang PRU14. 

Azmin sebelum ini kerap-kali berdolak-dalik berhubung tindakannya yang menyekat dana terhadap kesemua wakil rakyat PAS di negeri itu. 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo