NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS kecam tindakan SPR membuat keputusan mengundi di hari bekerja


oleh: Tuan Ibrahim Tuan Man
10 April 2018

PAS kesal tindakan SPR menjadikan hari bekerja sebagai tarikh pembuangan undi. Tindakan ini bukan sahaja menyusahkan rakyat malah merompak hak mengundi rakyat yang berada diluar kawasan bagi membuang undi. Ini petanda BN telah menghidu tsunami rakyat menolak BN bertiup kuat sehingga susah dibendung lagi.

Walaupun kerajaaan boleh isytihar cuti umum pada hari berkenaan, namun ia bukan tindakan yang sepatutnya diambil kerana ia ada di pertengahan hari minggu. Bebanan kepada semua rakyat akan terus ada. 

Apakah kakitangan swasta akan sanggup mengambil cuti sehari sahaja untuk kembali mengundi? Ataupun mereka sanggup korbankan 3 hari untuk mengambil cuti agar bersambung dengan hari minggu untuk memudahkan perjalanan? Apakah majikan swasta akan mengizinkannya, terutamanya bagi semua perantau yang bekerja di Selangor dan KL dan luar negara?


Apa masalah bagi SPR menjadikan hari Sabtu pada 1 atau 5 Mei sebagai hari pengundian kerana ia akan memudahkan semua pengundi? 

PAS akan mengadakan mesyuarat segera pada hari esok bagi mengambil tindakan selanjutnya. Namun PAS mengecam tindakan SPR ini yang merompak demokrasi. Apa gunanya SPR membuat gesaan agar rakyat mendaftar untuk diundi dan mensasarkan 85% keluar mengundi di PRU14 tapi melaksanakan hari pengundian di hari bekerja yang menyebabkan ramai rakyat tidak jadi mengundi? 

Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Timbalan Presiden PAS

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo