NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selangor: Khalid nasihat Azmin ambil serius teguran Sultan



SHAH ALAM: Kerajaan negeri perlu mengambil serius titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu air dengan pelaksanaan yang telus, amanah dan bertanggungjawab.

ADUN Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga menggesa agar keputusan yang dibuat kerajaan negeri membabitkan penstrukturan semula industri air Selangor dibincangkan dan diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

"Ia perlu dihebahkan agar rakyat memahami proses dan keputusan yang dibuat memandangkan terdapat keperluan untuk menyiasat mengapa terdapat kelewatan dalam pelaksanaan penyusunan semula industri air Selangor.

"Berkenaan hal ini, kita perlu bertanya kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kenapa kuasa atau lesen pembersihan air tidak diberi sepenuhnya (kepada) kerajaan negeri kerana kuasa ini penting untuk mempercepatkan proses pengambilalihan ekuiti Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash).

[ads-post]

"Kepentingan kerajaan negeri perlu tumpu kepada keadilan untuk rakyat. Pastinya syarikat konsesi juga perlu memperoleh keuntungan dalam perniagaan tetapi pulangannya perlulah berpatutan serta sepadan dengan risiko perniagaan yang dipikul.

"Apa pun keuntungan yang diperoleh oleh Splash, kerajaan negeri perlu hebahkan cara pelaksanaan dan pengiraan yang dibuat," katanya dalam satu kenyataan medianya.

Khalid berkata, beliau sebenarnya mahu membahaskan Titah Menjunjung Kasih Sultan Selangor dalam Sidang DUN yang berakhir semalam, namun tidak dapat berbuat demikian selepas Speaker memutuskan hanya satu wakil dari parti politik sahaja dibenarkan berbahas. 
Khalid berkata, kerajaan negeri bertanggungjawab memastikan syarikat konsesi tidak menikmati keuntungan berlebihan selari dengan konsep pertanggungjawaban dalam menjalankan amanah rakyat.

"Jika tidak, bukan sahaja kerajaan negeri akan dipertanggungjawabkan malah pastinya akan timbul fitnah bahawa pentadbiran kerajaan negeri bertindak demi keuntungan syarikat konsesi hingga menekan rakyat Selangor.

"Saya menjunjung kasih ke atas Titah Tuanku Sultan dan mengambil berat nasihat supaya dipercepatkan penyusunan industri air Selangor untuk dimuktamadkan. Apapun alasan bagi kelewatan menyelesaikan proses pengambilan ekuiti Splash, ia merugikan rakyat serta memberi kesan buruk kepada pengurusan dan perkhidmatan air Selangor.

"Kelewatan ini memberi beban tambahan berjumlah RM2 bilion kepada rakyat Selangor yang akhirnya terpaksa dibayar melalui kenaikan tarif air," katanya.

Khalid berkata, beliau percaya Sultan Selangor pastinya akan meminta penjelasan yang munasabah sebelum membenarkan beban tambahan dikenakan kepada rakyat, apabila baginda menitahkan supaya kerajaan negeri bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan pengambilalihan Splash.

"Di bawah pentadbiran saya, Selangor berjaya mengambilalih tiga syarikat konsesi iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor Berhad (Syabas), Konsortium ABBAS Sdn Berhad dan Puncak Niaga Holding Berhad.

"Hanya Splash masih gagal diambil alih kerana syarikat terbabit menuntut tawaran pampasan lebih tinggi daripada tawaran saya pada 2014," katanya.
-ze

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo