NOTIS:
Jika anda jadi "tuhan"
Pernahkah anda mendengar filem berjudul "Bruce The Almighty?". Filem lakonan Morgan Freeman dan Jim Carey yang diterbitkan pada tahun 2003. Sebuah stesen radio swasta Inggeris di negara kita telah diberi amaran kerana menganjurkan pertandingan "Kalau saya menjadi tuhan, apakah yang saya akan lakukan" yang hadiahnya ialah tiket percuma ke pawagam, menonton cerita itu.
Ringkas ceritanya berkisar kepada Bruce yang sentiasa mengeluh dan menyalahkan tuhan. Pada satu ketika tuhan turun pergi menemui Bruce dan menawarkan "jawatan" tuhan kepada Bruce. Disebalik kebaikan, Bruce memilih untuk membalas dendam terhadap musuh lamanya apabila dia mendapat kuasa menjadi tuhan.
Ramai orang marah kerana filem dan pertandingan itu menghina tuhan. Atas desakan orang ramai, pertandingan itu dihentikan serta merta. Filem itu kemudiannya diharamkan tayangannya di Malaysia.
Begitulah si kafir berimaginasi menjadi tuhan. Mereka tiada fikir dosa dan pahala. Tiada iman. Tetapi bagaimana pula kita orang Islam? Tuhan di dalam Islam ialah Allah yang esa. Allah tempat bergantung segala makhluk. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan. Tiada satupun yang menyerupai Dia.
Mungkinkah Hollywood tersalah pilih pelakon 15 tahun lalu bagi filem Bruce The Almighty? Atau sesuatu yang tidak kena dalam kepala otak dia? Adakah ini laknat dari baiah?
Saya tidak layak untuk berhujah dari segi hukum. Tetapi tidak adakah seinci rasa marah anda sebagai orang Islam apabila Allah dihina sebegitu rupa? Kita mungkin tidak mampu berbuat lebih. Tetapi kita masih ada kuasa bagi menyahkan orang seperti ini. Tolaklah kumpulan manusia yang tidak tahu agama begini. Apatah lagi menggunakan agama untuk kepentingan orang kafir.
Mohd Nasir Abdullah
Al-Khor, Qatar
30 Mac 2018
https://youtu.be/r9CC7swxIgk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment