Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, penubuhan DHPP Nibong Tebal merupakan langkah penting memperkukuhkan hubungan antara kaum dan memperluaskan sokongan masyarakat bukan Islam terhadap PAS.
“Saya ucapkan tahniah atas komitmen yang diberikan, sehingga DHPP berjaya ditubuhkan di kawasan ini. Ini juga antara agenda kebajikan perpaduan dan kesejahteraan yang diperjuangkan PAS sejak dahulu hinggalah sekarang,” kata beliau.
Abidin turut menegaskan, dengan tertubuhnya DHPP Nibong Tebal, ia secara langsung dapat membantu mendekatkan masyarakat bukan Islam bagi memahami peranan dan hala tuju perjuangan dibawa oleh PAS.
Terdahulu, beliau menerima 20 borang keahlian DHPP pada majlis itu turut dihadiri Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pulau Pinang, Ustaz Ahmad Taufik Saedon di Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat, di sini kelmarin.
Pada program itu juga diadakan sesi soal jawab serta dialog yang memberi peluang langsung kepada para hadirin dalam kalangan bukan-Islam mendapatkan penjelasan secara langsung berkaitan peranan dan hala tuju PAS.
Turut hadir, Ketua Penerangan PAS Nibong Tebal, Mazli Salleh dan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Nibong Tebal, Musalmah Yusuf serta wakil DHPP Kawasan Bukit Mertajam.
Sehubungan itu Abidin mengharapkan, dengan tertubuhnya DHPP di kawasan ini, ia akan memberi impak positif bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-16 yang akan berlaku tidak lama lagi. – HARAKAHDAILY 16/6/2026
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment