NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Wujud rasa takut dalam negara’, Tun M persoal kedaulatan undang-undang





BANGI, 30 ZULHIJJAH – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa wujud “rasa ketakutan” dalam negara ketika ini.

Dalam kenyataan di Facebook, pemimpin berusia100 tahun itu berkata, rakyat bimbang terhadap keselamatan diri termasuk kemungkinan berlaku kehilangan, kematian atau penculikan.

“Rakyat merasakan sesuatu boleh berlaku kepada mereka. Individu boleh hilang. Individu boleh ditemui mati. Individu boleh diculik,” katanya.

Beliau turut mendakwa undang-undang tidak lagi memberi perlindungan kepada rakyat, sebaliknya dilihat sebagai ancaman dan boleh digunakan untuk membenarkan perbuatan salah.

“Undang-undang boleh digunakan untuk membenarkan perbuatan salah,” katanya.

Menurutnya, undang-undang juga didakwa boleh disalahgunakan apabila perbuatan salah dibenarkan, manakala perbuatan yang betul mengikut undang-undang pula dikenakan hukuman.

“Perbuatan salah boleh dibenarkan, manakala perbuatan yang betul boleh dikenakan hukuman. Jenayah serius yang jelas dilakukan tidak disiasat, tetapi apabila tiada jenayah dilakukan, siasatan dihentikan atas arahan,” katanya.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan negara seolah-olah tidak lagi berada di bawah kedaulatan undang-undang.



Sumber | TV Pertiwi









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo