NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selangor: Kerajaan Akan Tumbang – Sallehen





“Allah mendengar doa orang yang dizalimi. Kerajaan Selangor yang ada hari ini akan tumbang”.

Doa itu dilafazkan Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi susulan tindakan Kerajaan PKR Selangor menyekat peruntukan tahunan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu.

“Tindakan Menteri Besar (Datuk Seri Azmin Ali) dianggap sebagai satu penghinaan kepada PAS. EXCO dan ADUN kita dimalukan.

“Menteri Besar cakap pergi jumpa DO (Pegawai Daerah) untuk ambil peruntukan. DO pula cakap jumpa Menteri Besar. Kita yakin Allah sentiasa bersama orang beriman serta mereka yang sering mengingati Allah.

“Kepada Azmin ingatlah sejarah Barisan Nasional yang kecundang pada 2008 akibat perbuatan bekas Menteri Besar, Dr. Mohamad Khir Toyo akan berulang.

“Sejarah tumbangnya sebuah kerajaan di sebuah negeri kerana menghina Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan dengan penyapu akan berulang sekali lagi,” katanya ketika berucap di Munajat Perdana Pas Selangor di Shah Alam, pada Sabtu.

Sallehen menegaskan, tindakan PAS menghantar surat rasmi kepada Istana Selangor bertujuan memaklumkan perkara sebenar berhubung tindakan Azmin itu.

“Ingatlah bahawa duit tidak boleh jinakkan hati manusia, kita bergantung kapda Allah dan hanya Allah yang boleh jinakkan hati manusia,” katanya.

Walaupun tahun 2018 hampir memasuki April, semua 13 ADUN PAS Selangor masih belum menerima peruntukan tahunan berjumlah RM800,000.

Berikutan itu, pada Isnin lalu, PAS Selangor mengemukakan surat rasmi kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung tindakan Azmin menyekat peruntukan tahunan tersebut.

Difahamkan surat tersebut telah diserahkan oleh Sallehen kepada Pengawai Pengiring baginda, Kepten Ahmad Ramli Kardi di Istana Mestika, Seksyen 7, Shah Alam.

Azmin menyifatkan tindakan PAS Selangor menyerahkan surat kepada Istana Selangor berhubung isu pembekuan peruntukan tahunan dianggap menghina institusi itu.

© all rights reserved
made with by templateszoo