NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kaji lesen perniagaan premis terbabit perjudian


KUCHING: Polis Sarawak mengesyorkan kepada pejabat daerah di negeri ini supaya mengkaji semula lesen perniagaan premis terbabit dalam aktiviti perjudian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Datuk Dev Kumar berkata ia sebagai sebahagian daripada pendekatan untuk memerangi kegiatan judi haram di Sarawak.
Melalui kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, kami (polis) telah mula mengesyorkan kepada pejabat daerah agar mengkaji semula lesen perniagaan premis yang diserbu kerana terlibat dalam aktiviti haram,” katanya.
Menjelaskan perkara itu, ia susulan daripada operasi yang dijalankan sepanjang minggu lalu membawa kepada penahanan 59 individu dalam 41 serbuan.
Katanya daripada jumlah tersebut 16 serbuan dilakukan di kedai serbaneka 24 jam dan kedai kopi.
Mereka menawarkan perkhidmatan tambah nilai judi dalam talian.
Enam belas serbuan itu dilakukan di daerah Sibu, Miri, Bintulu, Kota Samarahan, Sri Aman, Sarikei dan Lubok Antu yang menjurus kepada penangkapan 26 penyedia perkhidmatan dan penjudi serta penyitaan 21 tablet dan telefon bimbit serta wang tunai berjumlah RM13,988,” katanya.
Selain itu, 25 serbuan dilakukan di kaunter menjual loteri (4D) yang tidak sah di sembilan daerah.
Dalam operasi tersebut, Dev berkata polis berjaya membuat 33 tangkapan dan penyitaan wang tunai berjumlah RM6,705.
Turut dirampas termasuk telefon bimbit, pencetak mudah alih, kalkulator, slip pertaruhan dan alat tulis.
Menurut Dev, daripada 59 yang ditangkap, 32 adalah lelaki manakala selebihnya perempuan.
Mereka berumur antara 15 hingga 53 tahun termasuk tiga individu bawah umur yang terlibat dengan perkhidmatan tambah nilai judi dalam talian,” jelasnya.
Kesemua yang ditangkap sedang disiasat atas kesalahan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
© all rights reserved
made with by templateszoo