NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Karnival Jom ke myHarakahBazaar: Bicara Harakah@HFM pada Hari Wilayah -1 Februari




1 Februari 2018 (Khamis)

9.00 pagi : Santai Pagi bersama Saudara Naraza Muda

10.30 pagi: Perasmian Program Hari Wilayah @Karnival myHarakahBazaar

11.00 pagi: Bicara Harakah@Hijau.fm: PAS Dalam Arus Politk Kota Raya

2.00 petang: Santai @Hijau.fm bersama YB Dato' Iskandar bin Abdul Samad

3.00 petang: Bicara Harakah@Hijau.fm - Internet Dan Revolusi Industri 4.0



#share #up

Fenomena Gerhana Bulan Penuh Pada 31 Januari 2018 dan tatacara solat


 


Gerhana Bulan Separa akan berlaku pada 31 Januari 2018 bersamaan 15 Jamadil awal 1439H. Bagi kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya gerhana mula kelihatan bermula jam 7.20 malam (bulan terbit) dan tamat pada jam 12.08 tengah malam iaitu mengambil masa selama 4 jam 48 minit. Manakala Bagi kawasan sekitar Labuan gerhana mula kelihatan bermula jam 6.50 malam dan tamat pada jam 12.08 tengah malam iaitu mengambil masa selama 5 jam 28 minit.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bersama menjayakan program di Planetarium Negara dan Masjid Putra. Solat Sunat Gerhana Bulan (Khusuf) akan dilaksanakan di masjid-masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan bermula jam 8.39 malam (selepas solat Isyak). Manakala Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan akan mengadakan cerapan gerhana di Pantai Kg Tanjung Aru manakala Solat Sunat Khusuf di masjid-masjid dan surau-surau sekitar Labuan. Maklumat Gerhana adalah seperti berikut:
 
SOLAT SUNAT GERHANA BULAN

Lafaz niat:
Ų£ُŲµَŁ„ِّŁ‰ Ų³ُŁ†َّŲ©َ Ų§Ł„Ų®ُŲ³ُŁˆŁِ Ų±َŁƒْŲ¹َŲŖَŁŠŁ†ِ Ł„Ł„Ł‡ِ ŲŖَŲ¹َŲ§Ł„َŁ‰ 
"Sahaja aku solat sunat gerhana BULAN dua rakaat kerana Allah Taala."

Kaifiat:
Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Khaifiat yang lebih sempurna adalah seperti berikut:
Fasa GerhanaKuala LumpurPutrajaya
Permulaan masuk bayang-bayang penumbraSemasa bulan belum terbit6.50 malam
Permulaan Gerhana Separa.
(Bulan sudah masuk dari bayang-bayang umbra)
7.48 malam7.48 malam
Permulaan Gerhana Bulan Penuh8.51 malam8.51 malam
Kemuncak Fasa Gerhana Bulan Penuh9.29 malam9.29 malam
Tamat Fasa Gerhana Bulan Penuh10.07 malam10.07 malam
Tamat Gerhana Separa.
(Bulan sudah keluar dari bayang-bayang umbra)
11.11 malam11.11 malam
Tamat gerhana penumbra
(Bulan sudah keluar dari kawasan bayang-bayang penumbra)
12.08 tengah malam12.08 tengah malam

  1. Rakaat Pertama
  2. Solat juga boleh dilakukan dengan dua kali berdiri, dua kali bacaan dan dua kali ruku' sebagaimana solat biasa tanpa memanjangkannya. Begitu juga sah dilakukan sebanyak dua rakaat dengan dua kali berdiri dan dua kali ruku' sebagaimana solat fardu Jumaat. Namun cara ini meninggalkan fadhilat kerana berlainan daripada perbuatan Nabi.
    1. Takbiratul Ihram.
    2. Membaca doa Iftitah.
    3. Membaca surah al-Fatihah.
    4. Membaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah.
    5. Ruku' dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat.
    6. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
    7. Membaca surah Ali-lmran atau mana-mana surah.
    8. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat.
    9. Iktidal.
    10. Sujud dan membaca tasbih.
    11. Duduk antara dua sujud.
    12. Sujud kembali.
    13. Berdiri ke rakaat kedua.
  3. Rakaat Kedua
    1. Membaca surah al-Fatihah.
    2. Membaca surah al-Nisa' atau mana-mana surah.
    3. Ruku' dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat.
    4. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
    5. Membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.
    6. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat.
    7. Iktidal.
    8. Sujud dan membaca tasbih.
    9. Duduk antara dua sujud.
    10. Sujud kembali.
    11. Membaca tasyahud akhir.
    12. Memberi salam.

Sumber rujukan :












________________
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Pertandingan Fotografi Gerhana Bulan Penuh






Pertandingan Fotografi sempena Gerhana Bulan Penuh
Tempoh: 31 Januari 2018 - 3 Februari 2018
Anjuran: MajalahSains.com

Hantarkan penyertaan ke editormajalahsains@gmail.com




________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

PAS Selangor sedia tawar kerusi untuk Abdul Khalid



SHAH ALAM - PAS Selangor bersedia menawarkan kerusi kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya Adun Pelabuhan Klang itu berubah fikiran untuk menyertai parti Islam tersebut.

Pengarah Pilihan Rayanya, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, fasa memujuk Abdul Khalid berterusan, namun Pas menghormati pendirian beliau yang memilih bergerak bebas tanpa menyertai mana-mana parti.

Menurutnya, kehadiran Abdul Khalid adalah satu penghargaan buat Pas seterusnya membuktikan Pas adalah parti yang diyakini oleh beliau untuk meneruskan perjuangan yang terbantut selepas dipecat sebagai menteri besar Selangor.

“Hubungan Pas dan Abdul Khalid cukup akrab dan kita dah kenal sejak beliau menyandang jawatan penting di Selangor. Kami hormati prestasi dan kepimpinannya.

“Cukup jika beliau menunjukkan sokongan melalui kempen dan program penerangan bersama Pas, itu sudah memadai untuk meyakinkan rakyat kerana latar belakang dan rekodnya yang bersih,” katanya.

Roslan Shahir berkata, sikap Abdul Khalid yang terbuka hadir dalam program politik Pas dan Umno juga membuktikan peribadinya yang berpendirian.

“PAS yakin beliau hadir pada program Umno dan PAS tanpa agenda tersembunyi, sebaliknya sebagai meneruskan agenda rakyat Selangor yang diperjuangkan termasuk program air dan ekonomi.

“Penolakannya mungkin disebabkan komitmen, namun keberadaan bersama Pas dianggap sebagai platform terbaik buatnya meneruskan agenda perjuangan rakyat,” katanya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/pas-selangor-sedia-tawar-kerusi-untuk-abdul-khalid-1.790991

Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan Gesa Keputusan Mahkamah Syariah Dihormati



Oleh: Ustaz Rosmin Adam, CR

Ekoran isu pertikaian di antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah melibatkan kes perebutan anak antara Mohd Ridzuan Abdullah dan M Indira Ghandi. Mohd Ridhuan menukar agama tiga anak mereka, Tevi Darsiny, Karan Dinish dan Prasana Diksa, sepuluh tahun lalu tanpa kebenaran dan pengetahuan isterinya, M.Indira Gandhi.

Mahkamah Persekutuan pada hari Isnin baru-baru ini telah mengenepikan penukaran agama sebelah pihak yang melibatkan 3 anak Indira, selepas memutuskan sebarang penukaran agama kanak-kanak bukan Islam harus mendapatkan persetujuan kedua-dua ibu bapa. Mahkamah juga memerintahkan hanya mahkamah sivil boleh memberi keputusan dalam hal seperti itu.

Keputusan yang diputuskan oleh pihak Mahkamah Persekutuan ini telah mengakhiri perebutan selama sembilan tahun mengenai hak penjagaan antara agama, susulan tindakan bekas suami India yang masuk Islam, Muhammad Riduan Abdullah, menukar agama 3 anaknya tanpa pengetahuan ibu mereka pada 2009.

Mahkamah turut memutuskan perkataan “parent” seperti dalam Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan perlu dibaca sebagai bermaksud kedua-dua ibu dan bapa. Menurut perkara itu, seorang penjaga atau parent (ibubapa) berhak menukar agama anak mereka yang belum mencapai umur 18 tahun.

Keputusan mahkamah kali ini memperlihatkan tidak lagi terikat dengan keputusan kes R Subashini lawan T Saravanan yang berlaku pada tahun 2007 yang menyaksikan isteri yang beragama Hindu itu diarahkan untuk mencari jalan penyelesaian di Mahkamah Rayuan Syariah untuk menghentikan suaminya yang beragama Islam daripada menukar agama anak mereka tanpa persetujuannya.

Yang jelasnya, keputusan Mahkamah Persekutuan ini telah memberi isyarat kepada rakyat Malaysia apabila seorang muallaf yang ingin mengislamkan anaknya di bawah umur, pengislaman itu dianggap tidak sah di sisi undang-undang sehingga bila-bila. Namun, keputusan mahkamah ini dilihat seakan bercanggah dengan hukum syara’ dan perlembagaan negara.

Sehubugan dengan itu, pensyarah UTM, Dr Muhammad Fathi Yusof menyatakan perbahasan ini akan berlanjutan dalam tempoh yang lama.

Menurut beliau, penyelesaian terbaik ialah dengan menggerakkan usaha untuk mengharmonikan kedua-dua institusi mahkamah ini dengan tersusun dan berperingkat. Masalah konflik bidang kuasa ini akan reda jika kita mencantumkan mahkamah sivil dan mahkamah Syariah menjadi satu institusi yang tunggal dengan menjadikan prinsip Islam sebagai rujukan yang utama.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang pula menegaskan keputusan mahkamah berhubung kes penukaran agama sepihak membabitkan M Indira Gandhi dan bekas suaminya, Mohd Ridhuan Abdullah, akan menimbulkan konflik dalam kes seumpamanya di masa hadapan.

Menurut Musa, keputusan ini boleh menimbulkan konflik, misalnya perebutan anak sehingga anak dibawa lari pihak tertentu (sama ada penjaga yang beragama Islam mahupun bukan Islam yang tidak mendapat hak penjagaan). Kemudian anak disembunyikan sehingga anak itu membuat pilihan selepas mencapai umur 18 tahun.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia , Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar pula mendesak semua kerajaan negeri agar meminda undang-undang tubuh masing masing dengan meletakkan penubuhan Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh sebagaimana yang terdapat dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Trengganu.

Dengan cara itu mahkamah Syariat akan dilihat sama taraf (at par) dengan mahkamah sivil. Beliau juga mendesak semua undang-undang yang menghadkan mahkamah Syariah hanya terhad kepada orang Islam sahaja dipinda dengan memberi kelonggaran kepada orang bukan Islam hadir sebagai pihak di mahkamah syariah. Dengan cara ini orang bukan Islam juga boleh mendapat keadilan di Mahkamah Syariah.

Para mufti juga telah memberikan respon di atas keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan ini. Sehingga kini, akhbar-akhbar melaporkan Mufti Perak dan Pahang telah membantah keputusan Mahkamah Persekutuan.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, hukum syarak menyatakan jika salah seorang ibu atau bapa beragama Islam, maka anaknya juga seorang Islam.

Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman turut membantah penghakiman bersejarah itu dengan berkata, ia akan memberi kesan kepada kes lain dalam jangka panjang.

Menurut Mufti Pahang lagi kalau ikutkan dari segi syaraknya, apabila salah seorang masuk Islam, kita mengutamakan anak-anak itu terus masuk Islam. Ini bermakna agama (anak) bawah umur itu mengikut agama salah seorang daripada dia (ibu atau bapa) yang masuk Islam.

Oleh yang demikian, Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan berpendapat bahawa isu agama anak bawah 18 tahun ini perlu dibezakan dengan isu hak jagaan anak kerana hukum syarak boleh membenarkan ibu yang tidak beragama Islam memelihara anak kecilnya.

Justeru, agama anak berusia kurang 18 tahun perlu dikekalkan kedudukan sekarang kerana selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan Islam sebagai ‘agama bagi Persekutuan’ dan undang-undang tubuh semua negeri di Malaysia selain Sarawak juga menjadikan Islam sebagai ‘agama bagi negeri’.

Dewan Ulama PAS N.Sembilan juga merujuk kepada Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-87, 2009 yang secara jelas memutuskan bahawa apabila salah seorang pasangan ibu atau bapa memeluk agama Islam, status agama bagi anak bawah umur pasangan itu adalah secara langsung beragama Islam.

Oleh yang demikian , Dewan Ulama PAS N.Sembilan menggesa agar institusi kehakiman menghormati segala keputusan Mahkamah Syariah , amalan hukum syara dan perlembagaan negara yang menjadikan agama Islam sebagai agama Persekutuan.

Dewan Ulama PAS N.Sembilan juga mendesak agar pihak kerajaan yang memerintah pada hari ini mestilah bersungguh-sungguh memartabatkan Mahkamah Syariah selaras dengan peruntukan undang-undang persekutuan, bahkan ianya adalah bertepatan dengan titah dan sumpah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada istiadat pembukaan penggal kelima Parlimen ke-13 lalu, untuk terus memastikan kedaulatan negara kekal terpelihara, iaitu memelihara kedaulatan Islam dan kedaulatan Perlembagaan yang menjadi sebahagian daripada kedaulatan negara.

Kegagalan kerajaan BN memartabatkan kedaulatan Mahkamah Syariah ini menunjukkan secara jelas bahawa kerajaan BN tidak mampu untuk menjaga dan memelihara kemuliaan agama Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia.

Sudah tiba masanya , umat Islam Malaysia memberi mandat kepada PAS dalam Pru 14 nanti mengundi dan memilih PAS untuk mengambil alih kuasa pemerintahan negara daripada BN, demi menjamin kemuliaan dan kedaulatan agama Islam yang suci ini agar lebih terpelihara , dihormati dan dimartabatkan.

Penulis merupakan AJK Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan.

Hormati bidang kuasa Mahkamah Syariah agar keharmonian agama terpelihara



Oleh: Dr. Riduan Mohd Nor

1. Keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang membatalkan penukaran agama tiga anak Muhammad Ridhuan Abdullah kepada Islam dan tidak sah di sisi undang-undang kerana tidak mendapat persetujuan ibunya, M Indira Gandhi membuka mata dan mendapat perhatian utama hari ini. Keputusan Mahkamah Persekutuan yang menetapkan keputusan pada tahun 2007 tidak mengikat berkaitan dengan tafsiran makna "ibu bapa" menjadi sebab keputusan ini dibuat. Mahkamah dihakimi lima panel hakim terdiri daripada presiden Mahkamah Rayuan Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Richard Malanjum, Zainun Ali, Abu Samah Nordin dan Ramly Ali.

2. Keputusan ini memberi maksud bahawa kedudukan Islam tiga orang anak Muhammad Ridhuan Abdullah yang di Islamkan sejak tahun 2009 tidak sah dan terbatal. Ketika mereka diislamkan tahun tersebut, kanak-kanak berkenaan itu masing-masing berusia 12 tahun, 11 tahun dan 11 bulan. Keputusan ini juga memaksa si bapa, Muhammad Riduan Abdullah, memulangkan anak bongsu mereka kepada ibunya.


3. Kes ini boleh menjadi kes rujukan di masa akan datang. Keadaan ini akan menimbulkan kegelisahan yang berpanjangan di kalangan umat Islam. Persoalan kekeluargaan, hak jagaan anak-anak serta identiti agama anak-anak yang ibu bapanya memeluk islam terus menghantui masyarakat yang boleh merencatkan usaha dakwah di negara ini. Ibu atau bapa yang mahu memeluk Islam akan dilanda ketakutan kerana hilang hak membawa anak-anak bersama ke dalam agama Islam.


4. Kewujudan Mahkamah Syariah yang dipinda tahun 1988 dengan memasukkan perenggan 1A Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan bagi memelihara umat Islam di negara ini serta mengangkat kedudukan agama Islam di negara ini. Perenggan 1A ini mengehadkan Mahkamah Sivil tidak boleh mencampuri perkara-perkara yang berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Namun dengan keputusan semalam, membuktikan bahawa Mahkamah Syariah masih di bawah pengaruh Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah tidak bebas dari diganggu gugat oleh mahkamah Sivil. Kedudukan Mahkamah Syariah pula tidak langsung mengganggu hak orang bukan Islam di Malaysia, tetapi mengapa hak umat Islam sering diganggu oleh bukan Islam melalui Mahkamah Sivil? Keputusan ini boleh menggugat keharmonian antara agama dalam konteks Islam sebagai agama persekutuan.


5. Dalam Islam, menurut pandangan empat mazhab dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah, jika ibu atau bapa memeluk Islam anak perlu mengikutnya. Ia berdasarkan kepada mazhab Syafie, Hanafi dan Hambali. Manakala Mazhab Maliki pula berpandangan jika bapa yang memeluk Islam anak perlu mengikutnya, kerana anak dinasabkan kepada bapa dan bukan ibu. Namun anak boleh membuat pilihan sekiranya dia telah berusia 18 tahun ke atas.


6. Polemik ini perlu dihentikan segera bagi mengelakkan perbalahan agama dan kaum di negara ini. Yang dibimbangkan adalah polemik seperti ini berterusan dengan banyak lagi kes akan timbul dan persoalan yang bangkit, yang boleh menyebabkan keharmonian antara agama tergugat. Akhirnya umat Islam akan rugi, agama Islam dipinggirkan, diperlekeh dan dihina dengan mudah. Tiada makna lagi negara ini yang dianggap sebagai sebuah negara Islam jika nilai agama Islam lebih rendah dari kedudukan agam lain di negara ini.


7. Sebagai mendokong Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) yang menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan, maka bidang kuasa Mahkamah Syariah juga perlu diperkasakan dan dimantapkan. Justeru Perenggan 1A kepada Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan perlu dihayati dan dihormati oleh semua pihak. Hanya dengan ini agama Islam terus dihormati, di amalkan dan dilaksanakan di negara ini.


DR RIDUAN MOHD NOR adalah ahli Jawatankuasa PAS Pusat

Keputusan Kes Indira: Ada Yang Gembira dan Ada Yang Berduka?


oleh: Syed Ahmad Fadhli
1. Semalam, Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan penamat bagi kes Indira Gandhi yang menuntut pembatalan pengislaman 3 orang anaknya iaitu Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinish (11 tahun) dan Prasana Diksa (11 bulan). Ini adalah umur anak-anak tersebut ketika permohonan semakan kehakiman dibuat oleh Indira pada 9 Jun 2009.

Bekas suami Indira, Muhammad Riduan (nama lamanya Pathmanathan) telah memeluk Islam pada 11 Mac 2009. Kemudian, pada 02 April 2009 Muhammad Riduan secara unilateral mengIslamkan kesemua anaknya tanpa keizinan si ibu yang masih beragama Hindu.

Tindakan ini menyebabkan si ibu, Indira memohon kepada Mahkamah Tinggi Ipoh untuk membatalkan status pengislaman anak-anaknya itu.

Kes ini berlarutan daripada tahun 2009 sehinggalah ia mencapai kemuncak penamatnya pada 29 Januari 2018.

2. Kita perlu akui kes ini sememangnya ada perkaitan dengan pertembungan antara bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan hak penjagaan anak sepenuhnya kepada si ibu, Indira manakala Mahkamah Syariah memberikan hak penjagaan kekal kepada si ayah, Muhammad Riduan.

Keadaan kes menjadi lebih rumit apabila Muhammad Riduan dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana dia gagal menyerahkan Prasana Diksa (anak bongsu) kepada ibunya.


Semenjak pada itu, Muhammad Riduan dan anak bongsunya gagal dikesan oleh pihak polis sehingga ke hari ini.

3. Keputusan Mahkamah Persekutuan semalam sememangnya dinantikan oleh banyak pihak khususnya mereka yang menentang 'unilateral conversion' iaitu penukaran agama secara sebelah pihak.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membuat keputusan sebulat suara bahawa pengislaman 3 anak tersebut adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang.
Mahkamah memutuskan persetujuan kedua-dua ibu bapa adalah perlu untuk penukaran agama anak sebelum Sijil Perakuan Memeluk Islam dikeluarkan oleh Pendaftar Mualaf.
Mereka mendapati bahawa Pendaftar Mualaf tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan sijil penukaran agama kanak-kanak kepada Islam kerana tidak mematuhi Seksyen 96 (1) dan 106 (b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004.

Empat lagi hakim yang membuat keputusan tersebut ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Zainun Ali, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Ramly Ali.

4. Mahkamah Persekutuan semalam membuat keputusan yang berbeza dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 27 Disember 2007 dalam kes Subashini di mana pada ketika itu mahkamah menetapkan bahawa perkataan ‘parent’ dalam Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan adalah merujuk kepada ibu atau bapa (mana-mana seorang), dan tidak semestinya kedua-dua ibu dan bapa bersekalian.
Panel Hakim Mahkamah Persekutuan pada ketika itu membuat keputusan secara majoriti 2-1.

Hakim Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman yang mengetuai panel tersebut memutuskan bahawa Muhammad Shafi tidak menyalahgunakan proses mahkamah apabila menukar agama anaknya yang berusia empat tahun itu tanpa pengetahuan ibunya. Menurutnya, mengikut undang-undang Islam, hanya seorang sahaja - ibu atau bapa - mesti dimaklumkan mengenainya pertukaran agama anak tersebut.

5. Impak daripada keputusan Mahkamah Persekutuan semalam adalah bersifat jangka masa panjang kerana ia mempunyai 'prospective effect' yang akan menjadi rujukan, panduan dan ikutan mahkamah untuk kes-kes baru yang akan datang.

6. Selain pada itu, pihak Kerajaan pastinya akan menjadikan keputusan Mahkamah Persekutuaan semalam sebagai alasan untuk meneruskan kembali niat yang tertangguh sebelum ini iaitu memasukkan Seksyen 88 A dalam pindaan Akta 164 yang mensyaratkan pengIslaman anak Muallaf hendaklah mendapat persetujuan bersama ibu dan bapa.

7. Bukan itu sahaja, yang lebih parah lagi apabila pihak yang memperjuangkan Malaysia sebagai sebuah negara sekular sememangnya meraikan keputusan yang berani ini.
Mereka tidak mahu melihat Islam menjadi teras negara dan Mahkamah Syariah diangkat martabatnya setaraf dengan Mahkamah Sivil.

8. Disenaraikan di sini pihak yang bergembira dan yang berduka dengan keputusan semalam untuk sama-sama kita nilai dengan jiwa dan iman.

a) Retired Federal Court judge Gopal Sri Ram: lauded the “brilliant” judgment

b) Former Bar Council president Ambiga Sreenevasan: Indira Gandhi court ruling ‘courageous’

c) Bersih 2.0 chairman Maria Chin Abdullah: Fantastic decision at Federal Court on Indira Gandhi’s case!

d) Datuk Zaid Ibrahim: welcomed the court ruling, calling it a courageous decision.

e) Hindraf chairman P . Waytha Moorthy: Justice finally

f) Lawyer and activist Siti Kasim: Our learned judges are simply brilliant!!!

g) Lawyers for Liberty executive director Eric Paulsen and Lawyer Azhar Harun: whether the authorities would follow through with the ruling

h) Sarawak PKR chairman Baru Bian: It is a clear and cogent judgment

i) The Centre for A Better Tomorrow (CenBet): applauded the Federal Court's bold decision

j) NGO Bebas: Religious authorities must Heed Federal Court ruling

k) The Malaysian Consultative Council on Buddhism, Christianity, Sikhism and Taoism: wants Putrajaya to expedite the reconversion of Ms Gandhi’s three children from Islam to their original religion.

l) Chairman of the Association of Churches in Sarawak (ACS): Justin Wan welcomed the decision as “the right and truthful thing to do”.

m) The Women’s Aid Organisation (WAO): hailed the judgement, calling it a “huge victory for all Malaysians”.

n) The United Nations Children’s Fund (Unicef): hailed the Federal Court’s declaration

Begitulah senarai panjang yang bergembira dengan keputusan semalam.

Di pihak Kerajaan pula, MCA dan MIC turut menyambut baik keputusan tersebut.

Amat malang sekali, terdapat 2 orang pemimpin UMNO yang bergelar Menteri turut bergembira dengan keputusan ini iaitu
Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata ia adalah kemenangan buat Islam dan rakyat Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said pula berkata dia akan membawa hal ini untuk perhatian jemaah menteri dan semestinya ia berkait rapat dengan Seksyen 88 A pindaan Akta 164 yang ditarik balik sebelum ini.

9. Antara pihak yang berduka dan menyuarakan kebimbangan berkenaan impak keputusan Mahkamah Persekutuan semalam ialah;

a) Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak

b) Datuk Seri Abdul Rahman Osman, Mufti Pahang

c) Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia

d) Musa Awang, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia

e) YB Nasrudin bin Hassan, Ketua Penerangan PAS

f) Hassan Basri Muhammad, Naib Presiden PERKASA

g) Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden MAPIM

10) Jikalau kita perhatikan dengan betul-betul, pihak yang bergembira dengan keputusan semalam ialah kelompok yang begitu lantang menentang usaha PAS untuk meminda Akta 355 bagi memartabatkan Mahkamah Syariah.
Mereka walaupun berbeza individu dan kumpulan tetapi masih boleh seiring bersepadu memperjuangkan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan menentang sebarang usaha Islamisasi.

Inilah perjuangan pahit-getir yang dialami PAS demi memartabatkan Islam di tanah air ini.

11) Jikalau sesiapa masih ingat, pada sidang Parlimen tahun 2017 ketika pindaan Akta 164 dibentangkan oleh Kerajaan BN, hanya Ahli Parlimen PAS sahaja yang berani mengundi menentangnya tatkala parti-parti PH menyokong sepenuhnya usaha BN-UMNO ketika itu.

Walaupun diperlekeh, Ahli Parlimen PAS tetap berjuang menentang sehingga ke akhirnya kerana tahu impak daripada pindaan itu amatlah besar. Demi meraih undi, kerajaan akan tunduk kepada desakan pihak bukan Islam agar akidah anak Muallaf tidak dapat diselamatkan lagi.

PAS tetap teguh istiqamah mempertahankan hak Muallaf untuk beramal dengan Islam yang merupakan agama Persekutuan Malaysia.


Syed Ahmad Fadhli adalah Pegawai Pusat Penyelidikan PAS

PERKASA kesal Mahkhamah Sivil batal penukaran agama Islam tiga kanak-kanak


1. PERKASA merujuk kepada laporan dalam portal berita perdana mengenai kes wanita Hindu bernama Indira Gandhi dan bekas suaminya; Ridhuan Abdullah di mana mahkamah telah mendefinisikan semula istilah "parent" bermaksud ibu dan bapa dan bukannya bapa sahaja seperti tafsiran sebelum ini.

2.  Perkasa berasa sungguh kesal kerana keputusan ini bertentangan dengan keputusan mahkamah pada 2007 sebelum ini di mana dalam kes R. Subashini lawan T. Saravanan, Subashini  memohon mengarahkan Mahkamah Rayuan Syariah untuk menghalang suaminya yang telah beragama Islam daripada mengislamkan anak anak mereka tanpa izinnya.

3. Perkasa juga berasa sungguh kecewa kerana dalam kes ini jelas Mahkamah Sivil telah dilibatkan dalam urusan Mahkamah Rayuan Syariah di mana ia  sepatutnya tidak berlaku dan kontradiksi ini seolah olah wujud pada satu pihak.

4. Perkasa berpandangan isu ini melibatkan persoalan akidah dan perlu ditangani dengan serius oleh pihak berkuasa agama kerana ia akan menjadi "precedent" bagi kes kes masa hadapan. Allah akan bertanya kita di Akhirat kelak apa yang telah kita lakukan. Masakan kita jawab tiada apa yang dapat kita lakukan. Alangkah malunya kita di Malaysia, orang Islam adalah majoriti dan orang Melayu Islam menguasai dari segi politik, institusi kehakiman atau judiciary dikuasai Melayu Islam, akan tetapi tiada apa yang dapat kita lakukan!

5. Perkasa juga berasa sangsi apabila mahkamah membuat keputusan bahawa Pendaftar Muallaf tiada hak untuk mendaftarkan anak anak Ridhuan sebagai Muallaf kerana terdapat kekhilafan hanya kerana anak itu tidak mengucapkan dua kalimah syahadah yang dianggap sebagai kepastian beriman oleh mahkamah. Dengan ertikata lain, mahkamah telah mempertikaikan fungsi, bidang kuasa dan tanggung jawab Pendaftar Muallaf walaupun si bapa telah mendaftarkan anaknya sebagai memeluk agama Islam. Persoalannya, adakah anak yang belum baligh, perlu mengucapkan dua kalimah syahadah walaupun telah didaftarkan oleh Pendaftar Muallaf sebagai telah beragama Islam?

6. Apa yang lebih pelik ialah mahkamah telah memutuskan bahawa keizinan ibu dan bapa diperlukan untuk menukarkan agama anak sekaligus mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan terdahulu.

7. Perkasa juga berasa kesal kerana kes ini boleh dijadikan satu batu loncatan untuk menidakkan tanggungjawab seorang bapa beragama Islam meng"Islam"kan anaknya yang di bawah 18 tahun. Bayangkan jika kes ini menjadi sandaran pada masa hadapan, apakah yang akan terjadi dan siapakah yang rugi? Bayangkan betapa tergugatnya peranan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan pelaksanaannya nanti?

8. Keputusan itu juga jelas bertelingkah dengan ajaran Islam sebagai agama Persekutuan dan  bahawa mengikut perspektif Islam tradisional, seorang anak mengikut agama bapa yang lebih aula sebab nasabnya jatuh kepada bapa. 

9. Perkasa amat berharap agar pihak berkuasa dapat memastikan anak-anak pasangan tersebut  memilih agama Islam sebagai anutan mereka setelah mereka mencapai umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Sekian.

DR. AMINI AMIR ABDULLAH
PENGERUSI
BIRO HAL EHWAL ISLAM (BIHALIM)
MERANGKAP AHLI DEWAN TERTINGGI (ADT)
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)
29.1.2018
9.15HRS


________________
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Islam perlu bersatu, kes Indira ulangan kepada kes Natrah?




1. Keputusan panel Hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandi yang dikeluarkan pada hari ini amat menyedihkan. Mereka meminggirkan keputusan Mahkamah Persekutuan yang terdahulu dalam kes Subashini lwn Sarawanan. Hasilnya pemelukan Agama Islam anak-anak yang masing-masing sekarang berumur 20, 19 dan 8 tahun oleh si bapa yang memeluk Islam telah dibatalkan oleh mahkamah tertinggi negara ini.

2. Saya percaya keputusan tersebut tidak memberi kesan kepada anak yang sudah dewasa. Pilihan sekarang di tangan mereka sama ada mahu kekal atau tukar. Anak yang berumur 8 tahun sekarang apa agamanya?

3. Implikasi keputusan tersebut juga menyebabkan pada hadapan kita terdapat dua versi interpretasi terhadap Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa agama bagi anak di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya. 

4. Bermaksud apabila mana di hadapkan dengan kes-kes yang sama, hakim-hakim dalam negara ini bebas mengikut mana-mana versi tersebut sehinggalah apabila mana kerajaan memuktamadkan versi yang dipilih oleh kerajaan ke dalam akta. Sehingga ke hari ini kerajaan belum memuktamadkannya. Cubaan terakhir adalah pada cadangan terhadap Akta 164 yang telah ditarik balik semasa sidang Parlimen yang lepas.

5. Mengikut laporan media Kerajaan Barisan Nasional sedia memasukkan peruntukan tersebut ke dalam Akta 164. Iaitu selepas mereka memenangi semula pilihanraya ke-14. Sedangkan mereka tahu majoriti umat Islam tidak bersetuju dengan cadangan yang bercanggah dengan pandangan jumhur ulama itu.

6. Justeru tidak ada pilihan lain kecuali kita meramaikan Ahli Parlimen PAS yang sentiasa konsisten dalam isu tersebut. Ahli Parlimen PAS telah berbahas secara terbuka di Parlimen berhadapan dengan semua yang menentang biar pun tinggal beberapa belas ahli Parlimen sahaja di dalam Parlimen.

7. Tentu sahaja dapat dibayang, apabila Ahli Parlimen PAS menguasai majoriti. Tentu sahaja kerajaan dapat memuktamadkan undang-undang yang selaras dengan kehendak agama.

8. Tidak dapat tidak, umat Islam perlu bersatu dalam menunjukkan kesatuan dalam menolak kemunculan semula seksyen 88A dengan mengundi ahli Parlimen yang berfikir mengikut kaca mata Islam.

Nik Bahrum Bin Nik Abdullah
Pengerusi 
LUHAM Kelantan
29.01.2018


________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Dao Zhong tidak taat kepada negara?  tentang Dasar Pelajaran,  Penyata Razak




Penyata Razak 1961 mencadangkan untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan. 

Tujuan utama sistem pendidikan kebangsaan ialah untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai sikap toleransi. 

Penggunaan satu bahasa disemua peringkat pendidikan sehingga tahun 1982 juga bertujuan untuk menyatupadukan seluruh rakyat.

Dasar pelajaran juga bertujuan untuk memberi tumpuan kepada fakta-fakta pengajaran yang mengandungi pengertian, pandangan hidup, norma, dan nilai yang berlandaskan alam Malaysia.

Di antara perkara yang diperkatakan dalam Penyata Razak ialah:

Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama dan Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama.

Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta menubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.

Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan sekolah menengah dan bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar.

Bila menjelang PRU 14, Dong Zong menunjukkan niat jahat dengan menggunakan isu pendidikan Cina bagi ‘mengugut’ kerajaan dengan menjadikan undi kaum Cina sebagai ‘umpan’ pilihanraya. Sikap mereka ini jelas sekali amat biadap dan tidak beretika, memperkudakan pendidikan sebagai umpan politik setiap kali menjelang PRU.

Dasar pendidikan yang di bina olih Tun Razak Hussein ternyata sudah berjaya. Perubahan yang di buat sekiranya benar akan meruntuhkan Dasar Pendidikan dalam Penyata Razak tersebut dan juga akan mengembalikan keaadan negara kepada keadaan sebelum merdeka, perpecahan kaum akan berlaku semula


Atas dasar sikap tidak beretika golongan cauvinis ini juga, UMMAH  menyokong cadangan GPMS supaya di tubuhkan ‘Suruhanjaya Pendidikan Negara’ kepada pihak kerajaan bagi memandu sistem pendidikan di negara ini agar tidak dijadikan modal politik dan diperkudakan untuk kepentingan peribadi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Justeru itu, UMMAH  memberi amaran Dong Zong supaya membawa halatuju kaum Cina menjadi warganegara yang taat  kepada negara dan perlembagaan dan jangan sesekali menjadikan isu pendidikan sebagai kuda tunggangan demi kepuasan peribadi, serta menjadikan pendidikan Cina sebagai umpan dalam cubaan melakukan ‘barter trade’ dengan kerajaan bagi mendapatkan sokongan kaum Cina.

Dong Zong berbohong apabila mereka menyatakan bahawa penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan produk SJKC adalah baik. Ini adalah tidak benar kerana kebanyakannya tidak fasih berbahasa Melayu (bahasa kebangsaan) dan juga kurang boleh berkomunikasi serta menulis dengan baik. Mereka juga tidak berpeluang untuk berinteraksi, berkomunikasi dan bergaul dengan bangsa-bangsa lain. Apatah lagi nak bermuafakat atau bersatu 

   Berdasarkan beberapa kajian, pelajar Cina yang mendapat pendidikan Sekolah Kebangsaan dan pendidikan Inggeris, lebih mudah bergaul dengan etnik Melayu berbanding dengan para pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (Shamsul Amri, 2012).

Tidakkah cukup dengan 1300 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 60 Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) di seluruh negara? Kerajaan juga jangan melayan tuntutan SJKC dari Dong Zhong ini. Mereka memberikan lebih banyak racun kepada kerajaan. Mereka mahu memporak perandakan dasar kerajaan dari mengharmonikan hubungan antara kaum serta menjadikan negara ini sebagai satu bangsa Malaysia yang sehati sejiwa dan warga negara yang taat. 

Jika Dong Zhong tidak hurmati dengan dasar pelajaran negara UMMAH tuntut supaya mereka tinggalkan negara ini segera dan jangan gangu gugat kestabilan negara


Aminuddin Yahaya
Ketua Sekreteriat
Pergerakan Pembela Ummah(UMMAH)
________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

"Unilateral Conversion" : PAS Gesa Penyelesaian Komprehensif.




Oleh : Nasrudin bin Hassan


1. Keputusan yang dibuat Mahkamah Persekutuan terhadap kes Indira Gandhi a/p Mutho vs Pengarah Jabatan Agama Islam Perak & 2ors semalam merupakan satu lagi episod pertembungan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah di negara ini. 

2. Kes yang berkait dengan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164) bukanlah sesuatu yang baharu. Akta ini juga sebenarnya telah mengalami suatu proses yang rumit sejak ia diluluskan pada 1976 yang mengambil masa selama 6 tahun sebelum digazetkan pada 1982. 

3. PAS mengambil pendirian untuk menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan sebagai suatu badan yang berautoriti dan profesional dalam melaksanakan tugas kehakiman. Namun, PAS juga berpendirian isu ini memerlukan langkah penyelesaian jangka panjang yang lebih komprehensif demi mewujudkan keharmonian di antara dua institusi mahkamah di Malaysia. 

4. Ketika pindaan baru Akta 164 dibentangkan di Parlimen pada Ogos tahun lalu, PAS telah kemukakan pendirian supaya kerajaan mempertimbangkan suatu bentuk sulh atau mediasi / timbang tara bagi mewujudkan penyelesaian menang-menang yang lebih harmoni di antara kedua-dua belah pihak. 

5. Ini kerana kes-kes yang berlaku bukan sahaja boleh menyebabkan ketegangan agama, bahkan melibatkan kebajikan dan emosi kedua-dua belah keluarga khususnya anak-anak. Justeru, langkah ke arah pendamaian seharusnya diutamakan.

6. PAS juga membantah keras pendirian kerajaan untuk mencadangkan dikemukakan semula pindaan Seksyen 88A yang telah ditarik balik dalam pindaan sebelumnya. Selain bersifat berat sebelah, pindaan seksyen berkenaan hanya menambahkan ketegangan kepada isu yang sedia ada. 

7. Percubaan mengemukakan semula Seksyen 88A tersebut bukan sahaja akan mencetuskan ketegangan malah menyemarakkan kemarahan ummat Islam. Justeru itu, kerajaan usah mencabar kesabaran ummat Islam dengan bermain sentimen dalam hal ini.

8. Inilah situasi yang telah kami duga sewaktu membantah Pindaan Akta 164 di Parlimen tempohari. Kebarangkalian Seksyen 88A kembali diangkat semakin nyata. Kerajaan dilihat terus menerus tunduk kepada pihak yang menentang Islam. Ini perkembangan yang sangat mendukacitakan bagi ummat Islam.

 9. Seperkara lagi, Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah (JKMMS) dibawah Kluster Pengharmonian Undang-Undang Sivil-Syariah perlu mengoptimumkan peranannya dalam menangani pertembungan dua institusi mahkamah yang juga berkait dengan Akta 164 supaya keharmonian di antara dua institusi ini dapat diwujudkan dalam jangka masa panjang. 

10. PAS mengharapkan kerajaan jangan bermain api di tepi loji minyak. Sebaliknya kerajaan mesti mengambil langkah yang proaktif dan tidak mengambil tindakan "separuh masak" dalam menangani kerumitan isu yang sedang melanda ketika ini. 

Sejahtera Bersama Islam

Sekian.




Nasrudin Hassan adalah Ketua Penerangan PAS Pusat
















________________
 Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

PRM: 70 Ahli PKR keluar parti protes Dr Mahathir jadi calon PM pembangkang





KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 70 orang ahli PKR Klang, Kota Raja dan Selayang bertindak keluar dari parti itu dan menyertai Parti Rakyat Malaysia (PRM) selepas kecewa dengan pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH). 

Bekas Ketua Biro Aduan PKR Selangor, M. Telaiamblam yang baru sahaja menyertai PRM mempersoalkan rasional PKR menyokong Dr Mahathir - individu yang beliau dakwa benyak mendatangkan kecelaruan dalam negara sepanjang 22 tahun memerintah negara. 

“Saya membantah sekeras-kerasnya pemilihan Tun M sebagai calon Perdana Menteri sementara. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab mengapa kami (kaum India) terpinggir di Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PRM di sini hari ini. 

Turut hadir bekas ADUN Teratai, Jenice Lee Ying Ha yang juga menyertai PRM minggu lalu. 

Sebelum ini PRM mengumumkan bahawa beliau akan bertanding bagi kerusi Parlimen Pandan dan DUN Teratai dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 

Sebaik sahaja PH mengumumkan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri pembangkang, semakin banyak protes malah dialog demi dialog diadakan yang kebanyakannya mempersoalkan kewajaran ahli politik veteran berumur 92 tahun kembali dilantik ke jawatan itu. 

Biarpun pimpinan tertinggi PH berulang kali menyatakan Dr Mahathir adalah calon perdana menteri sementara, sehingga calon utamanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas daripada penjara, ahli akar umbi serta golongan yang menggerakkan reformasi pada 1999 tetap tidak gembira dengannya. 

Malah banyak pihak melihat Dr Mahathir sebagai liabiliti kepada PH sementelah terpaksa menepis, menjawab serta mempertahankan Pengerusi PPBM itu yang sebelum ini menerima jolokkan 'pemimpin kuku besi', 'Mahazalim', 'Mahafiraun' dan juga 'diktator'.



________________
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Selangor: Mustahil ADUN PAS berkempen guna peruntukan rakyat - Sallehen



SHAH ALAM: Adalah tidak munasabah apabila menuduh ADUN PAS Selangor menggunakan peruntukan kawasan untuk tujuan kempen pilihan raya, kata Pesuruhjaya PAS negeri, Sallehen Mukhyi.

Sambil menyifatkan pandangan berkenaan sebagai tidak demokratik, Sallehen menegaskan peruntukan berkenaan bukan untuk kegunaan ADUN sebaliknya ia untuk kegunaan rakyat di kawasan DUN masing-masing.

"Ini saya fikir satu kenyataan yang tak demokratik. Sebab sekarang ini peruntukan itu untuk rakyat, bukan untuk PAS. Kalau dibekukan dan tak diberi kepada PAS, jadi apa beza antara PH dan BN?," katanya . 

Malah Sallehen yang juga ADUN Sabak itu mencabar agar semakan dibuat terhadap ADUN PAS Selangor bagi memastikan wakil rakyat parti berkenaan benar-benar menggunakan peruntukan yang diberi untuk rakyat atau sebaliknya. 

"Penyalahgunaan kewangan kalau berlaku, pihak kerajaan negeri boleh ambil tindakan. Sedangkan kegunaan ini untuk rakyat, bukan politik. Wakil rakyat PAS sendiri masih wakil rakyat kerajaan (negeri). Soal politik tak sepatutnya masuk dalam kenyataan itu. 

"Kita masih belum bubar, melainkan kalau dah bubar, barulah munasabah nak kata kita guna untuk kepentingan pilihan raya sedangkan DUN belum bubar dan kita masih berhadapan dengan rakyat," katanya.

Isu peruntukan kawasan kepada ADUN PAS hangat diperkatakan selepas Sallehen mengesahkan 13 wakil rakyatnya di negeri itu tidak memperolehi peruntukan tahunan berjumlah RM800,000 daripada kerajaan negeri.

Sallehen berkata, beliau dimaklumkan pegawai Unit Perancangan Ekonomi (EPU) negeri bahawa peruntukan kepada wakil rakyat parti itu untuk tahun ini akan dibekukan. 

Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali sebelum ini menafikan Kerajaan Selangor menyekat peruntukan wakil rakyat PAS di negeri itu, sebaliknya kelewatan itu disebabkan masalah teknikal.

________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Ex-MB To Campaign For PAS To Prevent DAP Controlling Selangor


(Malaysiakini) – Former Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim has announced that he would campaign for PAS in the coming general election.

However, the independent Port Klang assemblyperson said he would not join the Islamist party.

According to a Sinar Harian report, Khalid would be campaigning for PAS in order to prevent DAP from controlling the state, which he led for more than five years.

He said that PAS has a good chance of administering Selangor with leaders who are responsible and with integrity.

“Some have asked why I don’t join PAS… I don’t need to join in order to work with PAS.


“If I join PAS, I will change the structure in PAS and people will say I joined PAS because I want positions, so let me be free in this aspect,” he added.

Khalid said PAS must be patient in facing the prospect of being needled by various quarters during the 14th general election with statements that are taken out of context.

The former menteri besar noted how during the last general election, some believed that Pakatan Rakyat would be defeated in Selangor since the state Umno chapter was headed by Prime Minister Najib Abdul Razak with an allocation of almost RM15 million.

“We only spent RM1.3 million for the election campaign but we still won.

“This means money is not the factor which determines victory but we need sufficient funds to face the election,” he told a PAS ceramah last night.

Khalid, a former PKR member, was removed as menteri besar through the infamous “Kajang Move”.

He was later sacked by PKR. Khalid is also the MP for Bandar Tun Razak.

Last week, Malaysiakini reported that PAS president Abdul Hadi Awang is seeking to form the state government in Selangor but has not decided on the number of seats his party would contest.


________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Penukaran agama Islam tiga kanak-kanak terbatal


PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan penukaran agama tiga anak guru TADIKA, M Indira Gandhi hampir 10 tahun lalu kepada Islam adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membuat keputusan sebulat suara selepas membenarkan rayuan akhir dibuat Indira berhubung kesahihan penukaran agama tiga anaknya iaitu Tevin Darsiny,21, Karan Dinish,20 dan Prasana Diksa 9, kepada Islam.

Menerusi 99 mukasurat penghakiman yang dibacakan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zainun Ali, mahkamah memutuskan persetujuan kedua-dua ibu bapa adalah perlu untuk penukaran agama anak sebelum Sijil Perakuan Memeluk Islam dikeluarkan oleh Pendaftar Mualaf.

Beliau berkata, pihaknya berpendapat bahawa Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk menjalankan kuasa penyeliaannya bagi memutuskan aduan yang dibuat oleh perayu terhadap tindakan pentadbiran Pendaftar Mualaf dalam mengeluarkan Sijil Perakuan Memeluk Islam itu.

Guru Tadika, M Indira Gandhi, keluar dari Mahkamah Persekutuan, Putrajaya selepas mahkamah memutuskan pertukaran agama tiga anaknya 10 tahun lalu kepada Islam adalah tidak sah dan terbatal. 

Katanya, pihaknya mendapati bahawa Pendaftar Mualaf tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan sijil penukaran agama kanak-kanak kepada Islam kerana tidak mematuhi Seksyen 96 (1) dan 106 (b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004. "Seksyen ini masing-masing menetapkan seseorang mesti mengucapkan dua kalimah syahadah dalam bahasa Arab secara jelas dan dengan kerelaan sendiri, manakala kanak-kanak yang belum mencapai umur 18 tahun boleh memeluk Islam jika mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga.

"Dalam menguatkuasakan peruntukan undang-undang enakmen ini, mahkamah tidak perlu untuk menyiasat prinsip undang-undang syariah atau untuk menyelesaikan isu undang-undang doktrin yang timbul daripada perkara ini.

"Kami juga mendapati bahawa sijil penukaran dikeluarkan tanpa persetujuan perayu dengan demikian melanggar Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 5 dan 11 Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961 (GIA). Sijil penukaran itu tidak sah dan mesti diketepikan.

"Atas alasan yang dinyatakan di atas, kami membenarkan ketiga-tiga rayuan oleh perayu. Keputusan majoriti dan perintah Mahkamah Rayuan kini diketepikan. Kami mengesahkan keputusan ini dan perintah Mahkamah Tinggi, tanpa sebarang kos," katanya.

Pada 30 Disember 2015, Mahkamah Rayuan membuat keputusan majoriti 2-1 untuk mengembalikan semula sijil penukaran agama tiga anak itu yang dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi sebelum itu.

Ketiga-tiga kanak-kanak itu ditukarkan agama kepada Islam oleh bapa mereka Muhammad Ridhuan Abdullah, 48 pada April 2009 tanpa keizinan Indira Gandhi selepas beliau memeluk Islam.

Kanak-kanak berkenaan ketika itu masing-masing berusia 12 tahun, 11 tahun dan 11 bulan. Mengulas lanjut, Zainun berkata, dalam keadaan agama dan pendidikan agama menjadi isu, pertimbangan utama bagi mahkamah adalah untuk melindungi kebajikan kanak-kanak terbabit dengan mengambil kira semua hal serta keadaan kes ini.

"Penukaran kepada agama lain adalah keputusan penting yang mempengaruhi kehidupan seorang anak, yang mengenakan kepadanya undang-undang peribadi yang baharu dan berbeza.

Guru Tadika, M Indira Gandhi ketika sidang media selepas keluar dari Mahkamah Persekutuan, Putrajaya setelah mahkamah memutuskan pertukaran agama tiga anaknya 10 tahun lalu kepada Islam adalah tidak sah dan terbatal. - Foto Mohd Fadli Hamzah

"Jika sesuatu keputusan penting seperti penukaran agama seorang kanak-kanak dibuat, demi kepentingan kanak-kanak itu sebaiknya dipersetujui oleh kedua-dua ibu bapa. Pendekatan bertentangan yang diambil dengan membenarkan agama anak ditukarkan tanpa persetujuan kedua-dua ibu bapa hanya akan menimbulkan kesulitan lain," katanya. Selain Zulkefli dan Zaitun, panel hakim lain termasuk Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan dua lagi Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Ramly Ali.

Sementara itu Indira Ghandi ketika ditemui di luar mahkamah berkata, perjuangannya selama lebih sembilan tahun demi anak-anaknya akhirnya berbalas selepas keputusan yang ditetapkan mahkamah itu.

"Terima kasih kepada hakim dan juga semua pihak yang banyak menyokong saya, selama lebih sembilan tahun pelbagai cabaran saya tempuhi.

"Walaupun pun menang kes ini, hati saya tetap sedih kerana anak perempuan saya (Prasana) masih hilang, saya amat merindui dia dan begitu ingin memeluknya," katanya.


Kronologi

10 April 1993 - M Indira Ghandi dan Muhammad Ridhuan Abdullah atau K Patmanathan berkahwin di Jabatan Pendaftaran Perak dan dikurniakan Tevin Darsiny, Karan Dinish serta Prasana Diksa.

24 April 2009 - Indira Gandhi memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Ipoh mendapatkan hak penjagaan tetap ke atas tiga anaknya.

29 September 2009 -Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberikan hak penjagaan anak kepada Muhammad Ridhuan.

11 Mac 2010 - Mahkamah Tinggi Ipoh beri hak penjagaan anak kepada Indira Gandhi, bapa diberikan hak lawatan sekali seminggu.

30 Mei 2014 - Muhammad Ridhuan dikenakan perintah menghina mahkamah, waran tangkap dikeluarkan terhadapnya selepas dia gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi menyerahkan Prasana Diksa kepada ibunya. Indira Gandhi dapat perintah Mahkamah Tinggi yang memerintahkan polis mencari Muhammad Ridhuan.

17 Disember 2014 - Mahkamah Rayuan ketepikan perintah Mahkamah Tinggi supaya Ketua Polis Negara (KPN) menahan Muhammad Ridhuan dan mengembalikan anak perempuannya kepada bekas isteri.

22 April 2015 - Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada Indira Gandhi merayu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung perintah ke atas Ketua Polis Negara (KPN).

29 April 2016 - Mahkamah Persekutuan memerintahkan KPN menahan Muhammad Ridhuan.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/01/381955/penukaran-agama-islam-tiga-kanak-kanak-terbatal

________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Kes Indira Ghandi ulangan kepada kes Natrah?



Oleh: DR MUHAMMAD FATHI YUSOF
29 Januari 2018
Kes Indira Gandhi a/p Mutho lwn. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak & 2 lagi, yang diputuskan hari ini,  adalah satu lagi episod pertembungan bidang kuasa antara mahkamah sivil dan mahkamah Syariah di Malaysia.

Penjelasan panjang Mahkamah Persekutuan berkait dengan kesan Perkara 121(1A) menggambarkan betapa konflik yang berlaku adalah satu perkara yang besar, bukan sekadar isu perebutan anak dan seumpamanya.

Saya melihat bahawa keputusan dalam kes ini belum mampu memadamkan konflik yang berlaku, bahkan mungkin akan menambahkan kekusutan kepada masalah yang sedia ada.

Misalnya, pendirian mahkamah yang mengambil tafsiran yang sempit dalam menjelaskan peranan mahkamah Syariah adalah satu yang ganjil.

Konsep struktur asas Perlembagaan sepatutnya dilihat secara lebih luas dengan mengambilkira aspek sejarah dan unsur tradisi negara. Oleh yang demikian, mahkamah Syariah tidak sepatutnya dianggap sebagai satu entiti yang berada di luar institusi kehakiman, bahkan is adalah sebahagian dari institusi kehakiman itu sendiri. Jika ia ditafsirkan sebagai berada di luar institusi kehakiman dan pada kedudukan lebih rendah, maka secara tidak langsung ia adalah satu bentuk diskriminasi terhadap orang Islam yang tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah Syariah.

Namun, saya percaya perbahasan ini akan berlanjutan dalam tempoh yang lama. Penyelesaian terbaik ialah dengan menggerakkan usaha untuk mengharmonikan kedua-dua institusi mahkamah ini dengan tersusun dan berperingkat. Masalah konflik bidang kuasa ini akan reda jika kita mencantumkan mahkamah sivil dan mahkamah Syariah menjadi satu institusi yang tunggal dengan menjadikan prinsip Islam sebagai rujukan yang utama.



________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Angkat martabat Mahkamah Syariah melalui perundangan negeri


Oleh: Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar
29 Januari 2018


Keputusan Mahkamah Persekutuan pada hari ini amatlah menyedihkan kerana ia menyediakan ‘precedent’ yang anih  dalam isu ini di mana Mahkamah Persekutuan meminggirkan keputusan Mahkamah Persekutuan terdahulu di dalam kes Subahsini melawan Saravanan. Walaupun memang terjadi Mahkamah Persekutuan tidak mengikut prinsip mahkamah yang sama sebelum ini kerana ia tidak mengikat tetapi di dalam kes kepentingan awam seperti ini seharusnya mahkamah konsisten dengan keputusan mereka.

Walau apapun sebagai seorang warganegara kita perlu menerima keputusan ini kerana ia dibuat oleh mahkamah yang kompeten. Masyarakat Islam perlu menunggu kes yang lain untuk berhujah semula bagi mengenepikan penghakiman ini.

Saya mendesak semua kerajaan negeri agar meminda undang-undang tubuh masing masing dengan meletakkan penubuhan Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh sebagaimana yang terdapat dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Trengganu. Dengan cara itu mahkamah syariah akan dilihat sama taraf (at par) dengan mahkamah sivil. Saya juga mendesak semua undang-undang yang menghadkan mahkamah syariah hanya terhad kepada orang Islam sahaja dipinda dengan memberi kelonggaran kepada orang bukan Islam hadir sebagai pihak di mahkamah syariah. Dengan cara ini orang bukan Islam juga boleh mendapat keadilan di mahkamah syariah.

Begitu juga semua undang-undang mengenai pemelukan Islam perlu dikaji semula khususnya tatacara pemelukan Islam bagi kanak-kanak. Kanak-kanak yang tidak boleh bertutur lagi umpamanya tidaklah perlu mengucapkan syahadah bagi pemelukan Islam, cukuplah sekadar ibubapanya beragama Islam.

Saya juga khuatir penghakiman ini akan dijadikan alasan oleh pihak Kerajaan untuk memperkenalkan semula pindaan seksyen 88A kepada Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 yang telah ditolak oleh umat Islam arusperdana. Umat Islam perlu menunjukkan kesatuan bagi menolak sebarang usaha memperkenalkan semula seksyen 88A tersebut.


Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar adalah Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia

________________
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Persatuan Peguam Syarie Malaysia kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan?





Kami agak terkejut dengan Keputusan Mahkamah Persekutuan pada hari ini kerana membuat keputusan tidak lagi terikat keputusan yang pernah dibuat dalam kes R Subashini lwn T. Saravanan pada tahun 2007, dan membuat tafsiran bahawa perkataan ‘parent’ dalam Perkara 12 (4) Perlembagaan mesti dibaca secara majmuk bermaksud ibubapa bukan lagi ibu atau bapa. 

Keputusan itu juga jelas berbeza dengan pandangan jumhur ulama iaitu Mazhab Hanafi, Syafi'e dan Hambali yang berpandangan bahawa anak-anak adalah mengikut agama Islam sama ada yang memeluk itu ibu ataupun bapa. Ia juga berbeza dengan pandangan Imam Mazhab Maliki yang berpandangan anak-anak akan mengikut agama Islam sekiranya yang memeluk Islam itu ialah bapa, lantaran seorang anak dinasabkan kepada bapa dan bukannya ibu.

Keputusan mahkamah Persekutuan ini akan memberi kesan yang besar kepada kes-kes lain selepas ini. 

Walaubagaimanapun, anak-anak tersebut masih berhak memilih agamanya sendiri tanpa persetujuan ibubapa mereka setelah mereka mencapai umur 18 tahun sebagaimana kehendak peruntukan Seksyen 106 Akta Pentadbiran Agama Islam Negeri Perak 2004 dan Enakmen Pentadbiran Negeri-negeri lain. Mereka boleh hadir ke pejabat pendaftar muallaf untuk memeluk Islam dan mendaftarkan pengislaman tersebut sendiri mengikut kehendak Seksyen 96 Enakmen tersebut, tanpa perlu mendapatkan keizinan daripada ibubapa mereka.

Musa Awang
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia
29 Januari 2018.

________________
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Clement Chin Hina Islam Tahap 4 – UMMAH


Kuala Lumpur: “Individu ekstremis yang taksub Islamofobia seperti Clement Chin ini tidak sepatutnya dibiarkan berterusan untuk menghina Islam, Agama bagi Persekutuan dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera kerana jika terus dibiarkan ia akan menimbulkan ketegangan agama,” tegas Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), saudara Aminuddin Yahaya. 


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut kenyataan Clement Chin yang tular selepas mengatakan Al-Quran ialah kitab cetak rompak kisah-kisah sebelum Islam dan harapan Chin yang mahu wanita Muslimah dibenarkan untuk berkahwin dengan pasangan lelaki bukan Muslim. 

Menurut Aminuddin, perkara ini merupakan satu penghinaan tahap 4 terhadap Islam dan telah pun melanggar perlembagaan negara. 

“Ini bukan saja Islamofobia tapi anti-Islam dan sifat yang tidak bertanggungjawab serta membayangkan ada motif lain untuk meruntuhkan negara,” katanya. 

Ketika ditanya yang mana satu lebih utama, keamanan dan keharmonian berbilang kaum atau kebebasan bersuara dan berekspresi seseorang individu Aminuddin berkata, setiap kebebasan mesti ada batasannya. 

“Ia mesti dalam kerangka perlembagaan dan undang-undang negara dan jika langgar maka itu satu kesalahan,” katanya ketika dihubungi Menara.my di sini, semalam. 

Rata-rata netizen juga mempersoalkan patutkah rakyat juga dipersalahkan jika menuduh kerajaan khasnya pihak berkuasa seperti tidak endah dengan isu-isu yang berkaitan Islam, melihat kepada sikap tidak apa kes-kes seperti Clement Chin, Aminuddin menegaskan bahawa perkara inilah yang menjadi masalahnya. 

Jelas beliau, “Sudah terlalu banyak sangat isu yang kerajaan dilihat terlalu berlembut dan rakyat sudah mual dengan sikap ini.” 


“Hal ini juga akan menyebabkan rakyat membenci kerajaan dan menganggap kerajaan tidak peka dengan isu berkaitan agama Islam.” Ujar beliau, apa yang lebih dibimbangkan ialah rakyat akan mengambil tindakan sendiri akhirnya.



________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
© all rights reserved
made with by templateszoo