PRU14: Kenapa Parti PAN tiba-tiba resah? - 1Media.My

Header Ads

PRU14: Kenapa Parti PAN tiba-tiba resah?




Banyak pihak kini sedang memberikan tumpuan kepada persoalan bila Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan diadakan.Melihat kepada keterujaan pihak-pihak terlibat khususnya penggerak-penggerak parti politik dan situasi politik negara pada hari ini seolah-olah PRU14 akan berlaku dalam masa terdekat.

Sungguhpun begitu pada ketika semua parti-parti politik sedang bergerak kearah membina dan membentuk jentera masing-masing , parti serpihan PAS iaitu PAN nampaknya sedikit gelisah.Kegelisahan itu jauhberbeza dengan apa yang sedang berlaku dalam kem pembangkang
melibatkan parti PKR , DAP dan PPBM.

Berdasarkan kepada perkembangan politik terkini , pembangkang nampaknya tidak sabar-sabar lagi untuk berdepan dengan PRU14 dan semua itu disebabkan oleh 2 perkara.

  1. Impian untuk menjatuhkan Najib
  2. Menguasai Putrajaya seterusnya menubuhkan kerajaan
Disebabkan impian itulah kem pembangkang kini tidak lagi menoleh ke belakang malah mereka dengan rakus sedang membentuk gelombang politik pasca PRU14.Walaupun hakikatnya gelombang yang sedang dibentuk itu pincang dan songsang kerana hubungan bertaraf "muta'ah" sesama mereka.

Perlu kita fahami bahawa hubungan yang terbina antara parti-parti yang bersama dalam kem pembangkang itu bukanlah berlaku atas dasar prinsip tetapi dilakukan semata-mata kerana kebencian dan obses melampau kesemua mereka yang begitu memusuhi UMNO dan Barisan Nasional.

Justeru itu untuk merealisasikan impian menggunung memiliki Putrajaya, siapa jua yang dilihat mampu menyumbang sokongan kepada kem pembangkang akan ditatang bagai minyak yang penuh.Dan keadaan ini sedang berlaku apabila PPBM sudah berdiri dan duduk sama rendah dengan
PKR dan DAP.

Kehadiran Tun Mahathir, Muhyiddin dan ramai lagi yang bersama dengan PPBM dilihat oleh DAP sebagai peluang terbaik dalam usaha mereka memenangi hati orang Melayu.DAP tahu untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional mereka bukan sahaja memerlukan sokongan majoriti
orang-orang cina tetapi juga sokongan orang Melayu perlu dipecah-pecahkan agar Melayu terus bergolak sesama sendiri.

Walau bagaimanapun kelicikan DAP dalam tindakannya ini sudah dihidu oleh PAN ! Parti serpihan PAS pimpinan Mat Sabu ini melihat senario yang sedang berlaku dalam kem pembangkang sebenarnya tidak menguntungkan parti tersebut.

PAN tahu mereka telah 2 kali gagal (PRN Sarawak & PRK Kuala Kangsar) untuk membuktikan kepada DAP khususya bahawa kehadiran mereka bukan sahaja dirasai tetapi sebagai pengganti parti PAS yang kini tidak lagi bersama Pakatan Harapan.

Namun PAN bukan sahaja ditolak tetapi juga dimalukan hinggakan kehadiran mereka dalam kem pembangkang kini bolehlah diibaratkan sebagai hidup segan mati tak mahu.

Lim Guan Eng tahu PAN bukan lagi parti alternatif yang diterima oleh majoriti orang Melayu.PAN tidak akan mampu untuk menarik sokongan ramai dan kerana itulah PAN hanya dijadikan sebagai kuda tunggangan DAP dalam memenuhi jadual-jadual politik mereka.

Sasaran DAP hari ini lebih kepada mempergunakan PPBM !

Disebabkan itu maka PAN perlu segera merangka pelan tindakan sekurang-kurangnya tindakan yang dibuat itu mampu menjadi penyambung nyawa politik mereka bersama DAP.

Kegelisan akibat daripada senario inilah yang telah menyebabkan pimpinan PAN sudah mula hilang rasa malu dan mereka tidak lagi mampu memberikan tumpuan secara matang dalam berpolitik.

Kerana beliau tahu hubungan yang sedang berlaku diantara PAS dan UMNO walaupun tidak secara rasmi ianya mampu menggugat secara total peluang parti-parti dalam Pakatan Harapan untuk merampas Putrajaya.

Selain daripada itu PAN juga sedar, dengan kehadiran PPBM, parti itu hanyalah 'melukut ditepi gantang' dalam Pakatan Harapan , mereka tidak akan mampu bersuara selagi mana PAN tidak membuktikan kepada DAP kehadiran PAN diterima oleh rakyat (pengundi) Malaysia.

Bahkan ianya dilihat ada kena mengena dengan pembahagian kerusi khusus untuk menghadapi PRU14.

Mengambil kira situasi terkini, PAN sememangnya gelisah dan kegelisahan itu ada kena mengena dengan kehadiran PPBM yang banyak memberikan penumpuan terhadap kawasan-kawasan majoriti orang-orang Melayu khususnya di Seberang Perai Utara.

Sudah tentulah ianya melibatkan kawasan yang pernah ditandingi oleh wakil-wakil PKR dan PAS ditambah pula keadiran PPBM yang akan berusaha untuk mendapatkan tempat dikawasan-kawasan tertentu peluang untuk PAN meletakkan wakilnya tanpa berdepan dengan persaingan 3 penjuru mahupun persaingan sesama sendiri seperti mana yang pernah berlaku pada PRN Sarawak tempoh hari ada.

(Dipetik dari Penang Kini)