Header Ads

Resepi Asam Pedas Sawi Jeruk



Bahan-Bahan

3 - 4 keping ikan pari - bersihkan dan toskan
3 kelopak sawi jeruk
1 kuntum bunga lawang - belah menjadi 2 bahagian
3/4 cawan pes asam jawa
1 ikub ikan pati bilis - optional
2 senduk nasi cili kisar - boleh kurangkan bila tak suka pedas
1/2 camca teh serbuk lada hitam - tumbuk halus garam dan gula secukupnya
Air secukupnya

Bahan Kisar Halus
4 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia

Cara Membuat Asam Pedas Sawi Jeruk

1. Mula-mula potong ikan pari dengan saiz sederhana kemudian perap dengan jus limau nipis selama lebih kurang 20 minit. cuci sekali lagi hingga benar-benar bersih dan toskan. potong sawi jeruk menjadi bahagian kecil-kecil kemudian rendam dan ketepikan.

2. Panaskan 1/4 cawan minyak dalam periuk kemudian tumis bahan kisar halus hingga naik bau. kemudian masukan serbuk lada hitam bersama cili kisar. selepas tu kacau hingga rata dan naik bau (gunakan api kecil)

3. masukan 3 cawan air kacau dan biarka hingga air mendidih. kemudian masukan sawi jeruk yang sudah di toskan airnya dan diperah bersama ikan pari. masak sebentar dan masukan pes asam jawa.

4. masukan kiub ikan bilis dan bunga kantan. perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

5. akhir sekali, masak hingga ikan masak dan bila sudah masak bolehlah matikan api dan hidangkan bersama nasi panas-panas dan telur dadar. MMMMMMM SEDAP!
Jika korang suka kuah lebih korang boleh tambah sedikit air.