Header Ads

50 orang pelajar mrsm baling keracunan makanan

"makan nasi briyani dengan lauk daging masak hitam dan hanya minum air suam sebelum mengalami cirit-birit sebanyak 15 kali"

BALING: Seramai 50 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Baling mengalami keracunan makanan dipercayai selepas menikmati makanan tengah hari di kantin sekolah itu, di sini, semalam.
Semua pelajar berusia 13 hingga 18 tahun itu menikmati hidangan ayam goreng, daging masak hitam, sambal, nasi briyani dan nasi putih sebelum mengalami cirit-birit, muntah, loya dan pening pada jam 2.30 petang.
Seorang pelajar, Muhammad Aliff Md Fadel, 13, berkata dia makan nasi briyani dengan lauk daging masak hitam dan hanya minum air suam sebelum mengalami cirit-birit sebanyak 15 kali.