NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Keputusan PRK Cameron Highland: Satu Tinjauan


Untuk rekod,komposisi pengundi Cameron Highland: (M:33.5%, C:29.5%, I:15%, OA:22%)

Jumlah pengundi berdaftar: sekitar 32009

Jumlah keluar mengundi pada PRK CH kali ini: 22040 (Sekitar 68.79% dibandingkan sekitar 78.49% pd PRU 14)

Keputusan PRK Cameron Highland:
BN: 12038
PH: 8800
Lain2 (termasuk undi rosak): sekitar 1150

Analisis Ringkas dgn Membuat Perbandingan PRU-14 Parlimen Cameron Highland dengan PRK Cameron Highland, Januari 2019:

1. Undian Orang Asli solid kpd BN
2. Undian Melayu sekitar 80% kpd BN
3. Walaupun undian kpd PH meningkat sebanyak 1.5% (berdasarkan nisbah peratus keluar undi PRU 14),namun peningkatan peratusan undi kpd BN jauh lebih besar iaitu sebanyak 14%. Berdasarkan pemerhatian,ia disebabkan oleh beberapa faktor:
a) Undian daripada penyokong PAS meliputi 10-11% sekitar 2500 pengundi. Boleh dikatakan sebanyak 70% daripada pengundi PAS dlm PRU 14 telah memihak kpd BN dlm PRK kali ini.
b) Undian protes terhadap PH+undian pengundi atas pagar meliputi 4% sekitar 880 pengundi.

Dengan pelbagai penipuan dan fitnah yang dilakukan PH ketika fasa kempen seperti pemberian hamper pd malam akhir sblm hari pengundian,penggunaan jentera dan aset kerajaan,penyalahgunaan agensi kerajaan (Kementerian Kewangan) untuk berkempen dengan memburukkan imej kerajaan negeri Pahang,menaikkan papan tanda projek kerajaan PH,&mengurangkan tempoh masa mengundi di pusat-pusat pengundian DUN Jelai (kubu BN),PH masih tetap tidak mampu menewaskan BN dlm PRK kali ini.Justeru,kemenangan BN adalah kemenangan yg begitu signifikan hasil kekuatan sebenar pembangkang serta manifestasi suara rakyat terbanyak. Mereka - khususnya Melayu dan bumiputera - secara umumnya menolak PH atas faktor:
1. Penipuan PH terhadap janji2 palsu manifesto PRU 14
2. Ketidakseriusan PH dalam mempertahankan kedudukan Islam,serta hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

Kesimpulan Hasil Analisis

Dgn melihat kepentingan suara Islam dan kesatuan ummah ke arah kebaikan,maka kerjasama BN dan PAS adalah wajar.

-Alihanafiah,
-27/1/19,0023,Kg.Darul Hidayah,Hulu Langat,

JangankecamsayašŸ˜†*Keputusan PRK Cameron Highland: Satu Tinjauan*

Untuk rekod,komposisi pengundi Cameron Highland: (M:33.5%, C:29.5%, I:15%, OA:22%)

Jumlah pengundi berdaftar: sekitar 32009

Jumlah keluar mengundi pada PRK CH kali ini: 22040 (Sekitar 68.79% dibandingkan sekitar 78.49% pd PRU 14)

Keputusan PRK Cameron Highland:
BN: 12038
PH: 8800
Lain2 (termasuk undi rosak): sekitar 1150

*Analisis Ringkas dgn Membuat Perbandingan PRU-14 Parlimen Cameron Highland dengan PRK Cameron Highland, Januari 2019:*

1. Undian Orang Asli solid kpd BN
2. Undian Melayu sekitar 80% kpd BN
3. Walaupun undian kpd PH meningkat sebanyak 1.5% (berdasarkan nisbah peratus keluar undi PRU 14),namun peningkatan peratusan undi kpd BN jauh lebih besar iaitu sebanyak 14%. Berdasarkan pemerhatian,ia disebabkan oleh beberapa faktor:
a) Undian daripada penyokong PAS meliputi 10-11% sekitar 2500 pengundi. Boleh dikatakan sebanyak 70% daripada pengundi PAS dlm PRU 14 telah memihak kpd BN dlm PRK kali ini.
b) Undian protes terhadap PH+undian pengundi atas pagar meliputi 4% sekitar 880 pengundi.

Dengan pelbagai penipuan dan fitnah yang dilakukan PH ketika fasa kempen seperti pemberian hamper pd malam akhir sblm hari pengundian,penggunaan jentera dan aset kerajaan,penyalahgunaan agensi kerajaan (Kementerian Kewangan) untuk berkempen dengan memburukkan imej kerajaan negeri Pahang,menaikkan papan tanda projek kerajaan PH,&mengurangkan tempoh masa mengundi di pusat-pusat pengundian DUN Jelai (kubu BN),PH masih tetap tidak mampu menewaskan BN dlm PRK kali ini.Justeru,kemenangan BN adalah kemenangan yg begitu signifikan hasil kekuatan sebenar pembangkang serta manifestasi suara rakyat terbanyak. Mereka - khususnya Melayu dan bumiputera - secara umumnya menolak PH atas faktor:
1. Penipuan PH terhadap janji2 palsu manifesto PRU 14
2. Ketidakseriusan PH dalam mempertahankan kedudukan Islam,serta hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

Kesimpulan Hasil Analisis

Dgn melihat kepentingan suara Islam dan kesatuan ummah ke arah kebaikan,maka kerjasama BN dan PAS adalah wajar.

-Alihanafiah,
-27/1/19,0023,Kg.Darul Hidayah,Hulu Langat,

JangankecamsayašŸ˜†

SPR: BN Menang PRK Cameron Highlands

Calon BN, Ramli Mohd Nor diumumkan menang PRK Cameron Highlands dengan 12,038, manakala M Manogaran, 8,800 (PH); Bebas, Sallehudin Ab Talib, 314, dan Wong Seng Yee 283.

PRK Cameron Highlands: BN Menang(Tidak Rasmi)



PRK CAMERON HIGHLANDS | Keputusan tidak rasmi yang dipaparkan di pusat pengiraan undi menunjukkan calon BN, Ramli Mohd Nor memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Setakat pukul 6.52 petang, Ramli sudah meraih 11,320 undi, iaitu lebih separuh daripada kira-kira 22,000 yang keluar mengundi.

Calon Pakatan Harapan (PH) M Manogaran pula sekadar mendapat 6,942 undi.

Calon bebas Wong Seng Yee dan Sallehudin Ab Talib masing-masing mendapat 226 dan 295 undi.

Kemenangan ini merupakan yang pertama buat BN selepas pilihan raya umum ke-14 dan Ramli bakal menjadi Orang Asli yang pertama menjadi ahli parlimen.




Sumber: https://m.malaysiakini.com/news/461848

SAYNO2ZINA : Tahniah LPPKN


oleh: DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
1. Saya merakamkan ucapan tahniah dan menyatakan sokongan kepada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) atas penganjuran kempen SAYNO2ZINA sebagai usaha menangani kes kehamilan luar nikah dan pembuangan bayi yang semakin meningkat saban tahun.


2. Kempen ini adalah selari dengan tuntutan “Dan janganlah kamu menghampiri zina” (al-Isra’ : 32) dan semua agama juga melarang penganut agama masing-masing melakukan perbuatan yang keji ini. 

3. Larangan ini kerana perbuatan tersebut menatijahkan pelbagai keburukan kepada manusia seperti merosakkan nasab (keturunan), menyebabkan permusuhan, mencemarkan maruah dan menjadi punca penularan pelbagai penyakit serta menyamakan antara manusia dan binatang – iaitu tidak menjodohkan antara yang betina dengan yang jantan secara khusus (menerusi ikatan perkahwinan).

4. Bantahan beberapa NGO terhadap kempen ini dengan hujah seperti bahawa ia adalah “a conservative approach”, “she should be free to do so (explore her sexuality and express it)” dan “such messaging teaches young people to be ashamed of their sexuality” menunjukkan kejahilan mereka sendiri terhadap ajaran agama dan kejadian manusia serta memperlihatkan idea menolak orientasi pemikiran bertuhan yang juga merupakan rukun pertama dalam Rukun Negara.

5. Bantahan terhadap kempen SAYNO2ZINA ini juga sebenarnya bertujuan mempertahankan promosi ‘Safe Sex’ (seks selamat) yang digerakkan oleh kumpulan berfahaman liberal di negara ini sejak sebelum ini lagi. Promosi ‘Safe Sex’ ini bukan sahaja gagal menyelesaikan masalah kehamilan luar nikah dan pembuangan bayi, sebaliknya menggalakkan lagi penyakit sosial dalam masyarakat.

6. Jika suara kumpulan berfaham liberal ini terus mendapat tempat, tidak mustahil aktiviti 'seks selamat' nantinya turut akan dimasukkan dalam pendidikan seks yang mahu dikurikulumkan di negara ini.

7. Justeru, saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya orang-orang Islam supaya terus memberikan sokongan kepada kempen SAYNO2ZINA yang merupakan kesinambungan dan kemunculan semula kempen ‘Jauhi Zina’ yang telah dimulakan sejak lebih 10 tahun lalu.

Sekian.

“Islam Memimpin”

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI ialah  Ahli Parlimen Kuala Nerus

Tandas Rantau Abang terbaik di Asia Tenggara


RAKYAT Malaysia mungkin sering merungut tentang tahap kebersihan tandas awam di negara ini, tetapi berita ini mungkin boleh memberi sedikit harapan positif tentang penambahbaikan di masa hadapan.

Tandas awam Rantau Abang di Terengganu dinamakan Tandas Terbaik dalam kategori Asean Best Toilet Standard 2019 – 2021, bersempena dengan Forum Pelancongan Asean 2019 yang diadakan di Ha Long City, Vietnam baru-baru ini.

Tandas awam itu terletak di sebelah Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang, disifatkan memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk dipilih sebagai pemenang, iaitu bau yang wangi, bersih, mesra pengguna dan mempunyai landskap yang menarik.



Tandas ini memenuhi kriteria iaitu bau yang wangi, bersih, mesra pengguna dan mempunyai landskap yang menarik. - Facebook Majlis Perbandaran Dungun

Yang diPertua Majlis Perbandaran Dungun, Lizan Che Mat, menganggap pemilihan itu adalah satu kejayaan untuk penduduk Dungun keseluruhannya, lapor Bernama.

Pemilihan tandas itu bagaimanapun bukanlah satu kejutan kerana ia sememangnya sudah diberi penarafan lima bintang dan pernah menerima beberapa anugerah sebelum ini.

Turut tersenarai sebagai tandas terbersih ialah tandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tandas di restoran Foh San di Perak, tandas di Masjid Cina, Melaka dan tandas di Merdeka Plaza, Melaka.


Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tandas-rantau-abang-terbaik-di-asia-tenggara-196926

Perang Terbuka DAP-PAS?


Hanya dicuit sikit dengan hujah Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Syarhan Humaizi yang menyatakan Dap anti Islam, YB Teresa Kok dilihat kepanasan dengan kenyataan tersebut lebih-lebih lagi apabila YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Ketua Penerangan DPPM mengeluarkan 15 bukti bahawa Dap sememangnya anti Islam

Sehubungan dengan itu, YB Teresa Kok mengambil tindakan menyaman RM30 Juta ke atas Ustaz Syarhan Humaizi, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor.

Dewasa ini, Dap dilihat semakin galak menyerang PAS dalam banyak hal dan berani menunjukkan taring dalam takutnya mereka pada pemerintahan Islam. Tindakan ini tidak boleh kami berdiam diri dan sewajibnya kami pertahankan tatkala agama kami dihina.

Di sini, kami Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang dengan ini menyatakan pendirian kami bahawa kami berdiri teguh seteguh-teguhnya di belakang Ketua Pemuda kami walau apa jua, tanpa rasa ragu dan takut pada tindakan YB tersebut. Ingat, tatkala gelanggang sudah luas terbuka, kami sedikit pun tak ada rasa gentar untuk masuk ke dalamnya demi agama

Sejahtera Bersama Islam!

Ustaz Zaidi Al-Yamani
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS
Kawasan Subang
24 Januari 2019

__________

Media Statement of Subang Youth District Council

WE ARE READY TO STAND TALL!

The Selangor PAS Youth chief Ustaz Syarhan Humaizi has stated that the anti-Islam Dap, YB Teresa Kok, has been overheated by the statement, especially when YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, the DPPM Information Chief, issued 15 proof that Dap is indeed anti-Islam

In this regard, YB Teresa Kok took RM30 million to sue Ustaz Syarhan Humaizi, Selangor State PAS Youth Youth chief.

Today, Dap is increasingly attacking PAS in many ways and dare to show their fangs in their fear of Islamic rule. This action should not be silent and we should defend it when our religion is insulted.

We from Subang PAS Youth hereby stated that we stand strongly behind our Youth Chief whatever, without any doubt and fear of the YB's actions. Remember, when the court is open, we have no a bit of a sense of entrance into it for the sake of religion.

Prosperous With Islam!

Ustaz Zaidi Al-Yamani
Deputy Head of the Subang PAS Youth
January 24, 2019

KITTIS Sekolah Menengah Islam Swasta Cemerlang di Selangor.


Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT. Dengan izinNya jua institusi pendidikan yang diasaskan oleh mantan Exco Pendidikan PAS Selangor dan sebagai produk Yayasan Pendidikan Islam Selangor.

Dengan menghadapi pelbagai cabaran termasuk dana terhad tetapi dengan keyakinan kepada sistem pendidikan  Islam alhamdulillah pelbagai usaha dilakukan.

Alhamdulillah, Kolej Integrasi Tahfiz Ilmuwan Selangor, KITTIS maju langkah demi langkah. Terkini KITTIS dinobat sebagai Sekolah Menengah Islam Swasta Cemerlang di Selangor.

Terima kasih atas sokongan dan dokongan semua yang percaya kepada perjuangan kami. Syabas dan tahniah kepada semua guru dan warga KITTIS, PIBG dan ibubapa serta pelajar yang dikasihi semua.

Dr Halimah Ali
Pengasas KITTIS

PRK Cameron: Pilih Ramli, Orang Asli tak pernah jadi MP



PRK CAMERON | Bekas pengerusi BN Najib Razak menolak dakwaan mantan MP Cameron Highlands C Sivarraajh bahawa Pakatan Harapan memiliki kelebihan sokongan pengundi India pada pilihan raya kecil Sabtu ini.

Menurut bekas perdana menteri, rakyat akan tetap mengundi atas semangat BN tanpa mempedulikan samada Umno atau MIC yang bertanding.

"Tidak, saya fikir ahli ahli MIC pun merasakan ini semangat BN. Kalau Umno kuat, Umno boleh bantu MIC.

"Itu (sebab) kita tak ambil orang Melayu kita ambil Orang Asli sebab Orang Asli belum pernah jadi MP dalam sejarah Malaysia," katanya kepada pemberita ketika melawat Kampung Raja di Cameron Highlands.

BN meletakkan Ramli Mohd Nor, bekas pegawai kanan polis daripada suku Semai, sebagai calonnya menghadapi M Manogran daripada PH dan dua lagi calon bebas.

Najib mengulas Sivarraajh yang terdahulu memberitahu Malaysiakini bahawa pengundi India di Cameron Highlands terpecah kepada dua pihak yang menyokong PH dan BN dalam PRK ini.

"Tapi kekecewaan bahawa calon MIC tidak akan bertanding kali ini akan memberi HARAPAN kelebihan," katanya.

Bagaimanapun, naib presiden MIC juga mengakui meletakkan Ramli merupakan pilihan terbaik dalam keadaan sekarang ini.

Tarif air: Kenapa rakyat pula perlu berkorban, soal Khalid




Bekas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim mengecam tindakan seorang menteri Pakatan Harapan (PH) yang meminta rakyat mengasihani kerajaan berhubung keputusan menaikkan tarif air di negara ini.

Tegas Abdul Khalid, tindakan itu jelas memalukan terhadap PH yang dilihat sering kali melaungkan slogan kepedulian rakyat.

"Jika berita itu benar, ia agak memalukan apatah lagi kerajaan PH yang sentiasa melaungkan slogan kepedulian rakyat.

"Memang benar, anggota politik hendaklah pandai bercakap dan mengkritik tetapi kebolehan itu sahaja tidak cukup untuk mengurus sumber ekonomi dengan bijak," kata Abdul Khalid menerusi hantaran yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya, lewat petang tadi.

Abdul Khalid berkata demikian merujuk kenyataan Menteri Tanah, Air dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar bahawa rakyat perlu melihat keputusan menaikkan tarif air sebagai satu tanggungjawab dan mereka wajar menunjukkan rasa belas kasihan kepada kerajaan.

Menurut Xavier, ini kerana kos utiliti air yang ditanggung kini adalah sangat tinggi dan semua itu menggunakan peruntukan kerajaan selain menegaskan caj tarif air Malaysia masih merupakan antara yang paling terendah di rantau Asia Tenggara.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata negara tidak hanya memerlukan pemimpin yang bijak berkata-kata sebaliknya memerlukan komitmen yang tinggi dalam memastikan kehidupan rakyat dapat dibela.

Malah, kata Abdul Khalid kerajaan yang jujur akan meletakkan kepentingan rakyat dari awal perancangan dan bukannya hanya mengikut rentak dan telunjuk ahli korporat.

"Namun, jika ahli politik memilih untuk mengambil langkah sumbang, mengapa rakyat pula yang perlu berkorban dan bergolok bergadai? soal Abdul Khalid.

"Tanggungjawab tersebut memerlukan pemahaman serta komitmen untuk mengambil langkah-langkah bijak bagi memastikan rakyat mendapat pulangan terbaik," katanya.

Sultan Nazrin Timbalan Agong: Tiada lobi-melobi - Dewan Negara Perak


Keprihatinan serta rasa tanggungjawab Sultan Perak Sultan Nazrin Shah kepada rakyat sekali lagi diterjemahkan apabila baginda menawarkan diri sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Pemilihan semula Sultan Perak untuk jawatan tersebut yang mula dipegang pada 13 Dis 2016 dibuat dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara hari ini.

Mesyuarat tersebut turut menyaksikan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Anggota Dewan Negara Perak, Mohd Annuar Zaini berkata pemilihan Sultan Nazrin menunjukkan proses pemilihan pada mesyuarat tersebut berjalan dalam semangat ukhwah dan muhibah.

"Raja-raja menghormati penggiliran yang mana sekarang giliran Pahang untuk menjadi Agong, kemudian Raja-raja tawarkan jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong kepada Johor.

"Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tidak menawarkan diri, Sultan Perak bersedia menawarkan diri serta mengambil tanggungjawab sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong dan ia tidak dibantah oleh semua Sultan," katanya kepada Bernama di Ipoh hari ini.

Tambah Mohd Annuar, proses pemilihan yang teratur, tersusun, tertib dan beradab itu juga jelas mencerminkan bahawa Raja-Raja Melayu mempunyai pekerti yang tinggi selain turut mengutamakan rakyat.

"Tiada lobi melobi, tiada 'undermining' mengatakan orang itu bagus atau tidak, saling hormat menghormati untuk kebaikan rakyat dan negara," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkata pemilihan Sultan Abdullah dan Sultan Nazrin dapat meneruskan kesinambungan Sistem Raja Berperlembagaan di negara ini.

Dalam kenyataan ringkas, Ahmad Faizal berkata: "Kerajaan negeri mendoakan agar Sultan Abdullah terus dikurniakan keafiatan dan hidayah dalam menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16".

- Bernama

PRK Cameron Highlands: Pengundi dinasihat keluar awal pagi



Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands Sabtu ini dinasihatkan supaya merancang masa dan keluar pada awal pagi berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun berkata walaupun tempoh masa mengundi ditetapkan dari 8 pagi hingga 5.30 petang, pengundi dinasihatkan tidak memilih untuk keluar mengundi pada saat akhir.

"Ini berikutan keadaan cuaca tidak menentu dan hujan dijangka pada sebelah petang. Terdapat juga pusat mengundi ditutup lebih awal berikutan faktor logistik dan kedudukan geografi pusat berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, SPR menyeru kepada semua pengundi supaya keluar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada PRK itu Sabtu ini.

"SPR juga meminta para pengundi membuat semakan awal maklumat daftar memilih sebelum hari pengundian yang boleh disemak melalui portal rasmi SPR www.spr.gov.my, talian 03-88927018, atau melalui aplikasi MySPR Semak," katanya.

Azhar berkata pengundi yang telah mengetahui maklumat daftar pemilih tidak perlu menyemaknya di barung SPR, sebaliknya diminta mencatatkan maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan pemilih.

Beliau berkata pengundi disaran membawa catatan maklumat tersebut dan menunjukkannnya kepada Kerani Pengundian Pertama di saluran bagi memudahkan semakan nama dibuat dan membantu kelancaran proses pengundian.

"Mereka juga dinasihatkan untuk membawa kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri rasmi dan sah pada hari pengundian serta tidak menyerahkan kad pengenalan mereka kepada pihak lain selain petugas pilihan raya," katanya.

Azhar turut berkata berdasarkan daftar pemilih pada suku ketiga tahun 2018 yang dikemas kini sehingga 14 Dis lepas, jumlah pemilih layak mengundi biasa adalah seramai 31,749 orang.

"Bagaimanapun, daripada jumlah tersebut sebanyak 110 kertas undi pos telah dikeluarkan kepada pengundi layak bagi undi pos menjadikan mereka yang layak mengundi biasa Sabtu ini adalah 31,639 orang," katanya.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands adalah PRK kelima diadakan selepas PRU14 dengan yang pertama diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada 4 Ogos; DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 Sept); serta Parlimen Port Dickson (13 Okt).

PRK ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan M. Manogaran, bekas pesara Polis Diraja Malaysia Ramli Mohd Nor mewakili Barisan Nasional dan dua calon Bebas iaitu bekas pensyarah di Institut Aminuddin Baki Sallehudin Ab Talib dan petani Wong Seng Yee.

-- Bernama

Malaysia baru, perangai lama?



Reformasi, bina semula negara dan Malaysia baru. Itu antara ungkapan-ungkapan yang meniti dibibir pemimpin Pakatan Harapan (PH) sebelum dan selepas berjaya menumbangkan BN pada 9 Mei tahun lalu.

Pelbagai janji, tawaran ditabur membuatkan rakyat terpesona sehingga PH berjaya menumbangkan sebuah kerajaan yang bertapak di bumi Malaysia ini sejak lebih 60 tahun lalu.

Janji untuk membawa perubahan yang menyeluruh serta ingin membina semula negara telah berjaya "memikat" hati rakyat untuk berubah memberi peluang kepada PH menerajui negara.

Rakyat berarak di jalan raya, Dr Mahathir Mohamad disambut bagaikan wira ketika meraikan kemenangan penuh bermakna. Suara rakyat menjadi suara keramat.

Slogan perjuangan untuk rakyat, kerajaan rakyat menjadi kata-kata penuh bermakna. Besar juga harapan rakyat untuk melihat perubahan total Malaysia baru yang dicanangkan PH.

Hari ini kira-kira sembilan bulan PH menguasai negara, apa yang diimpikan rakyat masih belum tampak membuahkan hasilnya kecuali BN tumbang dan Najib Razak tidak lagi menjadi perdana menteri serta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sudah "dikebumikan".

Harga barang masih tinggi

Janji 100 hari manifesto gagal ditunaikan dan akhirnya ia bukan lagi "kitab suci" yang perlu dipatuhi. Harga barang masih lagi tinggi, kos sara hidup masih belum lagi turun dan banyak lagi janji-janji manis yang belum terlaksana.

Pembaharuan dalam urus tadbir negara yang diharapkan rakyat masih kabur, digelapkan lagi dengan tularnya video ketua hakim negara dan peguam negara terkinja-kinja menari dalam satu majlis.

Bak kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang umpama "kera kena belacan". Penularan video itu sedikit sebanyak menghakis kewibawaan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga undang-undang dan kehakiman negara.

Zaman BN, situasi sama pernah berlaku apabila peguam negara ketika itu, Mohamed Apandi Ali menari di khalayak ramai, berbondong-bondong kritikan dan tidak kurang juga ramai "pahlawan-pahlawan" PH tampil mendesaknya supaya melepaskan jawatan.

Begitu juga zaman BN apabila berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK) maka banyaklah program-program menteri akan diatur di kawasan terbabit, situasi sama juga berlaku di era PH.

Pelanggaran tatacara kempen dibiar

Bila berlaku PRK maka berduyun-duyunlah menteri-menteri turun untuk melawat sekolah, melawat balai polis, kem tentera dan sebagainya.

Pembaharuan sistem pilihan raya yang dijanjikan juga hanya sekadar sedap didengar, pelanggaran tatacara kempen masih berlaku dan 'dibiarkan' begitu saja.

Penggunaan kenderaan kerajaan ketika berkempen masih berlaku. Lebih parah lagi apabila kantoi timbalan menteri seakan mengamuk 'kebudak-budakan'.

Pemimpin-pemimpin politik masih lagi dilantik menerajui syarikat ataupun entiti berkaitan kerajaan, lebih parah lagi isteri dan anak dilantik menjadi ahli lembaga pengarah serta pengerusi agensi kerajaan.

Inikah Malaysia baru yang dibanggakan PH?

Sewaktu Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri, Khairy Jamaluddin menjadi sasaran pembangkang yang mendakwa menantu bekas perdana menteri itu mencampuri urusan hal ehwal kerajaan.

Begitu juga pada era Najib, isterinya Rosmah Mansor menjadi sasaran pembangkang. Pada ketika itu, Rosmah dicanangkan sebagai orang di belakang tabir pentadbiran Najib.

Hari ini pada era pentadbiran baru, PH melakukan perkara sama, malah ada yang lebih teruk jika dibandingkan dengan kerajaan BN.

Apakah menteri dan pemimpin PH fikir rakyat kini masih bodoh? Mudah dipermain-mainkan sesuka hati, jangan fikir begitu. Orang Asli di kawasan pedalaman juga ambil tahu hal ehwal pentadbiran negara.

Jangan pandang enteng pada suara rakyat suara keramat kerana kelak ia akan memakan diri.

Kuasa sementara

Tiada guna kerajaan baru dan apalah maknanya Malaysia baru jika perangai lama masih tidak mampu dikikis dan dibuang seperti mana pengharapan rakyat.

Pada era Malaysia baru rakyat bukan lagi penakut ataupun boleh disogok dengan gula-gula. Jangan main-main dengan kuasa rakyat.

Jika perangai kerajaan lama menjadi amalan kerajaan baru, maka siap sedialah untuk menjadi mangsa serangan ataupun 'troll bossku' yang bakal disambut oleh 'tentera bawang'.

Bekerjalah dengan sepenuh hati seikhlas mungkin seperti dijanjikan kepada rakyat kerana kuasa yang ada ketika ini hanyalah bersifat sementara.

Rakyat sedang memerhati.



HASPAIZI ZAIN ialah wartawan Malaysiakini.

Bantu Pesawah, Tingkatkan Industri Padi

TUAN CHE ALIAS BIN HAMID
Ahli Parlimen Kemaman

1. Kehidupan pesawah kian tersempit akibat peningkatan kos pengeluaran padi  dan pengurusan sawah setiap tahun di negara kita malah ada segelintir mereka terpaksa menanggung kerugian. Peningkatan kos ini merangkumi kos jentera, sewa tanah, kos buruh dan membeli baja, racun serta benih padi.

2. Selain itu, ancaman padi angin juga turut menyebabkan pendapatan pesawah terjejas dan sekali gus merugikan industri padi. Padi angin merupakan sejenis padi yang mudah relai dan akan gugur ke tanah sebelum sempat dituai hingga menyebabkan kehilangan hasil tanaman. 

3. Di samping itu, keluasan kawasan sawah yang saban berkurang akibat pembangunan, perniagaan komersial dan pembinaan jalan raya juga antara isu yang dibimbangi. Lebih-lebih lagi di Kedah-Perlis merupakan jelapang padi yang telah menyumbang 40 peratus pengeluaran beras negara turut terjejas. 

4. Jika masalah ini tidak diselesaikan dengan baik, pesawah yang rata-rata kategori B40 akan terus dibelenggu kemiskinan dengan kos sara hidup yang tinggi. Malah kedaulatan makanan negara boleh terjejas jika Malaysia terus bergantung kepada beras import apabila dilihat trend import beras meningkat tiga hingga lima peratus setahun.

5. Kerajaan digesa untuk membantu pesawah dari aspek kos pengeluaran padi dan pengurusan sawah bagi meringankan beban mereka sekali gus meningkatkan kualiti beras negara ini. Walaupun taraf hidup pesawah tidak banyak berubah biarpun diberikan bantuan dan subsidi, namun Kerajaan perlu melakukan kajian secara spesifik punca utama taraf hidup pesawah masih ditahap yang sama. 

6. Pihak Kerajaan perlu menyiasat kandungan benih padi, baja dan racun yang dibekalkan oleh anak syarikat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang telah menyebabkan berlakukan ancaman padi angin yang memberikan kerugian kepada pesawah. Jika berlaku ketirisan pada saluran benih padi dan baja yang tidak berkualiti, tindakan yang sewajarnya perlu segera diambil.

7. Selain itu, Kerajaan boleh teruskan penggunaan teknologi iaitu  Sistem Pengeluaran Clearfield (SPC) yang merupakan cara membendung padi angin. Jika Kerajaan tidak memandang serius isu ini dan enggan membantu pesawah, saya bimbang industri padi akan menjadi mundur pada masa akan datang sedangkan beras merupakan makanan ruji 32.4 juta rakyat Malaysia.


“Islam Memimpin”


'Raja Troll' sedia pertimbang berdebat dengan 'MenHEN'

Annabelle Lee

PRK CAMERON l Bekas perdana menteri Najib Razak berkata sedia mempertimbangkan untuk menerima cabaran supaya perdebatan secara terbuka diadakan antara dirinya dengan seteru politik sekian lamanya, Lim Kit Siang.

"Biarkan saya pertimbangkannya," katanya kepada Malaysiakini semasa berkempen di Pos Betau, Jelai, hari ini.

"Dia begitu obses dengan saya, masalahnya saya mahu berhubungan dengan orang ramai, bukan hanya berdepan satu orang sahaja."


Lim adalah pengkritik lantang Najib selama bertahun-tahun, terutamanya dalam skandal 1MDB, khususnya di alam maya.

Najib pula baru berjinak dengan media sosial dan hanya mendapat pengiktirafan dalam beberapa bulan kebelakangan dan mula popular dengan penampilan "bosku".

Beliau lazimnya agak sopan dan kata serta bahasanya terpelihara dengan baik. Namun sejak kekalahan BN pada pilihan raya umum Mei, tahun lalu, Najib mempunyai kecenderungan untuk mengkritik segala bidasan terhadap diri dan partinya dengan cara yang bukan sahaja agak pintar tetapi juga menghiburkan.

Terbaru, Najib melabelkan Lim sebagai "Menteri Hal-Ehwal Najib" atau singkatannya "MenHEN" kerana sikap pemimpin DAP itu yang sering memberi tumpuan kepadanya dan menjadikannya sebagai sasaran.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/461501

Bapa Adib harap inkues disegerakan



Bapa kepada anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, berharap prosiding inkues bagi menentukan punca kematian anaknya dapat disegerakan demi mendapatkan keadilan buat anggota keluarganya.

Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, berkata walaupun tidak mengetahui dengan mendalam mengenai inkues tersebut, tetapi beliau berharap pelaku jenayah yang menyebabkan kematian Muhammad Adib dapat dibawa ke muka pengadilan segera.

"Hari ini sudah 37 hari arwah meninggal, jadi saya harap prosiding inkues dan perbicaraan dapat berjalan dengan lancar," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Kedah di Alor Setar, hari ini.

Pada 18 Jan lalu, pengurusan kes inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba Muhammad Adib, 24, telah didengar di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan prosiding inkues dijalankan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad yang bersidang sebagai Koroner.

Terdahulu, Mohd Kassim bersama anggota keluarganya hadir ke majlis penyampaian anugerah, sumbangan, tahlil serta doa selamat yang diadakan khusus untuk arwah anaknya di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Kedah.

Mohd Kassim turut meluahkan rasa terharunya apabila Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah mahu menamakan dewan baharu di ibu pejabat tersebut sempena nama Muhammad Adib.

Sementara itu, Pemangku Pengarah JBPM Kedah, Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohd Zahar Abdullah berkata nama bagi dewan yang digunakan sejak dua bulan lalu itu diputuskan hasil cadangan dalam mesyuarat ketua-ketua bahagian dan ketua zon JBPM Kedah sebelum ini.

"Hari ini juga, kita telah menyerahkan wang sumbangan Tabung Wira Merah hasil kutipan dari 19 balai di negeri ini dan buat masa ini kita masih belum mendapat arahan menutup tabung tersebut.

"Sekiranya ada pihak yang masih mahu memberikan sumbangan, mereka boleh berbuat demikian dengan menghulurkan sumbangan ke nombor akaun Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia atau boleh ke balai-balai bomba di negeri ini," katanya.

Muhammad Adib, 24, yang merupakan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) JBPM Subang Jaya, parah selepas dipercayai diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lalu.

Allahyarham meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Dis tahun lalu dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid As-Saadah di Kampung Tebengau, Kuala Kedah.

- Bernama

Sultan Pahang dipilih Agong ke-16, Sultan Nazrin kekal Timbalan

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah hari ini dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Jan 2019.

Pemilihan Seri Paduka Baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara hari ini.

Baginda menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Jan lalu selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 13 Dis 2016.

Mesyuarat tersebut turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama, menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad hari ini.

-- BERNAMA

Sumber: http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1688198

Hutang Wajib Bayar, Janji Juga Wajib Ditunaikan


SETIU,23 Januari- Kerajaan diminta agar tidak hanya mengeluarkan kenyataan supaya rakyat menyelesaikan hutang malah mencari jalan bagi menunaikan manifesto yang dijanjikan bagi meringankan beban rakyat.

Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, sebelum ini, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menabur janji akan menghapuskan hutang peneroka dalam tempoh 100 hari pemerintahan namun begitu, ianya tidak dilaksanakan disebabkan oleh alasan kedudukan kewangan.

"Rakyat telah jemu mendengar permasalahan berkaitan dengan hutang sebaliknya rakyat meminta kerajaan menunaikan janji.

"Kerajaan PH telah mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan menghapuskan semua hutang peneroka felda, malah mereka yang berhutang wajib membayar hutang," ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkenaan hutang wajib dibayar seolah-olah mencerminkan kerajaan tidak sedar bahawa janji juga patut ditunaikan.

"Nasib peneroka felda tidak hanya dibebani dengan hutang penanaman semula sawit, mereka juga dibebani dengan harga komoditi sawit yang semakin menjunam.

"Sehingga hari ini, harga komoditi sawit jatuh daripada kira-kira RM 2,400 setan kepada RM 2,057 setan disebabkan oleh penurunan permintaan getah Malaysia," ujarnya.

Haris Fadzilah dilantik CEO FGV


KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings Berhad mengumumkan pelantikan Datuk Haris Fadzilah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu.

Dalam pengumuman kepada Bursa Malaysia, syarikat berkenaan turut memaklumkan pelantikan itu berkuatkuasa serta-merta.

Haris menggantikan Datuk Azhar Abdul Hamid yang sebelum ini menjadi CEO interim FGV.

Walaubagaimana pun, Azhar kekal sebagai pengerusi FGV.

Sebelum ini, beliau merupakan Pengarah Pengurusan Tanah dan Komersial Transit Aliran Massa (MRT) Corp Sdn. Bhd.

Beliau merupakan graduan Universiti Miami dan pernah menjawat jawatan penting dalam sektor minyak dan gas, automotif serta perladangan.

Pengalaman luas selama 28 tahun beliau juga merentasi syarikat Petronas, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), Sime Darby dan MRT Corp.

Cabaran utama Haris dijangka untuk memulihkan kembali FGV melalui pelan penstrukturan syarikat bagi menangani kerugian RM850 juta setakat September 2018.

Dalam pengumuman itu, FGV turut mengalu-alukan tiga pengurusan tertinggi iaitu Datuk Mohd Hairul Abdul Hamid, Mazri Abdul Rahim dan Dr. Christina Ooi Su Siang.

Mazri menyertai FGV sebagai Ketua Pegawai Sumber Manusia pada 19 November 2018 lalu sementara Mohd Hairul pula dilantik Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (2 Januari 2019) sementara Dr. Christina memegang jawatan Ketua Pegawai Perolehan (15 Januari 2019).

"Bagi pihak ahli lembaga pengarah, saya mengalu-alukan penyertaan ahli baharu dalam pasukan pengurusan FGV. Penyertaan mereka bersama dengan pelbagai kemahiran dan pengalaman selain keupayaan yang diperlukan dalam pengurusan," kata Azhar.

Alergi Dengan Melayu & Islam, Lim Kit Siang Cipta Pembohongan



oleh: DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI

1. Lim Kit Siang (LKS) sangat alergi dengan agenda menyatukan orang-orang Melayu dan memartabatkan Islam. Jika dibiarkan alergi ini tanpa dirawat, LKS dan DAP boleh mati kerananya. 

2. Dia sangat tahu akan bahaya alergi ini terhadap kesinambungan hayat politik diri dan partinya kerana dia sudah menghidapinya sejak lama dahulu lagi. Putusnya hubungan PAS dengan DAP selama ini pun kerana alergi ini. Sebab itu LKS mahu DAP hanya berkawan dengan parti-parti yang tiada atau tidak kuat aspirasinya untuk menyatukan orang-orang Melayu dan memartabatkan Islam sahaja.

3. Menjelang semakin dekatnya hari membuang undi PRK Cameron Highland yang menyerlahkan lagi agenda Melayu dan Islam ini menerusi kerjasama PAS dan BN, LKS tiada pilihan selain mencipta pembohongan demi merawat alergi yang sedang dihadapinya. 

4. Namun, nampak hodoh dan bodoh betul pembohongan LKS yang mengatakan bahawa Presiden PAS pernah merayu untuk menjadi calon Perdana Menteri. LKS seumpama merawat sakitnya dengan mengambil ubat tanpa nasihat daripada doktor dan ahli farmasi; ataupun, yang memberikan nasihat itu kepadanya juga orang yang rendah ‘intelligence quotient’nya.

5. Semua orang tahu DS Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang bukannya jenis orang yang kemarukkan kuasa. Sangat dimuliakan dan dihormati oleh ahli-ahli parti sendiri pun beliau sudah kurang selesa, apatah lagi untuk meminta-minta menduduki kerusi nombor satu dalam kerajaan yang tidak selari dengan etika Islam. Apabila tokoh lain mencadangkan nama beliau sebagai calon Perdana Menteri pun beliau menolaknya kerana lebih mahu ke laut menjadi nelayan. 

6. Walaupun ramai orang dan banyak pihak mengakui akan kelayakan dan kemampuan beliau, namun begitulah sikap beliau terhadap jawatan selari dengan prinsip Islam dalam hal ini. Itulah rendah dirinya manusia yang sangat dibenci LKS dan DAP ini. 

7. PAS bersedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja sama ada dengan UMNO atau DAP, asalkan dasar, tujuan dan usaha-usaha PAS seperti yang termaktub dalam perlembagaannya dihormati. Asas kerjasama ini adalah sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t., “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan” (Al-Maaidah : 2). Bekerjasamanya PAS dengan DAP sebelum ini atas dasar kesediaan DAP menerima aspirasi politik Islam yang dibawa PAS. Berpecahnya PAS dengan DAP kerana DAP menolak dan menentang aspirasi itu. 

8. Demikianlah juga kerjasama PAS dengan UMNO. Pernah bersama pada 70 an atas semangat perpaduan Islam dan sekarang kembali bersama pasca kejatuhan UMNO lalu menjadi pembangkang atas semangat yang sama. Oleh kerana DAP alergi sangat dengan agenda Melayu dan Islam, selama itulah LKS dan DAP akan terus bermusuhan terhadap PAS.



Sekian.

“Islam Memimpin”
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus

Malangnya Malaysia, semua mahu dibaratkan: Ridhuan Tee



Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 17 Jamadilawal 1440H, Rabu – "Hanya kerana mahukan nilai antarabangsa, jati diri dan identiti tergadai. Malang sungguh Malaysia, semua mahu diputih atau dibaratkan, kononnya jika diletakkan nama Melayu tidak ke mana-mana."

Demikian sindir Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah berhubung isu iklan hidangan stik babi dalam majalah penerbangan Malaysia Airlines (MAS) Going Places, edisi Januari 2019, yang didakwa tidak menjaga sensiviti umat Islam.

Walaupun syarikat penerbangan milik kerajaan itu sudah memohon maaf, tetapi katanya, isu mempromosi makanan babi ini sudah lama, bukan perkara baharu.

"Kenapa tidak belajar daripada negara jiran seperti Thailand. Majalah penerbangan mereka, Thai Airways, Sawasdee sangat kental identiti dan jati dirinya. Sebaliknya, kita korbankan jati diri negara kerana mahu kejar tahap 'international'.

"Masuk sahaja ke dalam Thai Airways sudah rasa macam berada di negara Siam. Mereka alu-alukan kita dengan ucapan Sawasdee. bukan macam penerbangan tambang murah kita, sudahlah pakaian pramugarinya sangat seksi, ucapan salam dan bismillah dan alhamdulillah, sebagai tanda kesyukuran langsung tidak didengari," katanya.

Justeru, Ridhuan Tee meminta semua majalah penerbangan milik negara menilai kembali isi kandungan yang dipaparkan.

"Pernah suatu ketika saya menegur melalui majalah Firefly kerana pengarang yang menulis rencana mengenai hari raya puasa adalah bukan Islam. Cara rencana itu ditulis memperlihatkan pengarang tersebut langsung tidak faham apa itu hari raya puasa.

"Pada mereka hari puasa adalah pesta-pestaaan. Mereka langsung tidak tahu bahawa perayaan hari raya uasa itu adalah ibadat," katanya.

Pada masa sama, Ridhuan Tee turut memohon Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyemak semua majalah penerbangan dalam negara, terutama perkara berkaitan Islam dan sensitiviti orang Islam

"Saya tertanya-tanya, bila lagi nak menggunakan bahasa Melayu dalam majalah mereka. Saya lihat hampir seratus peratus bahasa Inggeris. Jika adapun dalam bahasa Melayu, cuma terselit semuka dua. Paling kurang buatlah dwi bahasa. Barulah nama rakyat Malaysia," katanya.


Apa sebenarnya status ECRL?




Oleh: YB. HAJI AHMAD AMZAD BIN HASHIM


Saya ingin meminta penjelasan daripada Kementerian Kewangan berhubung status terkini projek East Cost Railway Link (ECRL) yang dianggarkan bernilai RM 81 bilion. Berdasarkan notis yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada 3 Julai 2018, pihak kontraktor China Communications Construction Co Ltd (CCCC) telah diarahkan untuk menghentikan projek berkenaan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. 

Namun, pada 18 Januari 2019, pihak The Edge telah melaporkan berita bertajuk, “EPCC contract with CCCC for ECRL project terminated – source”. Media tersebut telah memetik satu sumber tidak dinamakan yang mendakwa pihak kerajaan telah membatalkan kontrak ‘engineering, procurement, construction and commissioning (EPCC) dengan pihak CCCC. 

Semalam dan hari ini, media Singapura The Straits Times pula melaporkan berita bertajuk, “KL scraps ECRL deal with China firm, seeks replacement’. Pada masa yang sama, Tun Daim Zainuddin pula mengatakan Malaysia masih berunding dengan China dan akan memuktamadkan perbincangan dalam masa terdekat. Perkara ini menunjukkan ketidaktentuan projek ECRL dan berita penting mengenainya telah dilaporkan terlebih dahulu oleh media Singapura berdasarkan sumber yang tidak dinamakan. 

Rakyat Malaysia perlu tahu apakah status sebenar projek berkenaan. Kerajaan tidak menyatakan secara jelas sehingga ia menyulitkan pelbagai pihak. Masalah utama yang dihadapi oleh kerajaan adalah polisi-polisi yang tidak jelas, sering melakukan pusingan-u dan tiada keselarasan. Masalah ini akan mempengaruhi sentimen bisnes dan pelabur dan ia akan menjejasakan pertumbuhan ekonomi negara. 


Sekian 

YB. HAJI AHMAD AMZAD BIN HASHIM ialah Ahli Parlimen Kuala Terengganu


PAS: Kelantan dibuli. Mengapa Putrajaya tak saman Sabah, Sarawak?



CAMERON HIGHLANDS: Putrajaya dilihat membuli kerajaan Kelantan yang ditadbir PAS jika ia enggan menyaman kerajaan Sabah dan Sarawak dalam isu pencerobohan tanah adat, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan presiden PAS berkata Putrajaya perlu membuktikan tindakan saman bukan sempena pilihan raya kecil Cameron Highlands, dengan mengambil tindakan terhadap kerajaan negeri lain yang pernah dituduh menyalahi hak tanah adat, seperti Sabah dan Sarawak.

"Peguam negara tidak boleh ambil pendirian berkonfrontasi dengan kerajaan-kerajaan negeri yang bukan bersama Pakatan Harapan. Mereka harus lihat semua negeri," katanya kepada FMT.

Beliau menambah kerajaan persekutuan sebenarnya boleh mendapatkan penjelasan undang-undang tentang isu tanah Orang Asli menerusi penasihat undang-undang negeri.

"Kelantan sudah wartakan kawasan rayau Orang Asli, dan tanah-tanah sekitarnya milik kerajaan negeri, jadi tidak timbul soal ceroboh," katanya.

"Saya pelik sebab kita ada penasihat undang-undang negeri dan jika ada apa-apa isu boleh bincang dengan peguam negara."

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/01/23/pas-kelantan-dibuli-kalau-putrajaya-tak-saman-sabah-sarawak/

Hadi: Saya tidak pernah minta jadi PM, Kit Siang ‘tinggi andaian’


KUALA LUMPUR, 23 Jan — Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyifatkan Lim Kit Siang “tinggi andaian” selepas mendakwa tokoh PAS itu memminta sokongan untuk jadi perdana menteri.

Menafikan dakwaan tokoh DAP itu, presiden parti Islam berkata PAS “tidak pernah” berbuat demikian, apatah lagi memanggil diri sebagai “perdana menteri menanti”.

"Seingat saya PAS tidak pernah mencalonkan diri untuk menjadi perdana menteri, atau menggelarkan diri sebagai perdana menteri menanti," coret Abdul Hadi di Facebook hari ini.

“Mungkin saudara Lim lebih kuat ingatannya, atau lebih tinggi andaiannya.” 

Lim semalam mendakwa PAS terus menyerang DAP ekoran parti itu enggan menyokong Hadi sebagai calon perdana menteri untuk Pakatan Rakyat sebelum pilihan raya umum 2013.

Wakil rakyat Iskandar Puteri berkata PAS ketika itu menghantar pimpinannya bagi membincangkan isu itu atas alasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini presiden PKR, dianggap tidak sesuai.

Sumber: https://www.projekmm.com/news/berita/2019/01/23/hadi-saya-tidak-pernah-minta-jadi-pm-kit-siang-tinggi-andaian/

Tun Mahathir nafi wujud bibit perpecahan dalam PH


.
Tun Mahathir nafi wujud bibit perpecahan dalam PH

Dr Mahathir beramah mesra bersama diaspora Malaysia yang menetap di Austria dan Republik Slovak di Vienna, 22 Jan, 2019. --fotoBERNAMA
VIENNA: Wujud perbezaan pendapat antara parti dalam Pakatan Harapan (PH) namun semuanya bekerja bersama, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia sebagai menafikan bahawa ada bibit perpecahan dalam kalangan empat parti itu - PKR, DAP, Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Amanah Negara (Amanah) - sepertimana desas-desus yang tersebar akhir-akhir ini.

“Kami ada empat parti yang utama dan sama kuat dalam PH.

“Ada ketikanya kami berbeza pendapat tetapi kami berjaya mencapai konsensus dalam beberapa isu,” katanya bagi menjawab persoalan yang diajukan semasa sesi dialog bersama diaspora Malaysia yang menetap di Austria dan Republik Slovak di sini pada Isnin.

Beliau turut diajukan soalan mengenai perihal rasuah negara, di mana Dr Mahathir menegaskan bahawa kerajaan pimpinannya sedang berusaha keras untuk mengatasinya.

Katanya, jawatankuasa telah dibentuk dan bertemu setiap bulan untuk membuat penilaian terhadap keberkesanan setiap langkah yang diambil, mengesan kelompongan dan bagaimana untuk memperbaikinya.

“Ketika ini tiada siapa mengatakan pentadbiran sekarang adalah korup.

“Saya tidak juga boleh mengatakan bahawa akan datang ia akan kekal bersih, namun ketika ini rakyat mengatakan bahawa kami tidak korup,” katanya.

Pertemuan dengan kira-kira 100 orang rakyat Malaysia yang hadir ke majlis tersebut mengakhiri jadual kerja hari kedua Perdana Menteri yang berakhir pada Selasa.

Kepada satu soalan lain, Dr Mahathir berkata tenaga nuklear tidak akan menjadi sumber tenaga bagi Malaysia sehingga pakar dan sains mencari penyelesaian dalam merawat sisa nuklear dan membalikkan proses pengekstrakan radiasi supaya ia tidak menjejaskan kesihatan manusia.

Katanya, sisa yang dijana oleh nuklear adalah berbahaya dan cuba menyingkirkannya adalah satu masalah.

Dr Mahathir berkata pada satu ketika, Malaysia menjual 'amang', hasil sampingan daripada industri perlombongan timah kepada Jepun, yang menggunakan kuasa radioaktif produk itu untuk industri televisyen berwarna negara itu.

"Tetapi kini TV semuanya LED dan mereka (Jepun) tidak lagi menggunakan bahan itu. Bahan tersebut berbahaya dan kami mempunyai perdebatan yang panjang dengan syarikat Jepun dan akhirnya kami telah menyediakan tanah seluas satu batu persegi untuk menanam sisa itu," katanya.
.

Operasi angkat kereta terhumban dari Jambatan Pulau Pinang ke laut bersambung






GEORGE TOWN: Operasi membawa keluar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terhumban ke laut selepas terbabit dalam kemalangan di KM4 Jambatan Pulau Pinang disambung semula 7 pagi tadi.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1, ACP Rosman Ismail berkata bot bersama anggota penyelamat dan penyelam berada di lokasi penemuan Mazda CX5 itu seawal 7 pagi bagi melihat keadaan di laut untuk proses membawa naik kenderaan itu.

"Kerja-kerja mengangkat kereta itu dari dasar laut akan bermula 9 pagi kerana pihak PLUS (Plus Malaysia Berhad) menasihatkan proses berkenaan bermula lewat sedikit bagi mengelakkan kesesakan di atas jambatan, berikutan hari ini adalah hari bekerja.

"Sebahagian jalan di kawasan KM4 Jambatan Pulau Pinang dari bahagian pulau ke Perai akan ditutup bagi membolehkan kren menjalankan kerja-kerja mengangkat kereta Mazda CX5 dibuat," katanya kepada Bernama hari ini.

Sehubungan itu, katanya, pengguna jalan raya di Jambatan Pulau Pinang diminta mematuhi arahan anggota polis bertugas bagi melancarkan perjalanan di atas jambatan itu.

Rosman berkata, operasi hari ini mungkin lebih mudah dan tidak mengambil masa lama kerana pasukan penyelamat berjaya mengesan kedudukan SUV itu yang berada 15m dari lokasi ia terhumban ke laut berkedalaman kira-kira 15m.

"Cuma semalam pasukan penyelamat menghadapi beberapa kesukaran kerana keadaan arus kuat dan jarak penglihatan di dasar laut terhad berikutan hari semakin gelap. Kami harap hari ini semua (usaha mengangkat kenderaan itu) berjalan lancar."

SUV itu dipandu penuntut kolej swasta, Moey Yun Peng, 20, selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta pada 2.54 pagi Isnin.

Kenderaan itu ditemui 4 petang semalam di Tiang 34 Jambatan Pulau Pinang sebelum sebuah kren berkapasiti tinggi tiba di lokasi kejadian kira-kira 5.45 petang untuk memulakan usaha membawa keluar kenderaan itu dari dasar laut.

- Bernama

#JUSTICE_WAY_FORWARD


Oleh: Dato’ Haji Zainul Rijal - PPMM

Isu Ketua Hakim, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Peguam Negara, Menteri Undang-Undang dan Peguam Persendirian menari sepentas.

1. Saya dimaklumkan insiden yang tular di atas berlaku di Kota Kinabalu Sabah di majlis makan malam Opening of Legal Year (OLY) peringkat Sabah dan Sarawak. Video-video yang dapat diakses oleh saya menunjukkan penjawat-penjawat awam di atas bersama beberapa orang lain lagi menari sepentas semasa majlis makan malam tersebut.

2. OLY di Sabah dan Sarawak telah diadakan sejak dari 2001 lagi. Di Peringkat Persekutuan OLY juga diadakan. Kebiasaannya pada malam hari disusuli dengan majlis makan malam dihadiri oleh dif-dif kenamaan. Saya difahamkan majlis makan malam tidak diadakan di peringkat Persekutuan pada tahun ini. Dalam majlis makan malam OLY Sabah dan Sarawak tersebut diadakan persembahan oleh pegawai dan peserta dari setiap bahagian yang hadir. Persembahan pula adalah pelbagai termasuk nyanyian dan tarian.

3. Adalah khilaf jika dikatakan disebabkan pertukaran Kerajaan Persekutuan acara ini diadakan kerana ia telah lama diadakan di Sabah dan Sarawak iaitu sejak 2001. Tuan rumah acara ini digilirkan mengikut rundingan bersama di Sabah dan Sarawak.

4. Dalam acara OLY 2019 ini setiap stesen mengadakan persembahan dan insiden yang berlaku adalah semasa persembahan tuan rumah. Majlis makan malam pula adalah norma lazim diadakan setiap tahun oleh badan kehakiman dan guaman sejak sekian lama.

5. Saya dimaklumkan beberapa dif kehormat termasuk Ketua Hakim, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Peguam Negara dan Menteri Undang-Undang dijemput ke pentas untuk menjayakan bersama persembahan tuan rumah namun dikatakan tidak semua yang berada di pentas dijemput oleh penganjur ke pentas.

6. Manakala yang di bawah pentas pula menari tarian tradisional yang dinamakan ‘manuk-manuk’ dimana tarian dilakukan dengan berbaris dan mengelilingi dewan.

7. Pada pandangan saya tidak menjadi kesalahan bagi pihak penganjur menganjurkan OLY 2019 dengan persembahan dari setiap bahagian bagi memeriahkan makan malam tersebut. Hal yang demikian adalah lazim dilakukan khususnya di Sabah dan Sarawak. Apatah lagi hanya yang dijemput sahaja yang hadir ke majlis berkenaan.

8. Bagi saya isunya bukanlah majlis makan malam dan persembahan yang diadakan itu tetapi persoalan mengapa individu-individu tertinggi badan kehakiman turut serta menari dan kelihatan bermesra dengan cabang kerajaan yang lain serta peguam persendirian yang seolah-olah memberi isyarat keakraban hubungan mereka sehingga mungkin boleh menjejaskan keadilan.

9. Saya mendesak Ketua Hakim Negara, Hakim Besar Sabah dan Sarawak dan Peguam Negara menjelaskan kenapa mereka naik ke pentas dalam majlis rasmi seperti ini menari bersama sedangkan di pentas tersebut terdapat Menteri Persekutuan, Peguam Negara, peguam-peguam persendirian yang akan menimbulkan tohmah kepada institusi yang sedang mereka ketuai. Walaupun mereka dijemput ke pentas, bagi memelihara kesucian institusi yang mereka ketuai, sewajarnya mereka menolak jemputan tersebut kerana menimbulkan fitnah.

10. Suatu keadilan bukan hanya perlu dilakukan tetapi mesti juga dilihat dilakukan.

11. Oleh itu jika kelihatan Hakim-Hakim sangat mesra menari bersama peguam di pentas yang sama ia akan menimbulkan syak wasangka di kalangan orang awam.

12. Untuk penjelasan saya lampirkan di bawah ini sebahagian daripada Kod Etika Hakim 2009 

Kewajipan mematuhi Kod

4. (1) Seseorang hakim hendaklah mematuhi peruntukan-peruntukan yang ditetapkan dalam Kod ini.

(2) Pelanggaran mana-mana peruntukan yang ditetapkan dalam Kod ini boleh menyebabkan seseorang hakim dikenakan tindakan tatatertib mengikut peruntukan Kod ini.

Mendukung integriti dan kebebasan badan kehakiman

5. Seseorang hakim hendaklah menjalankan fungsi kehakiman dengan bebas berdasarkan penilaian tentang fakta dan mengikut pemahamannya tentang undang-undang, bebas daripada apa-apa pengaruh luar, dorongan, tekanan, ancaman atau gangguan, secara langsung atau tidak langsung daripada mana-mana pihak atau bagi apa-apa sebab.

Mengelakkan ketidaksopanan dan gambaran ketidaksopanan dalam semua aktiviti kehakiman

6. (1) Seseorang hakim hendaklah pada setiap masa, berkelakuan mengikut cara yang menggalakkan integriti dan kesaksamaan badan kehakiman.

(2) Seseorang hakim tidak boleh :-

(a) membenarkan apa-apa hubungan mempengaruhi kelakuan kehakiman atau penghakimannya

Dalam melaksanakan tugas-tugas kehakiman dengan adil dan cekap

7 (8) Seseorang hakim tidak boleh berkelakuan mengikut cara yang tidak wajar sebagai seorang hakim atau yang boleh membawa atau dikira akan membawa nama buruk kepada jawatannya sebagai seorang hakim.

Dalam bab mengurangkan risiko percanggahan dengan tanggungjawab kehakiman hakim semasa menjalankan aktivitu luar kehakiman

8. (1) Seseorang hakim hendaklah memastikan bahawa semua aktiviti luar kehakimannya tidak: –

(a) menimbulkan keraguan yang munasabah tentang keupayaan untuk bertindak dengan saksama sebagai seorang hakim;

(2) Seseorang hakim hendaklah mengelakkan hubungan rapat dengan anggota profesional perundangan secara individu, khususnya mereka yang menjalankan amalan di dalam mahkamah hakim itu, jika hubungan sedemikian mungkin menimbulkan syak atau tanggapan pilih kasih yang munasabah

(7) Seseorang hakim tidak boleh berkelakuan dengan cara yang boleh membawa nama buruk kepada jawatannya sebagai seorang hakim.

13. Adalah sangat jelas ketiga-tiga cabang iaitu Kehakiman (Ketua Hakim, Hakim Besar Sabah dan Sarawak dan beberapa hakim lain) Executive (Menteri Undang-Undang) dan Legislatif (Peguam Negara yang menggubal undang-undang) ditambah pula dengan beberapa Peguam Persendirian menari dengan gembira berkongsi satu pentas bersama menimbulkan pelbagai tohmahan kepada pihak kehakiman. Persoalan juga timbul adakah insiden ini memberi isyarat prinsip pengasingan kuasa yang sekian lama diamalkan sudah pudar atau tidak lagi dipentingkan.

14. Walaupun pelanggaran etika seorang hakim mesti diadukan kepada Ketua Hakim pelanggaran etika Ketua Hakim mestilah diadukan kepadas Yang Di Pertuan Agong kerana Yang Di Pertuan Agong melantik Ketua Hakim. 

15. Saya juga sedar terdapat beberapa kalangan daripada peguam dan badan eksekutif yang mempertahankan insiden tersebut dengan pelbagai alasan termasuk menjadi norma lazim para peguam dan hakim mengadakan majlis makan malam dan berdansa, tidak menimbulkan sebarang wasangka serta tiada perlanggaran etika. Jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut ini ialah dengan merujuk kepada Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan.

16. Oleh yang demikian aduan perlulah dibuat kepada Perdana Menteri agar membuat representasi kepada Yang Di Pertuan Agong menurut Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan terhadap Ketua Hakim dan kepada Ketua Hakim bagi Hakim-Hakim Yang lain mengikut etika berkenaan jika Perdana Menteri berfikir hakim-hakim tersebut wajar dipecat, sekiranya tidak tindakan lain menurut undang-undang perlu diambil. Walau bagaimanapun ketua hakim tidak boleh menghakimi aduan tersebut kerana beliau bersama-sama di dalam majlis berkenaan.

17. Yang Di Pertuan Agong boleh menubuhkan suatu tribunal jika suatu representasi dibuat oleh Perdana Menteri bagi memecat Hakim yang melanggar etika atau suatu tindakan menurut undang-undang juga boleh diambil sekiranya pemecatan bukanlah suatu yang wajar akibat perlanggaran etika kehakiman atau tidak, insiden yang ditularkan ini, mengikut Perkara 125 tersebut.

Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar ialah Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia

2019: 19 Hari, 19 Kerosakan Malaysia Baharu?


Oleh: Syahir Sulaiman

Saban hari kita dihidangkan dengan berita ekonomi, sosial dan politik yang tidak menyenangkan, antaranya:

1. Penurunan harga minyak ditangguhkan, berubah setiap minggu.


2. Harga barangan dan makanan terus meningkat, walaupun setelah GST dimansuhkan.

3. Inflasi dan kos sara hidup rakyat terus meningkat.

4. Peluang pekerjaan masih terhad, pengangguran siswazah terus meningkat.

5. Hutang PTPTN masih belum dihapuskan.

6. Janji penghapusan tol masih belum dilaksanakan.

7. Janji tayangan EPL percuma masih belum kedengaran

8. Aset umat Islam yang dimiliki Tabung Haji (saham & hartanah) dipindahkan kepada sebuah syarikat SPV milik Kementerian Kewangan.

9. Indeks keyakinan peniaga (RAM BCI) bagi enam bulan pertama 2019 terus menyusut, terendah sejak 2017.

10. Perpecahan dalaman dan politik melampau di kalangan pemimpin PH.

11. Penghinaan terhadap Agong dan Raja-Raja semakin meningkat, dan tidak diambil tindakan tegas.

12. Pertikaian sempadan udara dan laut di antara Malaysia dan Singapura tidak ditangani sebaiknya.

13. Menteri Kewangan memberi peruntukan khas kepada kolej swasta aliran Cina, tanpa pengetahuan Menteri Pendidikan.

14. Calon DAP PRK Cameron Highland menyindir orang Melayu dan orang Asli.

15. Senator PH mengugut untuk menarik bantuan kepada Tok Batin yang tidak menyokong PH.

16. Dakwaan politik wang dan penyalahgunaan jentera kerajaan oleh PH dalam PRK Cameron Highland.

17. Kes jenayah, dadah, arak dan sumbang mahram masih terus meningkat.

18. Peguam Negara mengambil tindakan mahkamah terhadap Kerajaan Kelantan dalam isu tanah orang Asli di Gua Musang.

19. Tersebar video melibatkan individu yang kelihatan seperti Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Menteri Undang-Undang dan peguam liberal sedang menari di khalayak ramai.

Begitulah nasib Malaysia Baharu dalam tempoh 19 hari di tahun baru. Aduhai negaraku.

SS, 20 Januari 2019

Terengganu Nilai Penghasilan Minyak Diesel Daripada Plastik

Minyak yang dihasilkan memiliki standard yang tinggi.

Oleh : Safwan Syakir

KUALA NERUS, 24 Disember: Kerajaan negeri akan menilai penghasilan minyak Diesel secara komersial dengan menggunakan sisa buangan daripada bahan plastik.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, antara kelebihan dengan wujudnya teknologi ini, ia akan dapat mengurangkan kadar pencemaran alam sekitar daripada 100 peratus menjadi 10 peratus di kawasan operasi.

“Kos yang ditanggung oleh pihak kerajaan untuk penyelenggaraan dan pelupusan sampah juga dapat dikurangkan secara tidak langsung jika adanya inovasi seperti ini dengan kaedah yang mudah dan selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika menghadiri lawatan Tapak Projek "Plastic to Fuel" di kilang Syngas, Gong Badak, hari ini.


Dr. Alias menyifatkan inovasi tersebut mempunyai prospek cerah di pasaran memandangkan permintaan yang tinggi daripada pengguna kenderaan di samping dapat menghasilkan biomas ataupun tenaga yang boleh diperbaharui.

“Kerajaan bersedia untuk menjalin kerjasama bagi memajukan industri ini yang secara tidak langsung akan membuka peluang pekerjaan buat penduduk tempatan.

"Selain itu, ia juga memberi kesan positif kepada tapak pelupusan sampah sedia ada," katanya.

Sisa plastik yang dikumpulkan mampu jana hasil.
Sementara itu, Pengurus Besar Syarikat Syngas, Ahmad Zaim Bin Mohamad Adan berkata, teknologi yang dibina dapat menghasilkan 200 liter Diesel hanya dalam masa sejam.

"Mesin yang bernilai RM6 Juta ini merupakan binaan tempatan dan mampu menghasilkan kapasiti minyak sebanyak 5,000 liter dalam satu masa," katanya.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Samiun Salleh serta pegawai-pegawai pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUK).



© all rights reserved
made with by templateszoo