NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......
Showing posts with label PRN JOHOR. Show all posts
Showing posts with label PRN JOHOR. Show all posts

Onn Hafiz bakal teruskan misi dan visi Hasni


KLUANG: Menteri Besar Johor yang baharu, Datuk Onn Hafiz Ghazi akan bekerjasama serta meneruskan misi, visi dan manifesto bekas Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad.

Berkongsi perbualannya bersama Hasni sebelum mengangkat sumpah jawatan itu di Istana Bukit Serene semalam, Onn Hafiz berkata, Hasni juga akan memberikan bantuan dan sokongan kepadanya dalam memimpin negeri itu.

Dalam ucapan sulung di hadapan kira-kira 300 penyokongnya semasa majlis santai di Laman Simpang Renggam, dekat sini, Onn Hafiz menyifatkan beliau tidak pernah menemui sosok pemimpin yang berjiwa besar seperti Hasni.

"Pada Majlis Angkat Sumpah di depan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan sebelum itu saya dapat berbincang dengan dia (Hasni), saya tak pernah lihat seorang seorang pemimpin yang sangat berjiwa besar.

"Dia (Hasni) cakap dengan saya supaya jangan risau, pimpin (Johor)) baik baik dan dia akan bantu dan sokong bina negeri Johor yang kita sayangi ini.

"Saya sangat menghargai dan saya akan berjumpa dan sentiasa berjumpa denganya (Hasni) untuk mendapatkan nasihat dan pandangan supaya yang berpengalaman dapat bergabung dengan yang muda.

"Saya mungkin ada tenaga dan daya tetapi pengalamannya jauh lebih banyak dari saya , inshaAllah visinya, manifestonya tetap saya akan tunaikan untuk rakyat Johor," katanya.

Onn Hafiz memulakan tugasnya secara rasmi di Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar di Johor Bahru hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap itu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru, semalam.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Sabtu lepas, Onn Hafiz, 43, memenangi pertandingan empat penjuru menewaskan Azlisham Azahar daripada Perikatan Nasional, R Sangaran (Parti Ikatan Demokratik Malaysia) dan Datuk Dr Sharuddin Md Salleh (Parti Pejuang Tanah Air) dengan majoriti 6,543.

Onn Hafiz berkata, merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada Hasni yang juga memenangi kerusi DUN Benut , yang sudah berjuang habis habisan untuk memastikan kemenangan yang cukup besar BN di Johor.

"Saya ini macam tak percaya je ni, betul , sebab tak terlintas di pemikiran saya, kerana di atas saya di peringkat kepimpinan ada seorang pemimpin yang jauh lebih hebat daripada saya.

"Jauh lagi banyak pengalaman dari saya, lagi banyak visi dan misinya yang belum dicapai, tidak lain tidak mantan.

"Beliau memimpin di Johor, kita BN bersyukur Alhamdulillah mendapat 40 daripada 56 kerusi di Johor suatu pencapaian yang lama kita tak dapat," katanya.

Beliau berkata, menjunjung kasih di atas kebijaksanaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar yang berjaya mengemudi majlis angkat sumpah itu hingga berjalan dengan lancar, tertib dan sempurna.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Keputusan PRN Johor merupakan mesej penting rakyat buat PKR


SEREMBAN: Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang tidak memihak kepada PKR perlu dilihat sebagai suatu mesej penting daripada rakyat, kata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Menteri Besar berkata, mesej itu jelas menuntut parti supaya bermuhasabah bagi memperbaiki dan menguatkan kembali kekuatan.

"Dalam politik, ia sebagai mesej dari rakyat untuk kita perbaiki, perkuat dan perteguhkan parti. Itu juga mesej yang pernah sampai kepada parti-parti lain dan saya rasa kita kena respon terutama ketika ramai orang tidak keluar mengundi. Kita kena lihat kenapa orang tidak keluar.

"Demokrasi harus disuburkan kembali dan kita tidak mahu politik ini membosankan yang akhirnya akan merugikan negara," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penghargaan Pesara Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan 2021, di petang ini.

Pada PRN Johor kelmarin, PKR hanya menang satu kerusi, iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu dengan hanya majoriti tipis.

Dalam perkembangan berkaitan, Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, berkata pihaknya kekal dengan pendirian tidak bersetuju pilihan raya umum (PRU) diadakan lebih awal kecuali sehingga habis penggal.

"Tiada sebarang perkataan bersedia atau tidak (pilihan raya awal), kita akan selesaikan apabila habis tempoh (penggal)," katanya.

Mengenai cadangan pihak tertentu supaya menukar nama Port Dickson, beliau berkata, perkara itu memerlukan kajian dan penelitian mendalam, perlu dilihat dari segi potensi kerana usaha menjual nama yang baharu bukan mudah.

"Dari segi penjenamaan, itu bukan mudah, namun kita hargai pandangan itu. Untuk ubah nama Port Dickson perlu dilihat dari segi kepentingannya, tapi saya rasa sukar kerana ia terkenal sebagai lokasi pelancongan," katanya.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Onn Hafiz bakal dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-19?


JOHOR BAHRU: Bekas EXCO Pelancongan, Belia dan Sukan Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kelmarin, dipercayai bakal dilantik menjadi Menteri Besar ke-19, menggantikan Datuk Seri Hasni Mohammad.

Desas-desus mengenai pelantikan Onn Hafiz yang kali pertama bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di kerusi DUN Layang-Layang, semakin kuat apabila Barisan Nasional (BN) berjaya meraih kemenangan lebih dua pertiga pada PRN Johor.

Menurut sumber BN, ura-ura Onn Hafiz mahu diangkat menjadi Menteri Besar Johor sudah mula kedengaran sejak menjelang PRN Johor lagi.

"Namun ia reda sebentar di sebalik kebimbangan sesetengah pemimpin BN ketika kempen, sama ada parti mampu memenangi kerusi mencukupi bagi menubuhkan kerajaan negeri, berikutan kempen Perikatan Nasional (PN) yang sangat agresif.

"Bagaimanapun, apabila BN akhirnya berjaya dengan kejayaan cemerlang meraih 40 kerusi, khabar angin itu (Onn Hafiz jadi MB) bertiup kencang semula dan semakin kuat hari ini.

"Melihat situasi semasa yang menyaksikan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dititah menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan kenyataan terbaharu Datuk Seri Hasni, seolah-olah sudah ada kompromi untuk memberi laluan kepada Onn Hafiz dilantik sebagai Menteri Besar ke-19," katanya kepada BH.

Terdahulu, Hasni yang juga Pengerusi BN dan UMNO Johor dilapor mencadangkan pucuk pimpinan parti memilih orang muda untuk memimpin Johor yang disifatkannya mampu memberikan idea dan sumbangan bermakna dalam pembangunan Johor.

"Melihat kepada sokongan dan kedudukan orang muda yang penting dalam pembangunan Johor dan demi kemakmuran negeri yang berpanjangan, saya mencadangkan pucuk pimpinan parti memilih orang muda untuk memimpin negeri," kata Hasni yang mempertahankan DUN Benut dalam kenyataan, hari ini.

Kelmarin, Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, Hasni akan menjadi calon tunggal dikemukakan kepada Sultan Ibrahim untuk pertimbangan dilantik sebagai Menteri Besar.

Onn Hafiz, 44, adalah cicit kepada Pengasas dan Presiden UMNO, Datuk Onn Jaafar dan jika dilantik sebagai Menteri Besar ke-19, beliau mengulangi sejarah moyangnya itu yang memegang jawatan sama selepas dilantik pada 1 Jun 1947.

Beliau adalah muka baharu yang dilantik ke barisan EXCO Makmur Johor, selepas Hasni dilantik sebagai Menteri Besar ke-18 pada 28 Februari 2020.

Onn Hafiz memegang portfolio Pelancongan, Belia dan Sukan selain aktif dalam advokasi orang muda termasuk menerusi pertubuhan bukan kerajaan Southern Volunteers, yang ditubuhkan hasil visi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Beliau juga anak saudara kepada Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga Menteri Kanan Pertahanan.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

‘Post mortem’ kemenangan BN perlu dibentang di PAU

Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Mohd Zain Yasim

BACHOK - ‘Post mortem’ kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka perlu dilakukan dan dibentangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) sebagai rujukan dalam mengukuhkan jentera parti bagi berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)


Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Mohd Zain Yasim berkata, kajian atau semakan bukan sahaja perlu dilakukan terhadap kekalahan malah kemenangan juga wajar sebagai penanda aras dalam memantapkan gerak kerja seterusnya.

Menurutnya, Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan pada Rabu hingga Sabtu ini dijangka akan menjadi medan sebahagian besar perwakilan bagi mendesak mempercepatkan PRU15, bagaimanapun perkara paling utama adalah memastikan kedudukan BN benar-benar kukuh untuk kembali memimpin kerajaan.

“Nak desak boleh, tapi biar berasas. Tidak boleh hanya dengan ‘keterujaan’ menang pada PRN Melaka dan Johor, kita rasa makin kuat dan desak percepat PRU15. Tak cukup dengan semangat sahaja sebaliknya gerak kerja dan jentera juga perlu lebih mantap.

“Buat ‘post mortem’ kejayaan di Melaka dan Johor supaya kaedah kemenangan itu boleh diguna pakai serta dijadikan panduan dalam membuat keputusan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Mengulas lanjut, Mohd Zain turut berpendapat BN belum cukup bersedia untuk berdepan PRU15, namun tetap menyokong sekiranya majoriti mahu pilihan raya itu disegerakan.

“Kalau desakan dibuat, kita turut serta sebab perlu ikut majoriti tetapi jangan berkecil hati jika laungan itu tidak disahut oleh pihak yang berkuasa untuk menentukan bila PRU15.

“Situasi sekarang berbeza dengan dahulu kerana Perdana Menteri bukan lagi presiden parti ini dan ditambah dengan suasana politik yang menginginkan lebih ramai tokoh muda, nak tangkap muat boleh tetapi tak menjamin kejayaan,”ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, UMNO dan BN perlukan lebih masa sekurang-kurangnya sehingga hujung tahun ini untuk benar-benar bersedia berdepan PRU15 dan bukan dalam tempoh sebulan dua akan datang.

“Perlu lihat hakikat sebenar di negeri yang tak pernah kalah sekali pun masih ada banyak kepincangan apatah negeri lain yang sentiasa kalah.

“Jika berlaku ‘kelahiran kedua’, UMNO dan BN memastikan parti ini lebih perkasa, bergaya dan berkuasa sampai bila-bila,” katanya.

Sumber | Sinar Harian


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

PN teliti punca utama kekalahan dalam PRN Johor

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) berbincang dengan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (kanan) sambil diperhatikan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau (kiri) ketika sidang media selepas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 di Bilik Gerakan Utama Perikatan Nasional, Senai, malam ini. NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

JOHOR BAHRU: Perikatan Nasional (PN) akan meneliti punca utama kekalahan gabungan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pihaknya bagaimanapun menegaskan berjaya mewujudkan sokongan daripada pilihan raya itu walaupun sebagai satu gabungan parti baharu.

"Kita akan buat analisa dan bedah siasat kenapa tidak dapat sejumlah kerusi yang besar.

"Kalau dilihat dari data didapati dalam pilihan raya ini walau parti baharu namun kempen yang dilaksanakan mendapat perhatian rakyat.

"Jadi ini satu petanda bahawa perjuangan kita diterima," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PN, di Senai, di sini, malam ini.

Pada masa sama, Muhyiddin berkata, PN tidak rasa begitu terkilan dengan keputusan PRN Johor, berikutan mendakwa sudah mewujudkan sokongan daripada pengundi.

Ketika ditanya sama ada PN akan bekerjasama dengan blok pembangkang, selepas ini, beliau berkata, perkara itu tidak dibincangkan dan diperhalusi lagi.

Mengenai kemungkinan Barisan Nasional (BN) akan membentuk kerajaan dengan PN, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh, berkata pihaknya tidak fikir akan bekerjasama dengan parti itu kerana mereka sudah cukup untuk membentuk kerajaan.

Daripada 56 kerusi yang ditandingi PN, gabungan parti itu hanya menang di tiga kerusi iaitu di Bukit Kepong, Endau dan Maharani.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

BN menang majoriti lebih 50 peratus - SPR


JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Barisan Nasional (BN) memenangi 29 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, setakat jam 11.05 malam ini.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, jumlah yang diperoleh itu menandakan BN memiliki majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi dipertandingkan.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, malam ini.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

BN tawan 25 kerusi DUN

PARA penyokong parti Barisan Nasional (BN) melihat skrin besar keputusan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Kompleks Seri Pekembar Pagoh. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) berjaya menawan 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, hari ini.

Perkembangan di 33 daripada 56 DUN Johor itu dikongsikan menerusi laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat jam 11.20 malam ini.

Pakatan Harapan (PH) pula menang di empat kerusi, diikuti Perikatan Nasional (tiga) dan PKR (satu).

Sumber | BH Online



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

'Saya sedia bertanggungjawab atas kekalahan PN' - Muhyiddin

Presiden Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin

JOHOR BAHRU: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin, bersedia mengambil tanggungjawab atas kekalahan gabungan parti itu di Johor, termasuk melepaskan jawatannya itu.

Muhyiddin berkata, beliau menyerahkan kedudukannya sebagai ketua gabungan itu kepada ahli parti untuk membuat keputusan.

"Saya bersedia bila-bila masa jika ada ahli parti buat keputusan mengenai kedudukan saya...saya terima...tiada apa-apa.

"Kita amalkan sistem demokrasi dalam parti," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PN di Senai, di sini.

Daripada 56 kerusi yang ditandingi PN, gabungan parti yang dianggotai oleh BERSATU, PAS dan GERAKAN, hanya menang tiga kerusi DUN Johor iaitu Bukit Kepong, Endau dan Maharani.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Pangkah Perikatan Nasional, ubah tradisi turun-temurun keluarga


TURUN-temurun keluarga kita merupakan pendukung parti lama Barisan Nasional ni, bahkan kita pun begitu. Tapi dengan situasi semasa, sanggup ke kita anak muda lihat parti BN berkuasa kembali?

Kini anak muda bukan lagi seperti lembu dicucuk hidung! Tak sanggup untuk lihat negeri dan negara ni diperjudikan dengan budaya politik pentingkan diri sendiri dengan pemimpin-pemimpin yang tak bertanggungjawab dan penuh salah laku.

Memang sebelum ini Negeri Johor dikatakan kubu kuat Barisan Nasional. Tapi kubu itu dah roboh bahkan usaha mendirikannya semula dah tak sama lagi!

12 Mac 2022 ini merupakan tarikh keramat untuk rakyat Johor membuat suatu keputusan jelas siapa yang akan mengemudi negeri bertuah ini.

Demi masa depan anak muda! Walaupun anda penyokong kuat Barisan Nasional sekalipun, tapi tolonglah kali ini undilah Perikatan Nasional yang jelas bersih, berintegriti, dan prihatin rakyat.

Ayuh anak muda kita ramai-ramai turun mengundi dan tunjukkan kuasa undi kita untuk lakukan perubahan demi Bangsa Johor!

“Luaskan Kuasamu Simpang Jeram”

ZARUL SALLEH
Calon PN N.13 Simpang Jeram
PRN Johor – HARAKAHDAILY 11/3/2022




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Keputusan rasmi PRN Johor 2022


BERIKUT ialah keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022.

N05: TENANG 22,613

  1. Ahmad Humaizi Udin @ Uzir (PN-Bersatu) 2,729
  2. Mohd Fauzi Bachok (Pejuang) 224
  3. HASLINDA SALLEH (BN-UMNO) 5,380
  4. Lim Wei Jiet (MUDA) 3,644
    Jumlah undi/Votes cast 12,317
    Peratus/Percentage 54.5 %
    Undi ditolak/Rejected ballots 281
    Kertas undi tidak dikembalikan/Unreturned ballot paper/s 59
    Majoriti/Majority 1,736
    Penyandang/Incumbent: Mohd Solihan Badri (PKR)
    Undi diperoleh/Votes polled: 7,645
    Majoriti/Majority: 1,070

N06: BEKOK 27,426

  1. M. Kanan (PH-DAP) 3,467
  2. Tan Lek Khang (PN-Bersatu) 2,881
  3. TAN CHONG (BN-MCA) 7,036
  4. A. Sandara Segaran (Warisan) 330
    Jumlah undi/Votes Cast
    14,071
    Peratus/Percentage 51.3 %
    Undi ditolak/Rejected ballots 271
    Kertas undi tidak dikembalikan/Unreturned ballot paper/s 86
    Majoriti/Majority 3,569
    Penyandang/Incumbent: S. Ramakrishnan (PKR)
    Undi diperoleh/Votes polled: 9,705
    Majoriti/Majority: 2,457

N07: BUKIT KEPONG 37,495

  1. DATUK DR SAHRUDDIN JAMAL (PN-Bersatu) 9,873
  2. Nur Afiqah M. Zulkifli (MUDA) 3,076
  3. Ismail Mohamed (BN-UMNO) 9,163
  4. Md Taib Md Suhut (Pejuang) 191
    Jumlah undi/Votes Cast 22,874
    Peratus/Percentage 61.0 %
    Undi ditolak/Rejected ballots 486
    Kertas undi tidak dikembalikan/Unreturned ballot paper/s 85
    Majoriti/Majority 710
    Penyandang/Incumbent: Sahruddin Jamal (PKR)
    Undi diperoleh/Votes polled: 11,665
    Majoriti/Majority: 1,273

N08: BUKIT PASIR 32,213

  1. Mohd Akhiri Mahmood (Pejuang) 196
  2. MOHAMAD FAZLI MOHAMAD SALLEH (BN-UMNO) 6,048
  3. Johar Siraj (Bebas/IND) 207
  4. Elia Nadira Sabudin (PH-Amanah) 4,676
  5. Muhamad Nur Iqbal Abd Razak (PN-PAS) 5,850
  6. Najib Lep (Bebas/IND) 1,860
    Jumlah undi/Votes Cast 19,281
    Peratus/Percentage 59.9 %
    Undi ditolak/Rejected ballots 381
    Kertas undi tidak dikembalikan/Unreturned ballot paper/s 63
    Majoriti/Majority 198
    Penyandang/Incumbent: Najib Lep (PAS)
    (Kini/Now: Bebas/IND)
    Undi diperoleh/Votes polled: 9,835
    Majoriti/Majority: 1,883

N09: GAMBIR: 29,434

  1. Suraya Sulaiman (Pejuang) 220
  2. SAHRIHAN JANI (BN-UMNO) 7,960
  3. Na’im Jusri (PKR) 4,509
  4. Mohd Solihan Badri (PN-Bersatu) 4,814
    Jumlah undi/Votes Cast 17,503
    Peratus/Percentage 61.33 %
    Undi ditolak/Rejected ballots 305
    Kertas undi tidak dikembalikan/Unreturned ballot paper/s 245
    Majoriti/Majority 3,146
    Penyandang/Incumbent: Tan Sri Muhyiddin Yassin (PKR)
    Undi diperoleh/Votes polled: 10,280
    Majoriti/Majority: 3,088

N12: BENTAYAN 34,728

  1. NG YAK HOWE (PH-DAP) 10,973
  2. Gan Q’i Ru (BN-MCA) 3,497
  3. Tan Kok Hong (PN-Gerakan) 2,534
    Jumlah undi/Votes Cast 17,334
    Peratus/Percentage 49.9 %
    Undi ditolak/Rejected ballots 239
    Kertas undi tidak dikembalikan/Unreturned ballot paper/s 91
    Majoriti/Majority 7,476
    Penyandang/Incumbent: Ng Yak Howe (PKR)
    Undi diperoleh/Votes polled: 18,278
    Majoriti/Majority: 13,629
Calon Perikatan Nasional, Abdul Aziz Talib memenangi kerusi DUN Maharani.

N15: MAHARANI 38,596

  1. Muhamad Hanis Asmui Md Salleh (PBM) 190
  2. Noor Farah Shamsudin (BN-UMNO) 5,861
  3. Nor Hayati Bachok (PH-Amanah) 6,522
  4. ABDUL AZIZ TALIB (PN-PAS) 7,559
  5. Riad Ahmad (Pejuang) 292
  6. Lim Kim Joo (Bebas/IND) 592
    Jumlah undi/Votes Cast 21,523
    Peratus/Percentage 55.8 %
    Undi ditolak/Rejected ballots 356
    Kertas undi tidak dikembalikan/Unreturned ballot paper/s 151
    Majoriti/Majority 1,037
    Penyandang/Incumbent: Nor Hayati Bachok (PKR)
    Undi diperoleh/Votes polled: 12,405
    Majoriti/Majority: 5,674

N18: SRI MEDAN 32,696

  1. Azmi Masrani (PKR) 1,537
  2. DATUK ZULKURNAIN KAMISAN (BN-UMNO) 13,165
  3. Othman Kepol (PN-PAS) 6,891
  4. Mohd Firdaus Abdul Malek (Pejuang) 159
    Jumlah undi/Votes Cast 22,241
    Peratus/Percentage 68 %
    Undi ditolak/Rejected ballots 350
    Kertas undi tidak dikembalikan/Unreturned ballot papers/s 139
    Majoriti/Majority 6,274
    Penyandang/Incumbent: Datuk Zulkurnain Kamisan (BN-UMNO)
    Undi diperoleh/Votes polled: 11,587
    Majoriti/Majority: 6,040

N19: YONG PENG 33,053

  1. LING TIAN SOON (BN-MCA) 9,870
  2. Alan Tee Boon Tsong (PH-DAP) 7,129
  3. Yong Fui Ling (PN-Gerakan) 1,681
    Jumlah undi/Votes Cast 19,017
    Peratus/Percentage 57.5 %
    Undi ditolak/Rejected ballots 254
    Kertas undi tidak dikembalikan/Unreturned ballot paper/s 83
    Majoriti/Majority 2,741
    Penyandang/Incumbent: Chew Peck Choo (PKR)
    Undi diperoleh/Votes polled: 12,307
    Majoriti/Majority: 5,089

N32: ENDAU: 27,924

1.ALWIYAH TALIB (PN-Bersatu) 8,433
2.Ismail Don (Bebas/IND) 77
3.Mohammad Fakrulradzi Mahmud (PH-Amanah) 1,154
4.Mohd Noorhisyam Ibrahim (Pejuang) 145
5.Mohd Youzaimi Yusof (BN-UMNO) 5,392
Jumlah undi/Votes Cast 15,201
Peratus/Percentage 55.41 %
Undi ditolak/Rejected ballots 212
Kertas undi tidak dikembalikan/Unreturned ballot paper/s 61
Majoriti/Majority 3,041
Penyandang/Incumbent: Alwiyah Talib (BN-UMNO)
Undi diperoleh/Votes polled: 7,136
Majoriti/Majority: 3,080

N35: PASIR RAJA 28,045

  1. RASHIDAH ISMAIL (BN-UMNO) 9,381
  2. Mohd Fakharuddin Moslim (PKR) 1,976
  3. Jawahir Husein (PN-Bersatu) 4,493
  4. Mohd Yusri Yusof (Pejuang) 265
    Jumlah undi/Votes Cast 16,492
    Peratus/Percentage 58.8 %
    Undi ditolak/Rejected ballots 289
    Kertas undi tidak dikembalikan/Unreturned ballot paper/s 88
    Majoriti/Majority 4,888
    Penyandang/Incumbent: Rashidah Ismail (BN-UMNO)
    Undi diperoleh/Votes polled: 8,055
    Majoriti/Majority: 1,847

N37: JOHOR LAMA: 32,658

  1. Omar Mokhtar A Manap (PKR) 1,527
  2. Mohamad Alias Rasman (PN-Bersatu) 6,132
  3. NORLIZAH NOH (BN-UMNO) 12,171
  4. Mohd Shukor Ahmad (Pejuang) 268
    Jumlah undi/Votes Cast 20,444
    Peratus/Percentage 62.6 %
    Undi ditolak/Rejected ballots 273
    Kertas undi tidak dikembalikan/Unreturned ballot paper/s 73
    Majoriti/Majority 6,039
    Penyandang/Incumbent: Rosleli Jahari (BN-UMNO)
    Undi diperoleh/Votes polled: 12,532
    Majoriti/Majority: 5,807

N46: PERLING 101,263

  1. Khoo Shiaw Lee (PN-Gerakan) 8,829
  2. Tan Hiang Kee (BN-MCA) 15,281
  3. LIEW CHIN TONG (PH-DAP) 18,628
    Jumlah undi/Votes Cast 43,826
    Peratus/Percentage 43.3 %
    Undi ditolak/Rejected ballots 695
    Kertas undi tidak dikembalikan/Unreturned ballot paper/s 393
    Majoriti/Majority 3,347
    Penyandang/Incumbent: Cheo Yee How (PKR)
    Undi diperoleh/Votes polled: 32,592
    Majoriti/Majority: 19,533

N50: BUKIT PERMAI 39,611

  1. Mohd Azrol Ab Rahani (MUDA) 6,134
  2. DATUK MOHD JAFNI MD SHUKOR (BN-UMNO) 10,889
  3. Tosrin Jarvanthi (PN-Bersatu) 5,108
  4. Mokhtar Abdul Wahab (Pejuang) 385
    Jumlah undi/Votes Cast 23,088
    Peratus/Percentage 58.3 %
    Undi ditolak/Rejected ballots 457
    Kertas undi tidak dikembalikan/Unreturned ballot paper/s 115
    Majoriti/Majority 4,755
    Penyandang/Incumbent: Tosrin Jarvanthi (PKR)
    Undi diperoleh/Votes polled: 10,998
    Majoriti/Majority : 2,531

N51: BUKIT BATU 46,237

  1. Lee Ming Wen (Warisan) 1,349
  2. CHIONG SEN SERN (PKR) 9,439
  3. Tan Heng Choon (PN-Gerakan) 3,989
  4. S. Suppayah (BN-MIC) 9,302
    Jumlah undi/Votes Cast 24,820
    Peratus/Percentage 53.7 %
    Undi ditolak/Rejected ballots 624
    Kertas undi tidak dikembalikan/Unreturned ballot paper/s 117
    Majoriti/Majority 137
    Penyandang/Incumbent: Jimmy Puah Wee Tse (PKR)
    Undi diperoleh/Votes polled: 17,105
    Majoriti/Majority: 10,057

N53: BENUT 28,165

  1. Iskandar Noor Ibrahim (Pejuang) 139
  2. Datuk Isa Ab. Hamid (PN-Bersatu) 5,037
  3. Haniff @ Ghazali Hosman (PKR) 1,200
  4. DATUK HASNI MOHAMMAD (BN-UMNO) 10,896
    Jumlah undi/Votes Cast 17,678
    Peratus/Percentage 62.8 %
    Undi ditolak/Rejected ballots 300
    Kertas undi tidak dikembalikan/Unreturned ballot paper/s 106
    Majoriti/Majority 5,859
    Penyandang/Incumbent: Datuk Hasni Mohammad (BN-UMNO)
    Undi diperoleh/Votes polled: 9,480
    Majoriti/Majority: 4,447

N54: PULAI SEBATANG 46,991

  1. Abdullah Husin (PN-PAS) 5,967
  2. Suhaizan Kaiat (PH-Amanah) 6,148
  3. HASRUNIZAH HASSAN (BN-UMNO) 12,473
  4. Abd Rashid Abd Hadi (Pejuang) 329
    Jumlah undi/Votes Cast 25,616
    Peratus/Percentage 54.5 %
    Undi ditolak/Rejected ballots 543
    Kertas undi tidak dikembalikan/Unreturned ballot paper/s 156
    Majoriti/Majority 6,325
    Penyandang/Incumbent: Muhammad Taqiuddin Cheman (PKR)
    Undi diperoleh/Votes polled: 14,507
    Majoriti/Majority: 3,395

N56: KUKUP 34,624

  1. Zamzam Hashim (Pejuang) 927
  2. Mahathir Iskandar Muhammad (PN-Bersatu) 3,439
  3. Mohd Zaiful Bakri (PKR) 3,276
  4. DATUK JEFRIDIN ATAN (BN-UMNO) 11,640
    Jumlah undi/Votes Cast 19,819
    Peratus/Percentage 57.2 %
    Undi ditolak/Rejected ballots 455
    Kertas undi tidak dikembalikan/Unreturned ballot paper/s 82
    Majoriti/Majority 8,201
    Penyandang/Incumbent: Md Othman Yusof (BN-UMNO)
    Undi diperoleh/Votes polled: 11,113
    Majoriti/Majority: 862 – BERNAMA


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Tidak rasmi: BN sudah menang 31 kerusi

JOHOR BAHRU, 12 Mac -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad dan para penyokong BN mengangkat tangan ketika mendengar pengumuman tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor (PRN) di Pejabat Badan Perhubungan Umno Negeri Johor hari ini.

JOHOR BAHRU: Bersandarkan kepada penjumlahan undi tidak rasmi setakat jam 10 malam ini, Barisan Nasional (BN) sudah melepasi majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri apabila memenangi 31 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor,

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika mengumumkan perkara itu, berkata jentera parti akan terus menanti keputusan selanjutnya bagi mencapai sasaran majoriti dua pertiga yang ditetapkan untuk menguasai 38 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.

Jelasnya, prestasi BN menerusi UMNO dan dua lagi parti komponen, iaitu MIC dan MCA itu hasil usaha tanpa jemu dalam kalangan segenap ahlinya, sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-15.

"Saya ingin umumkan keputusan tidak rasmi bahawa setakat ini BN menguasai 31 kerusi DUN. Tahniah kepada Datuk (Seri) Hasni (Mohammad) selaku Menteri Besar.

"Bagaimanapun, keputusan rasmi akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh 15 minit dari sekarang. Insya-Allah," katanya di ibu pejabat UMNO Johor, di sini, hari ini.

Berdasarkan sistem demokrasi, mana-mana parti atau gabungan yang berjaya memperoleh majoriti mudah iaitu 29 kerusi berupaya membentuk kerajaan negeri sempena Pilihan Raya Negeri (RPN) Johor Ke-15.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, juga MIC memenangi tiga kerusi yang ditandinginya dalam PRN Johor ini, manakala MCA setakat ini turut memenangi empat kerusi.

Sumber | BH Online



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
© all rights reserved
made with by templateszoo