NOTIS:

Belum ada lagi....

Keputusan PRN Johor merupakan mesej penting rakyat buat PKR

0

SEREMBAN: Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang tidak memihak kepada PKR perlu dilihat sebagai suatu mesej penting daripada rakyat, kata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Menteri Besar berkata, mesej itu jelas menuntut parti supaya bermuhasabah bagi memperbaiki dan menguatkan kembali kekuatan.

"Dalam politik, ia sebagai mesej dari rakyat untuk kita perbaiki, perkuat dan perteguhkan parti. Itu juga mesej yang pernah sampai kepada parti-parti lain dan saya rasa kita kena respon terutama ketika ramai orang tidak keluar mengundi. Kita kena lihat kenapa orang tidak keluar.

"Demokrasi harus disuburkan kembali dan kita tidak mahu politik ini membosankan yang akhirnya akan merugikan negara," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penghargaan Pesara Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan 2021, di petang ini.

Pada PRN Johor kelmarin, PKR hanya menang satu kerusi, iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu dengan hanya majoriti tipis.

Dalam perkembangan berkaitan, Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, berkata pihaknya kekal dengan pendirian tidak bersetuju pilihan raya umum (PRU) diadakan lebih awal kecuali sehingga habis penggal.

"Tiada sebarang perkataan bersedia atau tidak (pilihan raya awal), kita akan selesaikan apabila habis tempoh (penggal)," katanya.

Mengenai cadangan pihak tertentu supaya menukar nama Port Dickson, beliau berkata, perkara itu memerlukan kajian dan penelitian mendalam, perlu dilihat dari segi potensi kerana usaha menjual nama yang baharu bukan mudah.

"Dari segi penjenamaan, itu bukan mudah, namun kita hargai pandangan itu. Untuk ubah nama Port Dickson perlu dilihat dari segi kepentingannya, tapi saya rasa sukar kerana ia terkenal sebagai lokasi pelancongan," katanya.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo