NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pesakit COVID-19 lari dari hospital maut kemalangan


HULU TERENGGANU: Seorang warga emas berusia 66 tahun yang juga pesakit COVID-19 ditemui meninggal dunia di kawasan berumput di Kilometer 28 Jalan Kuala Terengganu-Berang, di sini, hari ini.

Mayat Kassim Abdullah dari Kampung Kuala Jenerih, ditemui orang awam dipercayai meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan di susur keluar sebuah kilang berhampiran lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai berjaya melarikan diri dari Hospital Hulu Terengganu (HHT) di sini.

"Mangsa adalah pesakit COVID-19 yang sedang dirawat di hospital itu dan dikesan keluar daripada kawasan hospital menggunakan motosikal Honda C100 milik kakitangan hospital yang di parkir di kawasan surau hospital," katanya.

Beliau berkata, mangsa dikesan melarikan diri menghala ke Pekan Wakaf Tapai secara melawan arus dan sebaik tiba di persimpangan Bukit Perpat, motosikal ditunggangi secara tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan.

"Akibat rempuhan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Unit Forensik HHT untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo