NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN teliti punca utama kekalahan dalam PRN Johor

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) berbincang dengan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (kanan) sambil diperhatikan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau (kiri) ketika sidang media selepas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 di Bilik Gerakan Utama Perikatan Nasional, Senai, malam ini. NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

JOHOR BAHRU: Perikatan Nasional (PN) akan meneliti punca utama kekalahan gabungan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pihaknya bagaimanapun menegaskan berjaya mewujudkan sokongan daripada pilihan raya itu walaupun sebagai satu gabungan parti baharu.

"Kita akan buat analisa dan bedah siasat kenapa tidak dapat sejumlah kerusi yang besar.

"Kalau dilihat dari data didapati dalam pilihan raya ini walau parti baharu namun kempen yang dilaksanakan mendapat perhatian rakyat.

"Jadi ini satu petanda bahawa perjuangan kita diterima," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PN, di Senai, di sini, malam ini.

Pada masa sama, Muhyiddin berkata, PN tidak rasa begitu terkilan dengan keputusan PRN Johor, berikutan mendakwa sudah mewujudkan sokongan daripada pengundi.

Ketika ditanya sama ada PN akan bekerjasama dengan blok pembangkang, selepas ini, beliau berkata, perkara itu tidak dibincangkan dan diperhalusi lagi.

Mengenai kemungkinan Barisan Nasional (BN) akan membentuk kerajaan dengan PN, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh, berkata pihaknya tidak fikir akan bekerjasama dengan parti itu kerana mereka sudah cukup untuk membentuk kerajaan.

Daripada 56 kerusi yang ditandingi PN, gabungan parti itu hanya menang di tiga kerusi iaitu di Bukit Kepong, Endau dan Maharani.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo