NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tidak rasmi: BN sudah menang 31 kerusi

JOHOR BAHRU, 12 Mac -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad dan para penyokong BN mengangkat tangan ketika mendengar pengumuman tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor (PRN) di Pejabat Badan Perhubungan Umno Negeri Johor hari ini.

JOHOR BAHRU: Bersandarkan kepada penjumlahan undi tidak rasmi setakat jam 10 malam ini, Barisan Nasional (BN) sudah melepasi majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri apabila memenangi 31 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor,

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika mengumumkan perkara itu, berkata jentera parti akan terus menanti keputusan selanjutnya bagi mencapai sasaran majoriti dua pertiga yang ditetapkan untuk menguasai 38 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.

Jelasnya, prestasi BN menerusi UMNO dan dua lagi parti komponen, iaitu MIC dan MCA itu hasil usaha tanpa jemu dalam kalangan segenap ahlinya, sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-15.

"Saya ingin umumkan keputusan tidak rasmi bahawa setakat ini BN menguasai 31 kerusi DUN. Tahniah kepada Datuk (Seri) Hasni (Mohammad) selaku Menteri Besar.

"Bagaimanapun, keputusan rasmi akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh 15 minit dari sekarang. Insya-Allah," katanya di ibu pejabat UMNO Johor, di sini, hari ini.

Berdasarkan sistem demokrasi, mana-mana parti atau gabungan yang berjaya memperoleh majoriti mudah iaitu 29 kerusi berupaya membentuk kerajaan negeri sempena Pilihan Raya Negeri (RPN) Johor Ke-15.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, juga MIC memenangi tiga kerusi yang ditandinginya dalam PRN Johor ini, manakala MCA setakat ini turut memenangi empat kerusi.

Sumber | BH Online



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo